Astro Premier

Saluran televisyen digital Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Astro Premier
Remove ads

Astro Premier ialah sebuah saluran televisyen satelit ke udara yang dimiliki oleh Astro dan dilancarkan pada 18 September 2023 menggantikan Demi Negaraku. Ia memfokuskan kepada siri/filem televisyen premium tempatan dan serantau yang memperoleh pemeringkatan (ratings) tontonan yang tinggi dan ia merangkumi sejumlah filem, telefilem, dan drama bersiri terbaik serta juga merupakan rumah bagi Astro Originals dan Viu Originals (dari Viu).

Fakta Segera Negara, Kawasan penyiaran ...

Setelah setahun dua bulan bersiaran, Astro memutuskan untuk Astro Premier rasmi ditutup 20 November 2024 pada jam 12:00 tengah malam. Kandungan utamanya telah berpindah ke Astro Citra pada hari yang sama.

Remove ads

Sejarah Astro Originals

Kewujudan jenama Astro Originals bermula dengan tayangan siri mini 8-episod yang bertajuk DO[S]A: The Sacred Sin pada tahun 2017 di aplikasi Tribe (buatan Astro untuk penonton mudah-alih di Indonesia)[1] dan di Astro First setahun kemudian.[2] Pada tahun 2018, Demon's Path, drama bersiri thriller asal Hong Kong terbitan Astro Originals telah ditayangkan serentak di Astro Wah Lai Toi dan BOO.[3] Kedua-dua siri ini masih tersedia untuk distrim di aplikasi Astro GO dan sooka.

Sejak daripada itu, karya-karya premium Astro Originals yang lain telah dihasilkan. Pada tahun 2020, Astro Citra menghimpunkan sebilangan tajuk baharu pelbagai genre untuk memberi pengalaman unik kepada penonton seperti Kampong Pisang Bersiri-siri (2020), i-Tanggang: Mother of All Lies (2021), dan Histeria the Series (2022).

Kemudian, pada tahun 2022, jenama Astro Originals berpindah ke Astro Ria dengan One Cent Thief (2022), Projek: High Council (2023), dan baru-baru ini, Jack Yusof: Father in Training (2023).

Astro Originals melebarkan sayap dengan penghasilan siri premium berbahasa Cina di Astro Shuang Xing melalui Lost & Found (2022) dan The Patient (2023), dan di Astro AEC menerusi Once Upon a Kopitiam (2023). Malah, kandungan Astro Originals juga boleh distrim buat pertama kali di aplikasi sooka pada tahun yang sama.

Tahun 2022 juga menyaksikan saluran pop-up khas Astro Originals telah diwujudkan. Ianya hasil kejayaan dua siri premium yang menjadi topik perbualan hangat oleh penonton Malaysia — OneCentThief & ProjectHighCouncil — dengan beberapa kandungan istimewa seperti di sebalik tabir dan temubual bersama para pelakon & pengarah.

Kejayaan membanggakan siri Astro Originals sehingga tercalon atau memenangi penganugerahan serantau telah memberi nafas baharu dalam landskap penghasilan siri televisyen premium yang bermutu tinggi di Malaysia. Pada 24 Ogos 2023, siri adaptasi asal U.K., Liar: Two Sides, One Truth (2023) telah memenangi anugerah perak dalam kategori Best TV Format Adaptation (Scripted) in Asia di acara ContentAsia Awards 2023 yang telah berlangsung di Bangkok, Thailand.[4]

Pada 22 September 2023, tayangan perdana pertama Astro Premier, Riot!: Rebel with a Cause (2023) telah disiarkan pada jam 9.00 malam waktu Malaysia.[5] Ketika Riot! ditayangkan, Astro Premier turut menayangkan Mystic Village (2023) pada 30 Oktober 2023.[6]

Pada 8 Julai 2024, Astro Premier bertukar nombor salurannya ke saluran 110; sebelum ini di saluran 410 pada awal pelancaran siarannya, 18 September 2023.[7]

Hanya selepas 457 hari bersiaran, Astro Premier akan tamat siarannya pada 20 November 2024 di semua platform Astro termasuk NJOI dan aplikasi sooka. Astro Citra akan kembali menjadi rumah baharu Astro Originals yang seterusnya, dimulai dengan siaran serentak drama siri mini 6-episod; Projek: Exit (2024) yang telah mula ditayangkan pada 1 November 2024.[8]

Remove ads

Intisari rancangan

Selain kandungan asli oleh Astro, Astro Premier juga menayangkan kandungan penstriman serantau seperti Viu, GoPlay, dan Youku.

Sedang bersiaran

     Sorot warna ini adalah tajuk di bawah Astro Originals.

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Siaran akan datang

Tajuk terbaharu[10]

Tajuk terdahulu

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Lihat juga

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads