Anugerah Juara Lagu ke-18
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Anugerah Juara Lagu 2003 atau Juara Lagu ke-18 adalah pertandingan yang membariskan lagu-lagu Melayu yang akan dinobatkan sebagai Juara Lagu. Anugerah Juara Lagu ke-18 ini diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil dan disiarkan secara langsung melalui penyiar rasmi TV3 dan radio Era FM pada jam 8.30 malam 28 Disember 2003. Acara tersebut menarik minat penonton dengan telatah pengacaranya yang memberikan gurauan nakal dan fakta juara lagu, Aznil Nawawi dan Sarimah Ibrahim.

Anugerah kali ini menyediakan anugerah bagi persembahan terbaik, vokal terbaik, juara kategori serta juara keseluruhan. Persembahan bagi malam tersebut diadili oleh Lukhman S., Lim Swee Tin, Manan Ngah, Juwie, Fauziah Latiff, Wishnutama, M. Nasir, Azmeer dan Ooi Eow Jin yang memperlihatkan kematangan acara pertandingan itu.
Remove ads
Finalis
Untuk melihat senarai semi-finalis untuk Juara Lagu ke-18 , sila lihat Separuh Akhir Muzik Muzik ke-18.
Untuk merujuk senarai penuh finalis sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai lagu finalis Anugerah Juara Lagu.

Berikut adalah senarai finalis mengikut turutan giliran persembahan yang berentap di AJL ke-18:
- ↑Nota 1 Farihin Abdul Fattah tidak didaftarkan untuk pertandingan sebagaimana namanya dikreditkan pada penerbitan album "Salsabila"
Remove ads
Persembahan selingan

Segmen selingan menggabungkan barisan artis terbaik tanah air mempersembahkan lagu-lagu yang tidak pernah mereka dendangkan sebelum ini. Persembahan tersebut amat tidak dijangkakan para penonton dan ternyata ia satu kejutan.
Ratu Rock Ella mendendangkan lagu dangdut, "Rindu" dan "Selamat Tinggal Romeo" malah Ella tetap cuba bergelek seperti Mas Idayu walaupun agak malu dan gemuruh. Bandi dari Kumpulan Amuk pula cuba mengiringi lagu berentak R&B bersama Muix dan Nerves dengan suaranya yang kasar bagi lagu "Tiada Lagi Cinta".
Begitu juga dengan Hazami dan Siti Sarah yang diberi peluang mendendangkan lagu "Joget Kenangan Manis" sementara Dayang Nurfaizah dan Adibah Noor pula menghiburkan penonton dengan lagu ghazal, "Pak Ngah Balik Bulan Mengambang".
Remove ads
Kemenangan
- Juara Keseluruhan: "Bunga-bunga Cinta" (Adnan Abu Hassan / Adnan Abu Hassan / Misha Omar)
- Juara Kategori:
- Irama Malaysia dan Etnik Kreatif: "Wassini" (Yassin / Yassin / Waheeda)
- Balada: "Bunga-bunga Cinta" (Adnan Abu Hassan / Adnan Abu Hassan / Misha Omar)
- Pop Rock: "Hi Hi Bye Bye" (KRU / KRU / Ezlynn)
- Persembahan Terbaik: Siti Nurhaliza - "Ku Milikmu"
- Vokal Terbaik: Misha Omar - "Bunga-bunga Cinta"
Untuk merujuk senarai penuh juri-juri yang pernah dilantik sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai Jemaah Juri Anugerah Juara Lagu.
Trivia
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads