Fara (drama)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Fara ialah rancangan drama-komedi Malaysia terbitan Ace Motion Pictures yang dibintangi juruhebah radio terkemuka Fara Fauzana. Siri TV ini kini sudah mencecah tiga musim sejak ditayangkan buat julung kali pada tahun 2007.
Remove ads
Am
Fara (lakonan Fara Fauzana) diambil kerja sebagai juruhebah radio di sebuah stesen radio fiksyen bernama Panas FM lalu mendapati bahawa kerja sebagai juruhebah ini lebih sukar daripada apa yang dijangkanya, kerana stesen ini kelihatan banyak dilanda masalah dalam untuk terus bermandiri di udara, serta rakan sekerja yang banyak ragam yang boleh mempengaruhi kepuasannya untuk bekerja di situ.
Setiap kali penyiaran episod siri ini dimulakan dengan babak pertama diikuti dengan pembuka yang dimulakan dengan adegan di mana Farah berada dalam studio siaran dengan berucap: "Haaloo…Farah di sini! Ni nak tanya ni kan, ada orang cakaplah, wanita yang muda dan juga berjaya ni selalunya berat jodoh. Ah, betul ke?" Pembuka rancangan dilengkapi dengan montaj foto yang diambil sekitar Kuala Lumpur dan tampalan gambar Fara yang bersisipkan senarai pelakon utama dan diiringi lagu Cepat-Cepat oleh Jaclyn Victor.
Tambahan juga, di samping cerita utama, dalam setiap episod terdapat babak sisipan yang tidak terdapat dalam kesinambungan cerita tetapi berkaitan dengan pengalaman hidup Fara dalam setiap episod, iaitu yang mana Fara berada dalam studio penyiaran untuk meluahkan soalan, kemudian potongan potret orang ternama atau watak filem/televisyen yang dianimasikan bibirnya (sebenarnya merupakan rakaman bibir pelakon) memberi cadangan kepadanya. Antara potret yang dipakai termasuk Angelina Jolie, Nora Danish, ahli-ahli kumpulan Senario, George W. Bush, Ariel Sharon, Tony Blair, Michael Jackson, Shah Rukh Khan dan Michael Schumacher.
Remove ads
Watak-watak
Watak utama
- Fara (Fara Fauzana) asalnya bekerja sebagai operator syarikat teksi sehingga dipujuk untuk menyertai bidang penghebahan oleh penyelia syarikat lamanya yang melihatnya sebagai berbakat sebagai juruhebah ala radio. Namun setibanya di Panas FM, kehidupannya makin bergolak setelah menghadapi dugaan dalam hidup setelah dinaikkan nama sebagai personaliti terkenal di gelombang radio.
- Sanju (Pushpa Narayan) ialah Pengurus Panas FM yang amat tegas terhadap orang bawahannya, namun sedia membantu Fara dan rakan sekerjanya sekiranya mereka menghadapi masalah termasuk yang peribadi.
- Nordin a.k.a. Din JJ (Mohd Kardanie "Danny" Anwa) ialah rakan sejawatan Fara yang kuat egonya. Pada musim pertama, Din menjadi dengki terhadap Fara lalu sanggup melakukan apa sahaja untuk menyingkirkannya dari Panas FM demi kepentingan sendiri. Pada musim kedua kedengkiannya sudah reda. Sering kali dia dilihat bertutur dalam loghat Kelantan. JJ ialah singkatan bagi "Jejaka Jambul".
- Jimmy (Jason Chong) ialah penerbit rancangan Panas FM yang berperangai keperempuanan. Dia sentiasa bimbang akan sambutan pendengar dan pengiklan terhadap stesen tersebut dan mudah menjadi cemas jika dengar ada juruhebah yang hendak meninggalkan Panas FM.
- Hisham (Fahrin Ahmad) muncul di awal musim ketiga, sebagai seorang wakil syarikat yang menaja rancangan Fara di Panas FM. Walaupun sudah bertemankan Diana, namun dirinya seolah-olah makin erat dengan Fara dan agak sukar untuk Fara menerima kenyataan ini walaupun beginilah yang disangka rakan-rakannya semenjak Hisham muncul.
- Diana (Jue Aziz):Anak emas dalam keluarga pemilik syarikat penaja Panas FM, dan teman wanita Hisham. Dia muncul di musim ketiga untuk cuba membawa perubahan drastik kepada Panas FM tanpa kerelaan krew. Dia pernah membikin sebuah filem berjudul Dendam Berahi yang kurang berjaya di pawagam walaupun banyak berbelanja untuk penerbitan (dari episod Gali Lubang Tutup Lubang).
Watak sampingan dan watak kecil
- Sean (Dalip Dale Suvitt) ialah seorang kenalan Wanda. Dalam episod Jejaka Idaman, Sean pernah menjalin hubungan dengan Fara buat seketika dan disangka oleh Din sebagai teman lelaki Wanda yang dicuri Fara.
- Jaya (Siva Kumar) ialah suami kepada Sanju. Dalam episod Cita-cita dan Cinta, dia dengan bantuan krew Panas FM cuba memujuk Sanju menyambut hari jadi.
- Nabil (Nabil Zamanhuri) muncul dalam episod Salah Pancing sebagai konsultan imej Panas FM yang diidamkan Wanda untuk bercinta, tetapi sebaliknya kelihatan lebih rapat dengan Fara dan malu berdekatan dengan Wanda.
- Samad (Zami Ismail) ialah pengawal keselamatan bangunan yang menempatkan konti Panas FM. Dalam episod Tak Padan, dia menunjukkan rasa jelik terhadap sifat keperempuanan Jimmy, tetapi anaknya sendiri juga berperilaku keperempuanan.
- Leong (Jeffrey Lim) ialah rakan sejawatan Samad yang juga muncul dalam episod Tak Padan.
- Dr. Salim (Aziz M. Osman) ialah seorang pakar kecantikan palsu yang, dalam episod Duta Produk, memperguna nama Fara untuk melariskan keluaran terbarunya.
- Maya (Fara Ali) ialah teman wanita Din JJ dalam satu perhubungan yang renggang. Dalam episod Cincang Air, Maya memutuskan hubungan setelah ditegah abangnya.
- Rosman (Syed Aiman) ialah abang kepada Maya. Dalam episod Cincang Air, Din cuba menjalin hubungan dengan Rosman agar mendapatkan kembali Maya, tetapi hubungan baik itu tidak tahan lama jua.
- Ayu (Farah Putri) ialah pelatih yang bekerja di premis Panas FM sementara di episod Budak Praktikal.
- Michael (Aaron Aziz) ialah bekas teman lelaki Sanju yang pernah saling bercinta ketika masih bersekolah. Di episod Janji, dia kembali dari pengajiannya di England lalu cuba berhubung dengan bekas teman wanitanya.
- Nia (Eira Syazira) ialah seorang pekerja di pejabat bersebelahan pejabat Panas FM yang menarik hati Jimmy di episod Cinta Jimmy.
- Suhaimi (Fahrin Ahmad) ialah Pegawai Eksekutif Panas FM dan orang atasan kepada kelima-lima watak utama. Muncul buat julung kali di episod Siapa Ketua, Suhaimi menunjukkan personaliti yang peramah dan senang-lenang, tetapi berdendam terhadap Sanju dan mengambil kesempatan dengan memecatnya atas kesilapan kecil.
- Ibu Bapa kepada Fara (Ridzuan Hashim & Raja Azura) - Mereka berdua sentiasa ceria
- Anuar (Zoey Rahman) ialah adik kepada Fara
Bekas watak utama
- Wanda (Yanie) ialah wartawan hiburan dan "tukang gosip" Panas FM yang sering cuba menceriakan suasana di pejabat stesen radio tersebut. Dia bersifat naif dan mudah terpedaya. Watak ini muncul selama dua musim pertama.
Penampilan istimewa
- Hai Fara Di Sini!:Faizal Tahir ditampilkan secara khusus bagi episod ini untuk memainkan peranan seorang awam yang terlibat dalam kaji selidik manakala Mr. Os sebagai majikan syarikat teksi yang ingin mengurat Fara dan Sharifah Shahirah sebagai pemandu teksi.
- Cincang Air (bhg 2): Barisan pelakon utama siri Puteri meminjamkan suara mereka sebagai pemanggil radio dalam episod ini.
- De Javu: Panas FM mengadakan temubual bersama Ella dari wad hospital di mana Fara terlantar akibat kemalangan.
- Kawan Lama (musim 2):Linda Rafar sebagai kawan kepada Fara yang selalu membuli semasa belajar di universiti dan ambil kesempatan kedudukan Fara sebagai DJ Panas FM
Remove ads
Senarai episod
Templat:Spoiler
Musim pertama
Musim kedua
Musim ketiga
Remove ads
Trivia
- Stesen radio Panas FM dari beberapa segi mencerminkan imej luaran Hot FM dalam alam sebenar, di mana Fara Fauzana bertugas.
- Konti Panas FM sebenarnya merupakan konti Hot FM di Sri Pentas, tetapi pejabatnya merupakan studio rakaman di suatu tempat lain. Konti Hot FM tidak jauh dari pintu besar Sri Pentas.
- Slogan Panas FM ialah "Lebih menggelagak daripada biasa," iaitu perkataan "menggelagak" menggenti perkataan "hangat" dalam slogan Hot FM.
- Dalam lapan episod terawal musim pertama, logo Panas FM serupa dengan logo Hot FM. Semenjak episod 9, logo Panas FM bertukar menjadi bentuk bulatan berapi yang lebih unik.
- Dalam episod ke-11 musim pertama, Fara mengujar ungkapan "lebih hangat daripada biasa" — slogan Hot FM — apabila berbincang mengenai satu produk yang menjadikan Fara sebagai duta.
- Dalam episod ke-12 musim pertama, Din mengujar ungkapan "borẽ duriẽ siẽ Gred A, ''best in Klatẽ, best in Ganu, and sometime in Pahang" (Terbaik di Kelantan, Terbaik di Terengganu, dan kadang-kadang di Pahang) yang mengajuk ungkapan watak sitkom Singapura Phua Chu Kang iaitu "Best in Singapore and JB, and some say in Batam" (Terbaik di Singapura dan Johor Bahru dan kata orang di Batam juga).
- Fahrin Ahmad asalnya adalah pelakon undangan untuk episod 'Siapa Ketua' sebagai Suhaimi namun di musim akhir watak ditukar kepada Hisham
Remove ads
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads