Nur (drama)

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Nur ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia arahan Shahrulezad Mohameddin, dibintangi oleh Amyra Rosli dan Syafiq Kyle.[1] Musim pertama drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 pada 14 Mei hingga 14 Jun 2018 sepanjang Ramadhan. Drama ini memfokuskan tentang perbezaan kehidupan masyarakat yang dilabel sebagai golongan 'pendosa' dan juga golongan 'beriman' daripada perspektif masyarakat sekeliling.

Fakta Segera Genre, Pengarah ...

Siri ini merupakan satu kejayaan komersial dan telah memenangi 3 anugerah di Anugerah Skrin 2018 dan 6 anugerah di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019. Musim keduanya disiarkan pada 2 April sehingga 25 April 2019. Sebuah filem berdasarkan drama ini dalam perancangan,[2] bagaimanapun ia tidak dapat direalisasikan.[3] Pementasan teater adaptasi drama ini juga dalam perancangan.[4] Siri ini juga ditayangkan sepanjang Ramadhan di MNCTV di Indonesia.

Remove ads

Ringkasan siri

Maklumat lanjut Siri, Episod ...

Musim 1 (2018)

Mengisahkan mengenai Nur, pelacur yang mahu keluar dari kehiduapn kotornya. Pertemuan dengan Ustaz Adam memberi sinar buat Nur. Namun, dalam mencari redha ilahi dan cinta sejati manusia, Nur bergelut dengan penerimaan masyarakat lebih-lebih lagi keluarga Adam yang sangat dihormati.

Musim 2 (2019)

Nur dan Adam yang meneruskan kehidupan mereka di rumah peninggalan arwah Cik Mona. Selain mengajar kanak-kanak mengaji di rumah mereka. Adam masih meneruskan aktiviti memberi dakwah di lorong-lorong yang turut mendapat sokongan Nur. Pendekatan Adam yang berdakwah secara halus dengan mendekati komuniti di lorong pelacuran tanpa menghakimi sesiapa itu membuatkan dirinya disenangi ramai. Dalam diam Adam diperhatikan oleh Juita, pelacur popular dan juga rakan Nur di lorong itu. Juita juga mengimpikan untuk menjadi seperti Nur. Dia mahu Adam menjadi miliknya dan perlahan-lahan mencari peluang untuk mendampingi Adam.

Remove ads

Pelakon

Pelakon utama

Thumb
Amyra Rosli sebagai Nur
Thumb
Syafiq Kyle sebagai Ustaz Adam
  • Amyra Rosli sebagai Nur (musim 1–3) – Seorang wanita muda yang berminat untuk mendalami ilmu agama walaupun dibesarkan oleh ibunya yang merupakan seorang pelacur. Nur seorang wanita yang baik, tabah, dan cekal dalam mengharungi pelbagai ujian yang diberikan. Walaupun ujian yang dihadapinya sungguh berat, dia tidak pernah meninggalkan solatnya. Dia juga berhasrat untuk keluar dari 'dunia lorong' dan menjalani kehidupan yang normal sebagai seorang hamba Allah. Nur juga pernah bertemu dengan beberapa lelaki yang dia sangka boleh mengubah hidupnya namun sangkaannya salah. Setelah Nur dikecewakan oleh beberapa lelaki, Nur bertekad untuk berusaha sendiri mengubah nasibnya namun kehidupannya mula berubah apabila Nur bertemu dengan seorang Ustaz muda yang bernama Adam.
  • Syafiq Kyle sebagai Ustaz Adam (musim 1–3) – Seorang lelaki muda yang mempunyai ilmu yang mendalam tentang Islam dan dibesarkan dalam keluarga yang mempraktikkan ajaran Islam dengan sepenuhnya. Adam merupakan seorang lelaki yang pemalu namun sangat bijak. Adam merupakan seorang graduan daripada sebuah universiti di Jordan. Adam merupakan anak Datuk Ayah Haji Mukhsin dan Datin Ibu Hajah Musalmah. Ayahnya, seorang pendakwah terkenal dan disegani masyarakat. Pada suatu hari, ketika Adam selesai solat Subuh berjemaah di sebuah masjid milik ayahnya, Adam bertemu dengan seorang wanita muda yang sedang menulis soalan di atas sekeping kertas untuk ditanyakan ketika kuliah Subuh nanti. Wanita itu sedar akan kehadiran Adam lalu lari keluar dari masjid tanpa sempat menghabiskan soalannya.

Pelakon pembantu

Remove ads

Sambutan

Maklumat lanjut EPISOD PERTAMA, EPISOD AKHIR ...

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Remove ads

Siaran antarabangsa

Filem adaptasi

Pada 2019, sebuah filem berdasarkan drama ini dalam perancangan. Amyra Rosli (Nur) & Syafiq Kyle (Ustaz Adam) masing-masing kekal sebagai teraju utama bersama dengan Noorkhiriah, Jalaluddin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Atiq Azman dan Eyra Hazali.

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads