Senarai lagu finalis Anugerah Juara Lagu

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Anugerah Juara Lagu (AJL) atau hanya dipanggil Juara Lagu merupakan sebuah rancangan pertandingan yang diterbitkan oleh TV3 yang membariskan lagu-lagu terbaik secara tahunan untuk dipilih oleh juri profesional sebagai lagu terbaik tahunan. Sebelum tahun 1992, lagu-lagu yang menyertai Anugerah Juara Lagu adalah berdasarkan juara bulanan dalam rancangan Muzik Muzik, tetapi ditukarkan kepada separuh akhir berdasarkan tiga kategori sehingga dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2009.

Remove ads

Fakta ringkas

  • Komposer M. Nasir mengungguli penyertaan sebagai pencipta lagu dengan 26 buah lagu manakala Habsah Hassan mengungguli penyertaan sebagai penulis lirik dengan 22 pencalonan. Penyanyi popular Siti Nurhaliza pula mengungguli senarai penyertaan terbanyak sebagai penyanyi asal iaitu dengan 18 kali.
  • M. Nasir pernah menjuarai AJL sebanyak 4 kali sebagai komposer dengan tiga daripadanya sebagai penyanyi, manakala Siti Nurhaliza juga memenangi gelaran juara sebagai penyanyi sebanyak 3 kali, disamping Ezra Kong Yi Jia sebagai komposer dan penulis lirik juga menjuarai sebanyak 3 kali, diikuti oleh Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Aishah dan Hafiz Suip (dua kali). Lima (5) orang penulis lirik berjaya memenangi juara keseluruhan sebagai penulis lirik dengan dua kemenangan iaitu Abdul Jalil Salleh (Juwie), S. Amin Shahab, Bob Lokman, Habsah Hassan dan Hairul Anuar Harun.
  • M. Nasir, Yasin Sulaiman, Richael Lawrence Gimbang, Nik Mustaza Nik Mustapha (Taja), Ana Raffali, Yuna Zarai dan Aina Abdul adalah peserta yang pernah memenangi juara keseluruhan menerusi penciptaan sendiri sepenuhnya sebagai komposer, penulis lirik dan artis/ penyanyi dalam sesebuah lagu.
  • Pada tahun 2005 penyanyi Rohana Jalil merupakan artis pertama yang berjaya membuat penyertaan di dalam tiga dekad berbeza iaitu 80an, 90an dan 00an, diikuti oleh Ramlah Ram pada tahun 2007, Ning Baizura dan Anuar Zain pula pada 2011 untuk dekad 90an, 00an dan 10an. Amy Search pula melakukannya secara tidak berturut-turut pada tahun 2012 melalui gabungan penyertaan berkumpulan dan solo untuk tahun 1989, 1997, 2012 dan 2014. Penyanyi rock Mus pula pernah menyertai dan membuat persembahan selama tiga dekad berturut tetapi melakukannya menerusi kugiran yang berbeza. Beliau menyertai edisi ke-4(1989) dan ke-18 (2003) bersama Kumpulan May manakala pada edisi ke 12 (1997) beliau menjadi vokalis Kumpulan Wings.
Remove ads

Rekod Penyertaan

Jumlah Penyertaan

Berikut adalah jumlah penyertaan menerusi jumlah lagu secara berasingan mengikut komposer, penulis lirik dan penyanyi yang terdiri daripada jumlah penyertaan melebihi lima (5) lagu. Penyertaan dikira menerusi penampilan rasmi sebagai komposer/penulis/artis/penyanyi asal.

Sekiranya ada penyanyi yang menyertai AJL atas nama berkumpulan atau sebagai penyanyi gantian, ia tidak dikira/ disekalikan kerana jumlah penyertaan adalah tidak sama dengan jumlah penampilan. Contohnya, penyanyi Awie tampil di AJL sebagai penyanyi asal untuk dua buah lagu secara solo manakala menerusi penampilan sebagai vokalis Kumpulan Wings sebanyak empat buat lagu, tidak menjadikan penyertaan Awie sebanyak 6 kali secara rasmi. Manakala projek kumpulan khas seperti A.P.I dan 3 Suara tidak disekalikan dengan penyanyi-penyanyi yang terlibat didalamnya kerana mereka mewakili kumpulan khas tersebut dan tidak bertanding atas tiket solo atau duet secara rasmi. Hal berbeza dengan komposer atau penulis lirik yang menulis lagu secara berkumpulan kerana kredit penciptaan dikongsi oleh kesemua pencipta yang terlibat.

Maklumat lanjut Pencipta Lagu, Penyertaan (Lagu) ...

Penyertaan Mengikut Format

Format Persembahan

Penyertaan secara duo dan trio hendaklah berdasarkan artis secara individu, bukannya gabungan dalam projek khas dengan menggunakan nama kumpulan sementara (contohnya 3 Suara). Pasangan artis duo juga hendaklah dikategorikan sebagai kumpulan, bukan duo kerana menggunakan satu nama kumpulan (contohnya Ajai & Nurul). Hanya artis yang ditampilkan (featuring.) saja boleh dihitung dalam senarai ini, sekiranya artis itu menampilkan artis lain di dalam lagunya ia dikira sebagai penyertaaan solo.

Maklumat lanjut Artis, Solo ...

Usia/ Jantina

  • Komposer termuda: G-Nola (16 tahun; 1994)
  • Penulis lirik termuda: Aizat Amdan (19 tahun)
  • Penyanyi termuda: Kumpulan Exists - melalui vokalis Mamat dan gitaris G-Nola (14 tahun, 1992)
  • Komposer tertua : S. Atan (55 tahun; 2002)
  • Penulis lirik tertua:
  • Penyanyi tertua: M. Daud Kilau (64 tahun;2002) , Rosiah Chik (64 tahun; 2006 (anumerta))
  • Komposer wanita pertama menang sebarang anugerah: Helen Yap (AJL11, 1996)
  • Komposer wanita pertama menang anugerah utama : Ana Raffali (AJL25, 2010)

Singer-songwriter

  • Singer-songwriter pertama bertanding: Zamree (AJL3/1988)
  • Singer-songwriter pertama menang sebarang anugerah: Pak Pandir (AJL7/1992)
  • Singer-songwriter pertama menang anugerah utama: M. Nasir (AJL9/1994)
  • Singer-songwriter wanita pertama bertanding: Amy Mastura (AJL15/2000)
  • Singer-songwriter wanita pertama menang sebarang anugerah: Yuna Zarai (AJL24/2009)
  • Singer-songwriter wanita pertama menang anugerah utama: Ana Raffali (AJL25/2010)
  • Singer-songwriter pertama menang 2 tahun berturut-turut: Hael Husaini(AJL32/2017 & AJL33/2018)
Remove ads

Senarai penuh lagu-lagu yang pernah bertanding

Petunjuk
Menandakan pemenang Juara Keseluruhan Menandakan pemenang kategori utama lain Lagu yang diterbitkan sebagai single ketika bertanding Hakcipta yang bertanda merupakan label bebas Lagu yang memenangi anugerah Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik Lagu yang dicalonkan untuk anugerah Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik Finalis yang bertanding secara anumerta (telah meninggal dunia ketika pertandingan) Penyanyi asal tidak membuat persembahan dan diwakili penyanyi gantian
Maklumat lanjut Edisi/Tahun, Judul Lagu ...
  • ↑Nota 1  Penganjur membenarkan lagu klasik gubahan semula untuk masuk bertanding, maka lagu-lagu ini bukanlah ciptaan asal komposer yang bertanding. Kelonggaran ini diperketatkan untuk edisi seterusnya.
  • ↑Nota 2  Penulis lirik Mustapha Daud (lebih dikenali sebagai Tapai[507]) mendaftarkan hakcipta atas dua nama pengkarya bersama iaitu Zaiton Daud (sebagai Maya Sari [508]) dan Rohayah Daud (sebagai Alam Maya[509]).
  • ↑Nota 3  Farihin Abdul Fattah tidak didaftarkan untuk pertandingan sebagaimana namanya dikreditkan pada penerbitan album "Salsabila"
  • ↑Nota 4  Azwan Ali tidak didaftarkan untuk pertandingan biarpun korus lagu berkenaan berdasarkan kata tanda ciptaannya
  • ↑Nota 5  Jean Retno Aryani tidak didaftarkan untuk pertandingan biarpun sinden Jawa lagu berkenaan berdasarkan tulisannya
Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads