Law Choo Kiang
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Yang Berhormat Dato' Seri Law Choo Kiang (Cina ringkas: 刘子健; Cina tradisional: 劉子健; pinyin: Liú Zǐjiàn; lahir 5 September 1970) ialah Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang terkini dan ahli politik dari Parti Keadilan Rakyat[1] Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Bukit Tambun pada sesi 2008-2013 dan 2013-2018.[2]
Remove ads
Pendidikan
Beliau dilahirkan pada 5 September 1970 di Pulau Pinang. Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Jit Sin, Bukit Mertajam. Menyambung pengajian dalam bidang pentadbiran perniagaan di Universiti Kebangsaan Chung Hsing, Taiwan dan memperolehi Ijazah Sarjna Muda Pentadbiran Perniagaan pada tahun 1994.
Kerjaya politik
Beliau menyertai Parti Keadilan Nasional (sebelum ditukar kepada Parti Keadilan Rakyat) pada tahun 2000. Beliau telah dilantik sebagai Ketua Biro Perhubungan Masyarakat PKR pada tahun 2001. Beliau juga pernah menyandang jawatan Ketua Bahagian PKR Bukit Mertajam dari tahun 2002 hingga 2004[3]. Beliau telah dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri mulai 2010 sehingga kini.
Pada 2008, beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang memegang portfolio Pertanian dan Pembangunan Desa. Beliau telah dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri pada 2013.
Remove ads
Keputusan pilihan raya
Anugerah
Pulau Pinang
Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) - Dato' Seri (2024)[7]
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads