Pandikar Amin Mulia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin bin Haji Mulia (lahir 17 September 1955) merupakan ahli politik veteran Malaysia berasal dari Kota Belud, Sabah. Beliau merupakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Malaysia bagi penggal ke-12 selepas pilihan raya umum ke-12 menggantikan Tan Sri Ramli Ngah Talib[1]. Pada 2013 sekali lagi beliau terpilih sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Beliau dianugerahkan lulusan undang-undang dari Wolverhampton Polytecnic dan Lincoln Inn, London.
Remove ads
Kerjaya politik
Pandikar menceburi bidang politik pada 1982 apabila bertanding bagi kawasan Parlimen Kota Belud, tetapi tewas. Pada tahun yang sama beliau bertanding pula pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan DUN Usukan, Sabah dan berjaya memenangi kerusi itu atas tiket USNO.[2]
Beliau pernah menjadi Ketua UMNO Bahagian Kota Marudu dan meletak jawatan selepas menjawat jawatan Speaker Dewan Rakyat dan beliau juga pernah memegang jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah dari 1986 hingga 1988.[3]
Beliau juga merupakan bekas Senator dan dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari 1999-2002.
Beliau pernah menjadi Presiden Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR BERSATU), sebuah parti politik dari Sabah yang telah dibubarkan. Beliau juga merupakan Setiausaha Agung Pertubuhan Sabah Bajau Bersatu (USBO). Pada tahun 2004, beliau menjadi (ADUN) Tempasuk, Sabah untuk sepenggal.
Pada PRU DU Sabah 2025, beliau telah dicalonkan bertanding di DUN N8 Pintasan di bawah tiket GRS tetapi tewas kepada mantan penyandang kerusi tersebut iaitu Datuk Fairuz Renddan yang bertanding atas tiket bebas. Walau bagaimanapun, kata kata ikonik beliau semasa ditemubual iaitu "My comment , I'm going to win. You wanna bet with me? Saya yakin , saya yakin, saya yakin, I must deliver. Kalau kau tidak yakin, you wanna bet with me? Anybody wanna bet?" tetap akan segar dalam ingatan semua penyokong tegar Tan Sri Pandikar sebagai suatu motivasi untuk menanamkan keyakinan dalam diri masing-masing dalam apa jua yang dilakukan dalam kehidupan mereka.
Remove ads
Yang Dipertua Dewan Rakyat
Pada 2008, Pandikar Amin terpilih sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi sidang Parlimen penggal ke-12 selepas menggantikan Tan Sri Ramli Ngah Talib. Datuk Ronald Kiandee (wakil Sabah berketurunan Kadazan-Dusun) dan Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar (wakil Sarawak berketurunan Melayu) yang juga dari Malaysia Timur turut terpilih sebagai Timbalan Yang Dipertua.[4][5]
Pada 2013, Pandikar Amin Mulia terpilih sekali lagi sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat selepas mendapat sebanyak 133 undi dalam sesi pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi sidang Parlimen penggal ke-13 pada 25 Jun 2013.Beliau mengalahkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman - (89 undi). Abdul Kadir adalah calon dari pembangkang. Datuk Roosme Hamzah selaku Setiausaha Dewan Rakyat mengumumkan perlantikan tersebut yang dipilih menerusi kaedah undi bersurat.
Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee dan Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said pula dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat. Ismail Mohamed menggantikan Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang pindah menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri. [6]
Remove ads
Penulisan
Pandikar Amin Hj Mulia pernah menulis buku bertajuk '20 perkara dakwaan penyelewengan dan ulasan' pada 1992;Kota Kinabalu . Buku ini membincangkan tentang perjanjian dan persetujuan kemerdekaan Sabah bersama Malaysia .20 perkara adalah syarat kemasukan Sabah ke dalam Malaysia. Ini termasuklah pemansuhan Perkara 161C dan 161D. Beberapa pihak mempersoalkan bilangan pekerja dari Semenanjung yang bekerja di Sabah. [7]
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
