Chow Kon Yeow
ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Chow Kon Yeow (Cina ringkas: 曹观友; Cina tradisional: 曹觀友; pinyin: Cáo Guānyǒu; Pe̍h-ōe-jī: Chô Kuan-iú; lahir 14 November 1958) merupakan ahli politik, peguam dan wartawan Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang ke-5 sejak Mei 2018, Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (ADUN) bagi Padang Kota sejak Mac 2008 dan Ahli Parlimen (AP) bagi Batu Kawan sejak November 2022. Beliau berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (EXCO) dalam pentadbiran negeri Pakatan Rakyat (PR) dan Pakatan Harapan (PH) di bawah bekas Ketua Menteri, Lim Guan Eng dari Mac 2008 hingga kenaikan jawatan Ketua Menteri pada Mei 2018, Ahli Parlimen Tanjong dari November 1999 hingga Mei 2013 dan sekali lagi dari Mei 2018 hingga November 2022 dan Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Pengkalan Kota dari Oktober 1990 sehingga April 1995. Beliau adalah ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen PH dan bekas gabungan PR. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi PH negeri Pulau Pinang sejak Mei 2019 serta Naib Pengerusi Kebangsaan DAP sejak September 2004. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi DAP negeri Pulau Pinang dari 1999 hingga September 2024. Beliau kini merupakan satu-satunya ketua kerajaan negeri bukan Islam dan Cina di antara 13 negeri di Malaysia.[1]
Remove ads
Pelantikan sebagai Naib Pengerusi Kebangsaan
Pada 20 Mac 2022, pada Kongres Kebangsaan DAP ke-17, Chow telah dipilih semula menjadi Jawatankuasa Eksekutif Pusat dengan 1641 undi, undian tertinggi ke-2, selepas Gobind Singh.[2] Beliau kemudiannya dilantik semula sebagai Naib Pengerusi Kebangsaan di bawah Lim Guan Eng.[3]
Kehidupan peribadi
Chow dilahirkan pada 14 November 1957 di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Kepujian) dari Universiti Sains Malaysia (USM). Sebelum menceburi bidang politik, Chow berprofesi sebagai wartawan.[4][5]
Chow berkahwin dengan Tan Lean Kee dan pasangan itu mempunyai dua anak lelaki.
Beliau disahkan positif untuk COVID-19 pada 1 November 2022.
Keputusan pilihan raya
Remove ads
Anugerah
Malaysia :
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
