Woo Kah Leong
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Woo Kah Leong (Cina ringkas: 吴家良; Cina tradisional: 吳家良; pinyin: Wú Jiā Liáng; lahir 3 Mac 1991) merupakan seorang ahli politik dan peguam Malaysia. Beliau telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Perak dalam pentadbiran kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) di bawah Menteri Besar Saarani Mohamad[1] dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan Pasir Bedamar sejak November 2022. Beliau merupakan ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH). Beliau telah berkhidmat sebagai Ketua Pemuda PH ke-6 sejak Mac 2025 dan Ketua Pemuda DAP atau dikenali sebagai Ketua Sayap Pemuda DAP iaitu DAP Socialist Youth (DAPSY) sejak November 2024. Beliau juga kini merupakan Ahli EXCO Perak termuda dan pernah menjawat jawatan Setiausaha Publisiti Pemuda DAP atau dikenali sebagai Setiausaha Publisiti Sayap Pemuda DAP (DAPSY) sebelum dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pemuda pada November 2024.[2]
Remove ads
Latar belakang
Woo dilahirkan di Kampung Baru Pasir Bedamar, Teluk Intan, Perak pada tahun 1991. Beliau menerima pendidikan menengah di SMJK San Min, Teluk Intan, dan melanjutkan pengajian tinggi di Universiti Malaya dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB). Selepas menamatkan pengajiannya, Woo bekerja sebagai Peguam Bersekutu di firma guaman A M Ong & Partners sebelum menceburi arena politik.
Remove ads
Kerjaya politik
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (sejak 2022)
Pilihan raya negeri Perak 2022 telah menghasilkan sebuah dewan tergantung (hung assembly). Barisan Nasional (BN) kemudiannya kembali berkuasa dengan membentuk kerajaan gabungan negeri bersama PH. Berikutan itu, ADUN Kota Tampan, Saarani dari BN telah dilantik semula sebagai Menteri Besar. Woo pula telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Perak yang bertanggungjawab terhadap Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna, Koperasi dan Kampung Baru Cina oleh Menteri Besar Saarani.
Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (sejak 2022)
Pilihan raya negeri Perak 2022
Dalam Pilihan Raya Negeri Perak 2022, Woo telah membuat penampilan sulung dalam pilihan raya selepas dicalonkan oleh Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Bedamar. Woo memenangi kerusi tersebut dan telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar selepas menewaskan Kong Sun Chin dari Barisan Nasional (BN) dan Suriyanarayanan Sannasy Naidu dari Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti sebanyak 17,446 undi.
Remove ads
Keluarga
- Bapa Saudara sepupu: Goh Yew Jing: Naib Pengerusi MCA Perak, Ketua Bahagian MCA Padang Rengas
Keputusan pilihan raya
Remove ads
Nota
- Diandaikan portfolio pada 23 November 2022 memegang jawatan.
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
