Tuminah Kadi
Ahli politik wanita Malaysia berketurunan Melayu From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Tuminah binti Kadi merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (EXCO) dalam pentadbiran negeri Barisan Nasional (BN) di bawah Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh sejak April 2023 dan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (ADUN) bagi Pantai Kundor sejak November 2021. Beliau merupakan ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti komponen dalam gabungan Barisan Nasional (BN).[1]
Remove ads
Kerjaya politik
Calon bagi Dewan Undangan Negeri Melaka (2021)
Dalam pilihan raya negeri 2021, Tuminah Kadi membuat penampilan sulung dalam pilihan raya selepas dicalonkan oleh BN untuk bertanding di kerusi negeri Pantai Kundor. Tuminah berdepan dengan Mohamad Ridzwan Mustafa daripada Perikatan Nasional (PN) dan Nor Azman Hassan daripada Pakatan Harapan (PH). Beliau memenangi kerusi tersebut dengan memperoleh 3,170 undi dan majoriti tipis sebanyak 827 undi.[2]
Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (sejak 2023)
Pada 6 April 2023, Tuminah Kadi telah dilantik oleh Ketua Menteri Ab Rauf sebagai Timbalan Ahli EXCO yang bertanggungjawab terhadap Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, membantu Ahli EXCO Allex Seah Shoo Chin.[3][4]
Remove ads
Keputusan pilihan raya
Remove ads
Anugerah
Malacca
Darjah Pangkuan Seri Melaka Kelas II (D.P.S.M.) – Datuk (2025)[7][8]
Pingat Jasa Kebaktian (PJK) (2012)[9]
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads