Achey Bocey

Pelawak, pelakon, penyanyi dan pengacara Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Achey Bocey
Remove ads

Mohd Nasir Hamzah [1] atau lebih dikenali sebagai Achey Bocey (lahir 17 Ogos 1986) merupakan seorang pelawak, pelakon, penyanyi, pengacara dan usahawan Malaysia. Beliau merupakan juara Bintang Mencari Bintang musim pertama pada tahun 2013 terbitan TV3. Sebelum menganggotai kumpulan lawak popular Bocey bersama Abam dan Fad. Achey pernah menyertai pelbagai program hiburan seperti Maharaja Lawak Mega, Super Spontan dan Juara Parodi, serta aktif sebagai penyanyi menerusi lagu Yang Terindah dan Sakit. Di samping itu, beliau turut aktif di platform digital seperti Tiktok sebagai salah satu medium mempromosi dan penjenamaan kerjaya seninya. Achey juga dikenali sebagai usahawan dan sering terlibat dalam kerja-kerja kebajikan.

Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...
Remove ads

Kerjaya

Thumb
Achey ketika dinobatkan sebagai juara Bintang Mencari Bintang bersama sifunya, Harun Salim Bachik.

Beliau menjadi juara Bintang Mencari Bintang musim yang pertama pada tahun 2013 anjuran TV3. Beliau berjaya mengatasi Kumpulan Bocik, Titan dan Tapaw untuk muncul selaku juara. Beliau juga pernah mengacara program Kintang Kintung di TV3 bersama sifunya Allahyarham Harun Salim Bachik. Pada November beliau telah bergabung bersama Kumpulan Bocik lalu diberi nama Bocey untuk menyertai Maharaja Lawak Mega 2013. Ternyata penyertaan mereka tidak sia-sia apabila mendapat tempat ke 3 selepas kumpulan Sepahtu muncul juara dan Kumpulan Shiro selaku naib juara. Pada musim berikutnya Maharaja Lawak Mega 2014 mereka mendapat tempat ke 5. Dan dua edisi seterusnya, mereka meraih gelaran juara pada tahun 2016 dan 2017. Selain kebolehannya dalam bidang lawak dan lakonan, Achey juga berkebolehan mencipta dan menulis lagu serta menyanyi. Beliau telah mengeluarkan single pertamanya iaitu Yang Terindah pada penghujung Oktober 2017. Lagu ini didedikasikan khas untuk isterinya, Anne.[2]

Remove ads

Kehidupan peribadi

Achey berkahwin dengan Nur Hassanah Yahya dan mempunyai seorang anak perempuan, Nur Tiara Zinnirah. Beliau ialah abang kepada Natasha Hamzah.

Beliau ialah peminat tegar Seniman Agung, P. Ramlee.[3]

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Peserta

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Siniar

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Diskografi

Single

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads