Frontliner
filem Malaysia 2021 From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Frontliner (Melayu: Barisan Hadapan) ialah sebuah filem drama Malaysia 2021 arahan Razif Rashid. Berdasarkan dari satu kisah benar, ia berkisarkan tentang perjuangan petugas barisan hadapan dari sektor perubatan sehingga pekerja penghantar makanan memerangi penularan pandemik COVID-19 di Malaysia. Dibintangi oleh barisan pelakon ternama Malaysia, filem ini ditayangkan pada 30 September 2021 di Netflix.[1][2][3][4][5]
Remove ads
Premis
Mengisahkan tentang perjuangan petugas barisan hadapan melawan pandemik COVID-19 dalam beberapa bulan pertama. Filem ini merupakan bentuk penghargaan bagi para barisan hadapan yang telah berjuang demi negara. Doktor, jururawat, petugas hospital, polis, tentera, penghantar makanan, petugas kebersihan, antara barisan hadapan yang telah mengorbankan diri dan mengejar masa untuk menentang musuh yang tidak kelihatan demi keselamatan bersama.
Remove ads
Pelakon
- Azhan Rani[1][6] sebagai Dr. Azman
- Beto Kusyairy[1] sebagai Inspektor Zul
- Achey Bocey[1][7] sebagai Kapten Nasir
- Emma Maembong[1] sebagai Nora
- Wan Maimunah[1] sebagai Mak Wan
- Farah Ahmad[1] sebagai Nadia
- Black Hanifah[1] sebagai Black
- Zul Handy Black[1] sebagai dirinya sendiri
- Ashraf Muslim[1] sebagai Ustaz Ashraff
- Meerqeen[1] sebagai dirinya sendiri
- Shamsul Danish[1] sebagai Shamsul
- DSP Siren Boonthnam Ekkasook[1] sebagai Azlina
- Ruby Ooi sebagai Dr. Rina
- Aril Fazrie[1] sebagai Remaja
Remove ads
Penerbitan
Frontliner ialah filem keempat terbitan D'Alpha Legacy dengan kos pembikinan sebanyak RM400,000. Penerbit filem ini, Aminahtul Mardiah Mohd Nor berkata pihaknya bercadang mahu menerbitkan sebuah naskhah ditujukan khas buat semua petugas barisan hadapan yang banyak menabur jasa sejak negara dilanda pandemik COVID-19.[8] Beliau mengatakan bahawa perjalanan yang diambil oleh pasukan penerbitannya amat "sukar", kerana mereka tidak dapat izin daripada agensi kerajaan untuk menggunakan kemudahan mereka, dan syarikat penghantaran makanan tidak mahu bekerjasama dengan mereka. "Nasib baik, ada beberapa individu dan organisasi yang menyokong kami sepenuhnya, seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia," kata Aminahtul Mardiah dalam satu catatan Facebook.[9] Penggambaran filem ini dijalankan selama hampir dua minggu pada pertengahan Ogos 2020 dan dilaksanakan dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.[2][10]
Keluaran
Frontliner ditayangkan melalui penstriman secara dalam talian di Netflix pada 30 September 2021.[11][12] Filem ini pada asalnya untuk ditayangkan di Astro First pada 2020, namun ditolak akibat sebab yang tidak dapat dinyatakan.[9][13][14]
Menulis untuk portal Getaran, Wafa Aula berpendapat plot filem ini agak "longgar dan mendatar" sambil menambah "skripnya pula entah mengapa ada masanya kedengaran seperti sebuah leteran panjang".[15] Ahmad Fariszuan, menulis untuk portal filem Kakimuvee dalam ulasan retrospektif mengenai filem imi berkata: "Secara keseluruhannya, filem Frontliner ini bukan sebuah naskhah yang terbaik untuk menggambarkan usaha dan situasi sebenar yang berlaku di Malaysia dalam usaha melawan penularan wabak COVID-19 namun segala usaha dan kerja yang diberikan oleh pihak produksi wajar diberikan sokongan".[16]
Remove ads
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads