Seah Shoo Chin
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Allex Seah Shoo Chin (Cina ringkas: 谢守钦; Cina tradisional: 謝守欽; pinyin: Xiè Shǒuqīn; lahir 21 Mei 1983)[1] merupakan seorang ahli politik, penganalisis data dan jurutera Malaysia[2] yang telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (EXCO) dalam pentadbiran negeri Barisan Nasional (BN) di bawah Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh sejak April 2023 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (ADUN) bagi Kesidang sejak Mei 2018. Beliau ialah seorang ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen Pakatan Harapan (PH). Beliau telah berkhidmat sebagai Setiausaha Negeri DAP Melaka sejak Januari 2022. Pada masa ini, beliau merupakan satu-satunya Ahli EXCO Melaka daripada PH dan DAP.
Remove ads
Kerjaya politik
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (sejak 2018)
Dalam Pilihan raya negeri Melaka 2018, Seah telah dicalonkan oleh partinya DAP untuk bertanding bagi kerusi negeri Kesidang. Beliau menewaskan calon lain serta Goh Leong San yang bertanding sebagai calon bebas dan merupakan bekas ahli DAP sebelum pilihan raya tersebut. Beliau telah dipilih ke Dewan Undangan Negeri Melaka sebagai ADUN Kesidang bagi penggal pertama.
Dalam Pilihan raya negeri Melaka 2021, Seah sekali lagi dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi negeri Kesidang. Beliau sekali lagi menewaskan calon-calon daripada BN dan Perikatan Nasional (PN) serta dipilih semula sebagai ADUN Kesidang bagi penggal kedua.
Setiausaha Negeri Parti Tindakan Demokratik Melaka (sejak 2022)
Pada 24 Januari 2022, Seah telah dilantik sebagai Setiausaha Negeri DAP Melaka, menggantikan Damian Yeo Shen Li yang sebelum ini dinamakan sebagai Pengerusi Negeri bagi menggantikan Tey Kok Kiew, yang meletakkan jawatan untuk mengambil tanggungjawab atas kekalahan parti dalam Pilihan raya negeri Melaka 2021.[3] Semasa Konvensyen Negeri DAP Melaka pada 24 November 2024, Seah telah dilantik semula sebagai Setiausaha Negeri.
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (sejak 2023)
Pada 5 April 2023, Seah telah dilantik sebagai Ahli EXCO Melaka yang memegang portfolio Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna oleh Ketua Menteri Ab Rauf. Pelantikan beliau turut membentuk sebuah kerajaan campuran negeri antara BN dan PH apabila beliau sebagai satu-satunya ADUN PH bersama 9 ADUN BN membentuk barisan EXCO Ab Rauf. Pada 19 April 2023, beliau memuji hipermarket dan pasar raya di Melaka yang mengambil inisiatif Menu Rahmah untuk menawarkan harga barangan keperluan yang lebih murah dan mampu milik sehingga mengurangkan perbelanjaan pengguna. Beliau juga memberi jaminan bahawa bekalan barangan keperluan mencukupi sepanjang musim perayaan Hari Raya.[4]
Remove ads
Kehidupan peribadi
Seah telah berkahwin. Seah dan isterinya mempunyai tiga orang anak iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.
Keputusan pilihan raya
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads