Timur Laut, Pulau Pinang
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Daerah Timur Laut ialah salah satu daripada lima daerah di Pulau Pinang. Ibu negeri Pulau Pinang, George Town, terletak di daerah ini. Daerah ini juga merupakan daerah paling maju dan paling ramai penduduk di Pulau Pinang. Pihak berkuasa tempatan bagi daerah ini adalah Majlis Bandaraya Pulau Pinang.
Remove ads
Pembahagian pentadbiran
Daerah ini dibahagikan kepada enam mukim yang merangkumi beberapa bandar;[1]

.
mukim
bandar
Remove ads
Demografi
Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Daerah Timur Laut ialah seramai 556,575 orang dengan kepadatan penduduk 4,403 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sangat padat. Majoriti penduduk di daerah Timur Laut berbangsa Cina, dengan peratusan 64.5 peratus daripada jumlah penduduk.[2]
Remove ads
Kemudahan
Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh daerah Timur Laut. Terdapat sebanyak 110 buah sekolah di daerah ini;[3]
Daerah Timur Laut juga mempunyai 17 buah balai polis, lima balai bomba, sebuah hospital daerah, klinik kesihatan dan klinik desa di sekitar daerah.
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads