Juanda Jaya

From Wikipedia, the free encyclopedia

Juanda Jaya
Remove ads

Datuk Dr. Juanda bin Jaya merupakan seorang ahli politik Malaysia dan mufti yang berkhidmat sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak yang bertanggungjawab ke atas Integriti dan Ombudsman dalam pentadbiran Gabungan Parti Sarawak (GPS) du bawah Premier Sarawak, Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg serta Menterinya, John Sikie Tayai sejak Januari 2022. Beliau juga merupakan ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN Sarawak) untuk Jemoreng sejak Mei 2016. Beliau adalah ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti komponen gabungan GPS yang memerintah. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Mufti Perlis dari Januari 2009 sehingga Januari 2014.[1] Pada 1 Oktober 2009, beliau mula mengambil cuti dan menjadi cendekiawan pelawat ke Universiti Oxford dari 6 Oktober 2009 hingga 3 Ogos 2010 selama 10 bulan dan beliau merupakan berketurunan Melanau. Beliau merupakan satu-satunya anak jati Malaysia Timur yang pernah menjadi Mufti di Semenanjung Malaysia.[2]

Fakta Segera Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Yang di-Pertua Negeri ...
Remove ads

Kerjaya politik

Khabar angin sebagai calon pembangkang pada pilihan raya umum 2013

Pengerusi PKR Perlis, Mohd Faisol Abdul Rahman mendakwa Juanda akan menjadi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat (PR) di kerusi Kangar pada Pilihan raya umum Malaysia 2013.[3] Walau bagaimanapun, dakwaan itu disangkal sekeras-kerasnya oleh beliau dan beliau tidak bertanding dalam pilihan raya.

Pilihan raya negeri Sarawak 2016

Dalam pilihan raya negeri Sarawak 2016, beliau telah dicalonkan sebagai calon BN bagi kerusi DUN Jemoreng,[4] sebagai penyandang DUN Jemoreng dan kemudiannya Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak, Abu Seman Jahwie berhasrat untuk tidak dinamakan semula atas sebab kesihatan. Beliau kemudiannya dipilih sebagai ahli DUN baharu, menewaskan calon bebas, Abdullah Saminan dan Parti Amanah Negara (AMANAH) di bawah Pakatan Harapan (PH), Kiprawi Suhaili dengan majoriti 3,789 undi.

Pilihan raya negeri Sarawak 2021 dan pelantikan ke Kabinet Sarawak sebagai Timbalan Menteri Negeri

Pada pilihan raya negeri Sarawak 2021, beliau telah dinamakan semula sebagai calon GPS untuk mempertahankan dan berjaya mengekalkan kerusi Jemoreng, menewaskan calon bebas, Osman Rafaee dan calon Amanah di bawah PH, Zainab Suhaili dengan peningkatan majoriti 5,012. Pada 30 Disember 2021, Premier Sarawak, Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg melancarkan barisan kabinet baharu, Juanda kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak yang menjaga Integriti dan Ombudsman pada 4 Januari 2022.

Remove ads

Keputusan pilihan raya

Maklumat lanjut Tahun, Kawasan pilihan raya ...
Remove ads

Penghargaan

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads