Dewan Undangan Negeri Sabah

badan perundangan di Sabah, Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Dewan Undangan Negeri Sabah
Remove ads

Dewan Undangan Negeri Sabah (bahasa Kadazandusun: Lamin Koundangan Pogun Sabah) merupakan sebahagian badan perundangan Sabah, Malaysia, yang lain ialah Yang di-Pertua Negeri Sabah. Dewan ini bermesyuarat di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah di Likas di ibu negeri Kota Kinabalu.

Fakta Segera Dewan Undangan Negeri Sabah, Jenis ...

Badan perundangan satu dewan ini kini mempunyai 73 kerusi (tambahan 7 kerusi lagi dalam proses penyelidikan, dan 3 kerusi dalam permohonan) mewakili bahagian pilihan raya negeri yang dipilih melalui sistem pilihan raya pemenang undi terbanyak di seluruh negeri.

Seperti di peringkat persekutuan di Malaysia, Sabah menggunakan kerajaan berparlimen gaya Westminster, dalamnya para ahli dipilih ke dalam dewan undangan melalui pilihan raya umum, daripadanya Ketua Menteri dan kabinet dilantik berdasarkan sokongan majoriti. Ketua Menteri ialah ketua kerajaan negeri manakala Yang di-Pertua Negeri bertindak sebagai ketua negeri. Parti terbesar yang tidak membentuk kerajaan negeri dikenali sebagai pembangkang rasmi, pemimpinnya diiktiraf sebagai pemimpin pembangkang oleh speaker.

Para ahli dewan merujuk diri mereka sebagai "Ahli Dewan Undangan Negeri" (ADUN) dan kadangkala sebagai "ahli dewan negeri".

Dewan yang terkini dipilih pada 26 September 2020 merupakan Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16. Gabungan Rakyat Sabah yang dianggotai oleh 8 parti komponen rasmi iaitu Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Parti GAGASAN Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Baru) (USNO Baru), Parti Cinta Sabah (PCS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) telah membentuk sebuah kerajaan negeri pada 26 September 2020.

Dewan ini dibentuk selepas Dewan penggal ke-15 telah dibubarkan pada 30 Julai 2020 oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Juhar Mahiruddin, yang mengakibatkan pilihan raya mengejut diadakan[2].

Remove ads

Penggubalan undang-undang

Sejajar dengan tradisi sistem Westminster, kebanyakan undang-undang bermula dengan kabinet (rang undang-undang kerajaan), dan diluluskan oleh badan perundangan selepas peringkat-peringkat perbahasan dan mwmbuat keputusan. Ahli biasa boleh memperkenalkan secara peribadi (rang undang-undang bukan kerajaan), memainkan peranan penting dalam meneliti rang undang-undang dalam perbahasan dan jawatankuasa dan rang undang-undang yang dipinda dipersembahkan kepada badan perundangan oleh kabinet.

Anggota lantikan

Dewan Undangan Negeri Sabah boleh mempunyai tidak lebih daripada enam orang anggota lantikan yang dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri atas nasihat Ketua Menteri.[3]

Remove ads

Penjawat

Yang di-Pertua Dewan

Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Sabah dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri atas nasihat Ketua Menteri. Datuk Haji Kadzim M Yahya dilantik menjadi Yang di-Pertua DUN pada 8 Oktober 2020[4] menggantikan Datuk Syed Abas Syed Ali (BN-UMNO) yang telah berkhidmat sejak 7 Ogos 2015[5].

Ketua Kerajaan

Ketua Menteri dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah atas dasar bahawa beliau boleh mendapat majoriti di dewan. Datuk Seri Panglima Hajiji Noor (BERSATU), anggota bagi DUN Sulaman, telah menjadi Ketua Menteri Sabah bermula 29 September 2020.

Ketua Pembangkang

Pemimpin minoriti selalunya pemimpin pembangkang dilantik oleh parti terbesar yang tidak membentuk kerajaan negeri.

Remove ads

Peta bahagian pilihan raya negeri Sabah

Thumb
Rajah bagi komposisi tempat dan DUN Sabah

Keanggotaan terkini (2020)

Susunan tempat duduk DUN (2023)

KosongKosongkosongADUN DilantikDBentaraCKosongKosong
KosongKosongTelupidKawangKosongKosongKosong
ADUN DilantikKapayanKemabongNabawanKosongKosongKosong
ADUN DilantikKuamutSinduminADUN DilantikKosongKosongKosong
BalungKunakLiawanKadamaiankosongkosongkosong
SebatikKukusanKaramuntingTanjong PapatEBLuyang (Menteri)kosongkosong
kosongPetagasPantai DalitkosongApi-Api (Menteri)Matunggong (Pembantu Menteri)kosong
LimbahauTempasukkosongKosongSugut (Menteri)Bingkor (Pembantu Menteri)kosong
BandauTanjong KaporKosongKosongcokmarSook (Menteri)Kuala Penyu (Pembantu Menteri)Pintasan (Pembantu Menteri)
SegamaBanggikosongUsukanMembakut (Menteri)Sungai Sibuga (Pembantu Menteri)Tulid (Pembantu Menteri)
ADUN DilantikkosongSukauMelalapTamparuli (Menteri)Klias (Pembantu Menteri)Likas (Pembantu Menteri)
ADUN DilantikSungai ManilaPantai ManisKarambunaiKaranaan (Menteri)Inanam (Pembantu Menteri)Tanjung Batu (Pembantu Menteri)
kosongSilamGum-GumLamagFATanjung Keramat
(Timbalan Ketua Menteri III)
Tandek (Pembantu Menteri)Bengkoka (Pembantu Menteri)
MerotaiTungkuBongawanSulabayanKundasang
(Timbalan Ketua Menteri II)
Lumadan (Pembantu Menteri)Kiulu (Pembantu Menteri)
Sri TanjongElopuraTanjong AruMoyogTambunan
(Timbalan Ketua Menteri I)
Paginatan (Pembantu Menteri)Pitas (Pembantu Menteri)
BugayaSekongDarauSenallang
(Ketua Pembangkang)
Sulaman
(Ketua Menteri)
Apas (Pembantu Menteri)Labuk (Pembantu Menteri)
Timbalan YDP DUN 1Timbalan YDP DUN 2
Yang di-Pertua Dewan
Yang Di-Pertua Negeri
Remove ads

Senarai Perhimpunan

Maklumat lanjut Himpunan, Penggal Mula ...
Remove ads

Nota

    Rujukan

    Pautan luar

    Loading related searches...

    Wikiwand - on

    Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

    Remove ads