Taufiq Hanafi

Pelakon, pengarah dan pengacara Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Mohamad Taufiq Mohd Hanafi (lahir 26 April 1991) ialah seorang pelakon, pengarah dan pengacara lelaki Malaysia.[3][4][5] Taufiq mula dikenali apabila membawa watak Abu dalam filem Ola Bola pada 2016 yang juga merupakan filem pertamanya.[6]

Fakta Segera Kelahiran, Pendidikan ...
Remove ads

Kerjaya

Kerjaya Taufiq sebagai pelakon bermula sebagai pelakon tambahan untuk telefilem terbitan RTM Sutun pada 2006, semasa berumur 15 tahun. Setelah tamat belajar di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Taufiq bekerja di TVi milik RTM dan turut berlakon beberapa watak kecil. Dari situ beliau mendapat tawaran untuk filem Kanang anak Langkau: The Iban Warrior.[7] Taufiq turut menjadi pengacara untuk Dokumentari Kembara Sungai untuk siaran RTM pada 2017.[8]

Taufiq dikecam gara-gara watak Sofil dalam drama bersiri remaja Gantung The Series di Indonesia. Sofil merupakan watak antagonis yang mempunyai nafsu songsang. Drama bersiri 16 episod itu mula ditayangkan pada Januari 2018 dan hanya boleh ditonton di aplikasi Tribe di Indonesia dan Astro First di Malaysia.[9]

Pada 27 September 2018, Taufiq merupakan salah seorang pelakon utama filem PASKAL arahan Adrian Teh bersama-sama Hairul Azreen, Ammar Alfian, Henley Hii dan Jasmine Suraya Chin; beliau memegang watak sebagai Ustat.[10] Filem ini merupakan satu kejayaan komersial dan menerima ulasan positif daripada media.[11]

Remove ads

Pendidikan

Taufiq bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Kajang pada tahun 2007 dalam bidang kejuruteraan. Pada tahun 2009, Taufiq menyambung pelajaran ke ASWARA. Bermula dari situ Taufiq aktif dalam penerbitan dan lakonan pentas.[7]

Kehidupan peribadi

Pada September 2018, Taufiq mendedahkan bahawa hubungannya dengan pelakon Neera Azizi tidak lebih hanya sebagai teman rapat sahaja.[12]

Pada akhir Mei 2020, Taufiq mengakui bahawa beliau sedang menjalinkan hubungan dengan sorang model tempatan yang dikenali sebagai Neesa Sodirman dan turut memuat naik sekeping foto di Instagram menyambut Aidilfitri bersama. Dalam entri tersebut, Taufiq memberi bayangan keseriusan hubungan tersebut apabila mendakwa bakal menyambut lebaran tahun depan 'bersama' di kampungnya di Johor. [13]

Pada 2023 Taufiq menjalinkan hubungan akrab dengan hos Malaysia Hari Ini Anim Ezati Rizki, apatah lagi beliau menemaninya semasa malam tayangan filem Malbatt:Misi Bakara sekali gus menjadi tanda tanya tentang keseriusan hubungan.Namun Taufiq bersedia menggalas tanggungjawab sebagai suami dan bapa melalui belajar dengan Anim, beliau akui Anim pandai ambil hati keluarganya.

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Teater

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads