Steven Chaw Kam Foon
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Steven Chaw Kam Foon (Cina ringkas: 周锦欢; Cina tradisional: 周錦歡; Pinyin Mandarin: Zhōu Jǐnhuān; Jyutping: Zau1 Gam2 Fun1; Pe̍h-ōe-jī: Chiu Kím-hoan; lahir 19 Disember 1983) merupakan seorang ahli politik Malaysia dan jurutera perkakasan komputer yang telah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming sejak Februari 2024 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (ADUN) bagi Menglembu sejak Mei 2018. Beliau merupakan ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) dan dahulunya Pakatan Rakyat (PR). Beliau telah berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Pengelola Negeri DAP Perak sejak Mac 2021. Beliau pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Manusia Sivakumar Varatharaju dari Ogos hingga Disember 2023, Pembantu Khas serta Setiausaha Politik kepada ADUN Menglembu merangkap sepupunya Lim Pek Har dari 2008 sehingga pemilihannya sebagai ADUN Menglembu pada Mei 2018, Ketua Pemuda Negeri DAP Perak dari Oktober 2018 hingga April 2022, Naib Ketua Pemuda Negeri DAP Perak dari 2015 hingga kenaikan pangkat sebagai Ketua Pemuda Negeri pada Oktober 2018, Timbalan Ketua Pemuda Negeri PH Perak sejak 2017, Ketua Biro Aduan Awam Negeri DAP Perak sejak 2016 dan Pengerusi Cawangan DAP Menglembu Utara dari 2011 hingga 2018.[1]
Remove ads
Keputusan pilihan raya
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads