Cuti umum di Malaysia

rencana senarai Wikimedia From Wikipedia, the free encyclopedia

Cuti umum di Malaysia
Remove ads

Cuti umum di Malaysia terpakai di kedua-dua peringkat; persekutuan dan negeri, secara asasnya berdasarkan senarai cuti persekutuan di peringkat negara ditambah beberapa cuti tambahan yang berlangsung di setiap negeri atau wilayah persekutuan secara berasingan. Cuti umum ialah campuran cuti sekular yang disambut oleh semua bangsa dan sejarahnya, dan cuti tradisi bagi kumpulan agama dan etnik yang pelbagai yang membentuk negara.

Thumb
     Negeri dengan cuti Jumaat dan Sabtu
     Negeri dengan cuti Sabtu dan Ahad

Undang-undang yang menguatkuasakan cuti umum di Malaysia termasuklah Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369) yang terpakai di Semenanjung Malaysia dan Labuan, Ordinan Hari Kelepasan (Bab 56 Sabah) di Sabah dan Ordinan Hari Kelepasan Am (Bab 8 Sarawak) di Sarawak.

Minggu kerja dan hujung minggu pelbagai bagi setiap negeri; dengan kebanyakan negeri (termasuk wilayah persekutuan) menjadikan hujung minggu pada Sabtu–Ahad, sementara Kedah, Kelantan dan Terengganu menjadikan Jumaat–Sabtu sebagai hujung minggu; [1][2] Bagi negeri yang hujung minggunya Sabtu–Ahad, cuti umum yang jatuh pada hari Ahad digantikan dengan cuti pada Isnin, atau hari bekerja selepasnya jika Isnin sendiri adalah cuti umum. Di Kedah, cuti umum yang jatuh pada Jumaat akan digantikan dengan Ahad atau hari bekerja selepasnya, sementara di Kelantan dan Terengganu, cuti umum yang jatuh pada Sabtu akan digantikan ke Ahad atau hari bekerja selepasnya.

Bermula 1 Januari 2025, cuti hujung minggu bagi Johor ditukarkan dari Jumaat–Sabtu ke Sabtu–Ahad,[3] selepas sepuluh tahun dikuatkuasakan.[4]

Remove ads

Gambaran keseluruhan

Cuti persekutuan

Cuti umum persekutuan telah ditetapkan oleh kerajaan persekutuan dan dipakai ke seluruh negara dengan beberapa pengecualian. Cuti tersebut ialah:

Setiap negeri dan wilayah persekutuan mempunyai 14 hari cuti umum persekutuan, kecuali Sarawak yang mempunyai 13 hari.

Walaupun hari kedua Tahun Baharu Cina tidak disenarai sebagai cuti persekutuan di Kelantan dan Terengganu, hari tersebut telah diwartakan sebagai cuti negeri di kedua-dua negeri, menjadikan ia cuti seluruh negara. Dalam pada itu, hari kedua Hari Raya Korban juga diwartakan sebagai cuti negeri di Kedah dan Perlis.

Cuti negeri

Sebagai tambahan kepada cuti umum persekutuan, setiap negeri ada mewartakan sebilangan cuti umum negeri untuk negeri masing-masing. Untuk wilayah persekutuan, Perdana Menteri bertanggungjawab untuk menentukan cuti umum wilayah untuk setiap wilayah persekutuan.

Di setiap negeri, hari keputeraan rasmi bagi pemerintah negeri atau yang di-pertua negeri disambut sebagai cuti umum. Di wilayah persekutuan, Hari Wilayah Persekutuan disambut.

Cuti negeri paling banyak dikuatkuasakan ialah Hari Tahun Baharu yang mana ia diguna pakai di lapan negeri dan semua wilayah persekutuan, diikuti Nuzul al-Quran di tujuh negeri dan semua wilayah persekutuan, dan Thaipusam di lima negeri dan dua wilayah persekutuan.

Setakat 2020, setiap negeri dan wilayah persekutuan mempunyai empat ke enam cuti umum negeri, menjadikan bilangan cuti umum menjadi 20 hari di Sabah dan Terengganu, 19 hari di Labuan, Pulau Pinang dan Sarawak, dan 18 hari di negeri-negeri lain.

Cuti mengikut pengisytiharan

Fasal 8 Akta Hari Kelepasan 1951 memberikan Perdana Menteri kuasa untuk mengisytiharkan sebarang hari sebagai cuti umum bagi Semenanjung Malaysia dan Labuan, atau di salah satu wilayah persekutuan, atau di salah satu negeri selepas rundingan dengan kerajaan negeri berkaitan. Cuti yang diisytiharkan hendaklah menjadi cuti bergaji kepada semua majikan.

Cuti umum biasanya akan diisytiharkan pada hari mengundi bagi pilihan raya umum,[5] pada hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong,[6] juga selepas acara sukan antarabangsa untuk meraikan pencapaian atlet Malaysia.[7]

Di peringkat negeri, kerajaan negeri boleh mengisytiharkan cuti peristiwa bagi acara-acara seperti pertabalan raja pemerintah negeri,[8] selepas pencapaian besar dalam acara sukan,[9][10] atau juga untuk menyediakan cuti tambahan tetapi tidak boleh diwartakan secara rasmi (seperti peisytiharan cuti setiap tahun untuk Thaipusam di Kedah).[11][12] Tidak seperti cuti yang diisytiharkan di bawah Fasal 8 Akta Hari Kelepasan 1951, penguatkuasaan cuti peristiwa negeri oleh perusahaan swasta dan pertubuhan adalah secara sukarela, sementara bagi pegawai kerajaan dan sekolah (kecuali untuk peperiksaan seluruh negara) adalah terpakai.

Di Sabah dan Sarawak, kuasa untuk mengisytiharkan sebarang hari sebagai cuti umum diserahkan kepada yang di-pertua negeri (secara amali, dikuatkuasakan dengan rundingan kerajaan negeri) menurut Ordinan Hari Kelepasan negeri masing-masing.

Senarai cuti umum mengikut pengisytiharan di bawah Fasal 8 Akta Hari Kelepasan 1951

Jadual di bawah menyenaraikan cuti tambahan yang diisytiharkan di bawah Fasal 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Labuan. Melainkan dinyatakan sebaliknya, hari yang sama turut diisytiharkan sebagaicuti di Sabah dan Sarawak mengikut Ordinan HariKelepasan masing-masing.

Maklumat lanjut Tahun, Tarikh ...
A Di negeri dan wilayah persekutuan yang cuti hujung minggu pada SabtuAhad
B Di negeri yang cuti hujung minggu pada JumaatSabtu

Cuti umum jatuh pada hari sama

Bagi badan kerajaan, tiada hari ganti automatik apabila dua cuti umum jatuh pada hari bekerja yang sama, walaupun kerajaan mungkin akan menjadikan hari lain sebagai cuti umum.[38] Bagi pekerja sektor swasta, jika majikan memilih untuk menguatkuasakan kedua-dua cuti umum, cuti ganti diberikan pada hari bekerja selepasnya, atau hari lain jika pekerja setuju.[39][40]

Remove ads

Jadual cuti umum 2015

Maklumat lanjut Tarikh, Nama ...

Sumber: [42]

Remove ads

Perayaan Malaysia

Perayaan Muslim

Maklumat lanjut Perayaan, Tarikh ...

Perayaan Buddha

Maklumat lanjut Perayaan, Tarikh ...

Perayaan Kristian

Maklumat lanjut Perayaan, Tarikh ...

Perayaan India

Maklumat lanjut Perayaan, Tarikh ...

Perayaan Cina

Maklumat lanjut Perayaan, Tarikh ...

Perayaan etnik dan tempatan

Maklumat lanjut Perayaan, Tarikh ...

Perayaan negara dan antarabangsa

Maklumat lanjut Perayaan, Tarikh ...
Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads