Gegar Vaganza (musim 7)
Pertandingan Realiti Muzik Tahun 2020 Di Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Gegar Vaganza bagi musim yang ketujuh bermula pada 11 Oktober 2020 dan disiarkan pada hari Ahad jam 9:00 malam dengan Episod Akhir pada 13 Disember 2020. Musim ini menampilkan 14 peserta daripada Malaysia sahaja.[2][3][4][5] Pada musim ini, penaja utamanya ialah Farm Fresh dan penaja bersama ialah DiGi, Adabi (PowerCat), Cuckoo dan penaja baru Foodpanda. Penyanyi lagenda, Dato' Khadijah Ibrahim kembali sebagai juri tetap bersama Dato' Ramli MS. Pengacara bagi musim ini masih lagi mengekalkan duo pelawak terkemuka iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Remove ads
Gambaran Keseluruhan
Mengangkat tema Dimensi Berbeza Gegar Vaganza 2020 (Mara Suara Membara) pada skala Norma Baharu, musim ketujuh kali ini akan berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan berikutan negara masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akibat penularan pandemik COVID-19 di Malaysia. Dengan pelbagai perubahan dilaksanakan demi mematuhi syarat dan garis panduan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan antaranya dengan penganjuran konsert mingguan dalam skala kecil dengan jumlah penonton yang sedikit.[6] Manakala, Pada 18 Oktober 2020 pada masa itu Konsert Gegar Vaganza telah memasuki minggu kedua dan kerajaan telahpun melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor ini kerana terdapat peningkatan kes positif COVID-19 di negara ini dengan langkah itu pengajuran konsert Gegar Vaganza diteruskan tetapi tanpa penonton.[7][8][9]
Dua anugerah khas akan diumumkan setiap minggu iaitu Anugerah Digi Next Level dan Bintang Cuckoo Healthy Home. Anugerah Digi Next Level akan diundi oleh peminat-peminat para peserta melalui undian Online di laman web Astro Gempak pada laman sesawang www.gempak.com/gegarvaganza di setiap konsert dan diumumkan oleh Nabil dan Jihan pada awal rancangan dan Peserta yang mendapat undian tertinggi akan diumumkan pada konsert minggu berikutnya. Manakala, kategori Bintang Cuckoo Healthy Home akan diundi oleh peminat - peminat para peserta dengan cara anda boleh mengundi dimana boleh membuat ciapan di aplikasi Twitter di akaun Twitter anda sendiri dengan menggunakan hashtag #namabintangGV dan #cuckoohealthyhome sebanyak mungkin dan mana yang mempunyai ciapan tertinggi maka artis tersebut sebagai pemenang. Pemenang akan diumumkan oleh Nabil dan Jihan diakhir rancangan sebelum segmen Ada Lagu Ada Lagi.[10]
Satu anugerah khas baharu diumumkan mulai minggu ke-5 iaitu Anugerah Bintang Paling Power Meow. Kriteria pemenang terpilih ialah juara mingguan yakni mendapat kedudukan tertinggi pada minggu tersebut yang diumumkan pada segmen Ada Lagu Ada Lagi pada akhir rancangan.
Menjelang konsert separuh akhir, 7 peserta layak ke konsert akhir sekaligus tiada penyingkiran.[11]
Remove ads
Senarai Peserta[12]
Telah meninggal dunia
Remove ads
Ringkasan Konsert
Minggu 1: Grand Konsert
Tarikh Siaran: 11 Oktober 2020
Pengacara Jemputan: Dato' AC Mizal
- Juri Jemputan: Ayai Illusi , Siti Nordiana, Azharina, Aishah, Noryn Aziz, Hady Mirza & Naqiu (kesemua bekas Juara Gegar Vaganza 1-6)
- Artis Anugerah Digi Next Level: Linda Nanuwil
- Artis Bintang Cuckoo Healthy Home: Linda Nanuwil
- Peserta Tersingkir: Tiada Penyingkiran
Minggu 2: Sama Naik
Tarikh Siaran: 18 Oktober 2020
- Juri Jemputan: Jay Jay
- Artis Anugerah Digi Next Level: Oja
- Artis Bintang Cuckoo Healthy Home: Ashira
- Peserta Tersingkir: Haslinda
Minggu 3: Cuba Try Test
Tarikh Siaran: 25 Oktober 2020
- Juri Jemputan: Datuk Syafinaz Selamat
- Artis Anugerah Digi Next Level: Rozita Izlyn
- Artis Bintang Cuckoo Healthy Home: Oja
- Peserta Tersingkir: Tiada Penyingkiran
Minggu 4: Lagu Berhantu
Tarikh Siaran: 1 November 2020
- Juri Jemputan: Jennifer Thompson
- Artis Anugerah Digi Next Level: Ashira
- Artis Bintang Cuckoo Healthy Home: Aju
- Peserta Tersingkir: Eva & Indigo
Minggu 5: Tahu Tahu Sampai
Tarikh Siaran: 8 November 2020
- Juri Jemputan: Dato' Hattan
- Artis Anugerah Digi Next Level: Cliff Umar
- Artis Bintang Cuckoo Healthy Home: Yantzen
- Artis Bintang Paling Power Meow: Cliff Umar
- Peserta Tersingkir: Nomad
Minggu 6: Double Special
Tarikh Siaran: 15 November 2020
- Juri Jemputan: Aishah & Dato' Awie
- Artis Anugerah Digi Next Level: Noraniza Idris
- Artis Bintang Cuckoo Healthy Home: Rozita Izlyn
- Artis Bintang Paling Power Meow: Noraniza Idris
- Peserta Tersingkir: Rozita Izlyn
Minggu 7: Take Over
Tarikh Siaran: 22 November 2020
- Juri Jemputan: Saiful Apek & Ad Samad
- Artis Anugerah Digi Next Level: Yantzen
- Artis Bintang Cuckoo Healthy Home: Linda Nanuwil
- Artis Bintang Paling Power Meow: Oja
- Peserta Tersingkir: Aju Success
Minggu 8: GV Throwback
Tarikh Siaran: 29 November 2020
- Juri Jemputan: Datuk Syafinaz Selamat & Mamat Khalid
- Artis Anugerah Digi Next Level: Muss
- Artis Bintang Cuckoo Healthy Home: Yantzen
- Artis Bintang Paling Power Meow: Muss
- Peserta Tersingkir: Yantzen
Minggu 9: Outstation
Tarikh Siaran: 6 Disember 2020
- Juri Jemputan: Datuk Syafinaz Selamat & Jay Jay
- Artis Anugerah Digi Next Level: Ayu Damit
- Artis Bintang Cuckoo Healthy Home: Linda Nanuwil
- Artis Bintang Paling Power Meow: Oja
- Peserta Tersingkir: Tiada Penyingkiran
Minggu 10: Konsert Akhir
Tarikh Siaran: 13 Disember 2020
Pusingan 1: Medley Solo & Duet Bersama Juara-Juara GV
Pusingan 2: Battle (Hip Hop)
Keputusan Rasmi & Hadiah
Juara: RM 100,000
Cliff Umar
Naib Juara: RM 50,000
Muss
Tempat ke-3: RM 30,000
Ayu Damit
Tempat ke-4: RM 20,000
Noraniza Idris
Tempat ke-5: RM 15,000
Linda Nanuwil
Tempat ke-6: RM 10,000
Oja
Tempat ke-7: RM 5,000
Ashira
- Juri Jemputan: Datuk Syafinaz Selamat & Joe Flizzow
- Artis Anugerah Digi Next Level: Oja
- Artis Bintang Cuckoo Healthy Home: Linda Nanuwil
- Artis Bintang Paling Power Meow: Cliff Umar
Remove ads
Juri Jemputan
Carta Penyingkiran
Minggu 1-9
- Juara Mingguan
- 2 Tercorot
- Tersingkir
- Terkecuali
Akhir
- Juara
- Naib Juara
- Tempat Ke-3
- Finalis (Tempat Ke-4, Ke-5, Ke-6 dan Ke-7)
Info Menarik
- Minggu 1: Tiada Penyingkiran
- Minggu 2: Aju dan Noraniza Idris mendapat markah yang sama tetapi kedudukan mereka berbeza
- Minggu 3: Yantzen dikecualikan penyertaan atas faktor kesihatan, Tiada Penyingkiran
- Minggu 4: Penyingkiran melibatkan kedua-dua kumpulan bersama (Eva & Indigo)
- Minggu 6: Bintang Cuckoo Healthy Home (Rozita Izlyn) ialah peserta tersingkir pada minggu yang sama
- Suku Akhir: Bintang Cuckoo Healthy Home (Yantzen) ialah peserta tersingkir pada minggu yang sama
- Separuh Akhir: Tiada Penyingkiran, kali pertama Gegar Vaganza menampilkan 7 Finalis
- Akhir: Kali pertama Gegar Vaganza menampilkan Battle antara 3 Finalis (Muss, Cliff Umar & Oja - MCO)
Remove ads
Anugerah dan Pencalonan
Lihat Juga
Rujukan
Pautan Luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads