Laluan kereta api Pantai Timur
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Laluan kereta api Pantai Timur (East Coast Rail Line, ECRL) ialah landasan kereta api tolok meter sehala di Malaysia yang terbentang di antara stesen kereta api Gemas di Negeri Sembilan dan stesen kereta api Tumpat di Kelantan. Laluan ini merupakan sebahagian daripada rangkaian rel di bawah kendalian Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Gemas ialah persimpangan rel antara laluan kereta api Pantai Barat dan laluan kereta api Pantai Timur. Seperti laluan kereta api Pantai Barat, laluan ini dipanggil landasan kereta api Pantai Timur kerana laluan ini memberi perkhidmatan kepada dua negeri pantai timur Semenanjung Malaysia, iaitu Pahang dan Kelantan. Terengganu adalah satu-satunya negeri di Semenanjung Malaysia yang tidak mempunyai rangkaian kereta api KTMB. Malah, laluan ini tidak melalui di sepanjang pantai dan hanya bertemu dengan Laut China Selatan apabila ia berakhir di stesen keretapi Tumpat . Laluan ini juga melalui kawasan pedalaman yang diliputi hutan belantara, lantas mendapat jolokan Kereta Api Hutan.[1]
Laluan Rel Pantai Timur telah dirancang untuk mempunyai pertukaran dengan ECRL di Mentakab dan memperluaskan rangkaian kereta api ke bandar-bandar yang terletak di Pantai Timur, seperti Kuantan dan Kuala Terengganu.[2]
Remove ads
Sejarah
Laluan kereta api Pantai Timur telah dihentikan akibat banjir yang melanda pantai timur pada 22 Disember 2014, menyebabkan kerosakan besar pada infrastruktur landasan, peralatan papan tanda serta jentera penyelenggaraan landasan yang ditenggelami air. Pada Ogos 2020, Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata kerajaan telah memperuntukkan RM874.7 juta untuk menaik taraf infrastruktur landasan dan tren di sektor pantai timur dan kereta api itu perlu memulakan semula perkhidmatan menjelang 2021.[3]
Pada 12 April 2021, KTMB melancarkan tren KTM Kelas 61 unit berganda diesel (DMU) untuk laluan pantai timur antara Kelantan dan Pahang. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata tren DMU diperkenalkan khusus untuk menggantikan tren diesel konvensional KTM untuk laluan rel KTM Antarabandar Pantai Timur antara Tumpat dan Kuala Lipis. Beliau mendakwa DMU baharu itu akan mengurangkan masa perjalanan kerana kelajuan purata tren adalah kira-kira 100km/j, berbanding tren konvensional yang berjalan antara 50km/j dan 60km/j. Tren DMU, yang meliputi 216 kilometer dari Tumpat dan Gua Musang serta 94 kilometer dari Gua Musang ke Kuala Lipis, akan beroperasi sepenuhnya secara berperingkat. Laluan Tumpat-Gua Musang-Kuala Lipis mewakili fasa pertama proses naik taraf. Fasa kedua akan meliputi laluan ke Gemas, Negeri Sembilan, manakala fasa ketiga meliputi laluan Gua Musang-Mentakab di sepanjang laluan Pahang.[4]
Remove ads
Perkhidmatan
Laluan kereta api Pantai Timur menyediakan perkhidmatan kereta api seperti yang berikut:[5]
- KTM Antarabandar
- Ekspres Rakyat Timuran antara Tumpat dan JB Sentral.
- Laluan antara Gemas dan JB Sentral sebahagian daripada Laluan Pantai Barat manakala laluan antara Gemas dan Tumpat sebahagian daripada Laluan Pantai Timur
- Shuttle Timur (berhenti di semua stesen dan perhentian)
- Antara Tumpat dan Dabong
- Antara Tumpat dan Gua Musang
- Antara Tumpat dan Kuala Lipis
- Antara Gua Musang dan Kuala Lipis
- Antara Kuala Lipis dan Gemas
- Ekspres Rakyat Timuran antara Tumpat dan JB Sentral.
Remove ads
Rangkaian laluan


Laluan utama[6]
Laluan Rantau Panjang
Remove ads
Lihat juga
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
