Jahid Noordin Jahim

Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Datuk Seri Panglima Jahid @ Noordin bin Jahim (lahir 29 Mei 1958) merupakan seorang ahli politik dalam Parti Bersatu Sabah dan kini menyandang jawatan sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah.[2] Beliau juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri untuk N.14 Tamparuli, negeri Sabah.[3] Dahulunya, beliau pernah memperjuangkan pilihan raya negeri sebagai calon Barisan Nasional (PBS) secara langsung. Namun, partinya iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS) memutuskan untuk meninggalkan Barisan Nasional (BN) pada 12 Mei 2018 dan kini bersekutu dalam parti Gabungan Bersatu Sabah selepas kejatuhan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum 2018. Beliau juga menyandang jawatan sebagai pemangku Timbalan Presiden dalam Ahli Majlis Tertinggi Parti Bersatu Sabah.[4]

Fakta Segera Yang Berhormat Datuk Seri Panglima SPDK, PGDK, ASDK, ADK (Sabah), Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah ...
Remove ads

Latar Belakang

Datuk Jahid Jahim dilahirkan pada 29 Mei 1958 dan berasal dari Kampung Bontoi Tamparuli, Sabah. Datuk Jahid berkahwin dengan Datin Malianah Ugau dan mempunyai seramai tiga orang anak. Di bangku sekolah, Datuk Jahid pernah bersekolah di SMK Tamparuli iaitu pada tahun 1972, tahun 1973 dan tahun 1974 semasa beliau berada di tingkatan 3,4 dan 5. Datuk Jahid Jahim juga telah dihantar ke sekolah asrama penuh lelaki di Sekolah Datuk Abdul Razak, Seremban di Negeri Sembilan semasa tingkatan enam. Seterusnya Datuk menyambung pelajaran di UKM dalam bidang Sosiologi dan berkelulusan BA(kepujian). Selepas itu, beliau melibatkan diri dalam bidang politik.

Remove ads

Kerjaya

Pada 29 September 2020, Yang Berhormat Datuk Jahid Jahim telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah yang bertempat di Istana negeri Sabah.

Keputusan Pilihan Raya

Maklumat lanjut Tahun, Undian ...
Maklumat lanjut Tahun, Kawasan pilihan raya ...

Pilihan Raya

Pada 26 September 2020, Yang Berhormat Datuk Jahid Jahim telah mengekalkan kedudukannya di DUN (N.14) Tamparuli setelah memenangi majoriti sebanyak 3,517 dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16.

Remove ads

Anugerah

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads