Senarai Persembahan di Planet Hollywood, Kuala Lumpur

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Planet Hollywood adalah sebuah kelab eksklusif yang dibina di lantai bawah Plaza Kuala Lumpur (kini dijenamakan sebagai Fahrenheit 88) di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur [1]. Ia beroperasi dari tahun 1997 serentak di beberapa bandaraya utama di Asia [2] dan difrancaiskan daripada Earl Enterprises Corp oleh Concorde Hotel & Resorts Malaysia, hakmilik ahli perniagaan terkenal Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir [3]di Malaysia bersama pemilik francais di Asia iaitu Ong Beng See [4] [5].

Remove ads

Senarai Persembahan

Sejak dilancarkan secara rasmi pada tahun 2000 [6], Planet Hollywood menjadi tumpuan pengunjung untuk menonton persembahan secara langsung artis-artis dalam dan luar negara menerusi persembahan hujung minggunya [7]. Berikut adalah senarai pementasan yang pernah diadakan di Planet Hollywood, Kuala Lumpur.

Maklumat lanjut Judul, Tarikh ...
Remove ads

Peristiwa & Kontroversi

  • Penyanyi raegae Jamaica, Shaggy dikritik kerana membuat persembahan yang dilihat keterlaluan dan melanggar adab sopan penonton di Malaysia pada tahun 2001 [170]
  • Penyanyi Hazami mula dikenali media dan penggiat seni setelah diundang membuat persembahan dalam Sunday Nite Live with Dayang Nurfaizah pada tahun 2001. Hazami yang ketika itu aktif di belakang tabir sebagai "vocal guide" untuk demo lagu rakaman baru berjaya menarik perhatian syarikat Warner Music Malaysia untuk merakam album solo [171].
  • Cef selebriti, Chef Wan pernah dikecam hebat oleh rakan media apabila dilihat berjoget sakan ketika menyaksikan showcase Anuar Zain Back On Track pada 3 November 2002 iaitu sehari sebelum beliau pergi mengerjakan ibadah umrah [172] [173].
  • Siri persembahan kumpulan Exists pada April 2003 mendapat kritikan apabila penyanyi utamanya Ezad Lazim dilihat gagal menyesuaikan diri dengan persembahan secara langsung di kelab tersebut; terutama dari segi komunikasi [174].
  • Persembahan Dayang Nurfaizah pada Mei 2003, yang pertama setelah beberapa bulan kerjaya seninya terganggu ekoran kes saman melibatkan syarikat rakaman dan pengurusannya Broadway Entertainment yang membawa kepada larangan buat penyanyi itu menyanyikan lagunya sendiri mendapat sambutan hangat peminat yang hadir memberi sokongan [175]. Beberapa bulan selepas itu Dayang membuat persembahan khas sempena pelancaran album baharunya yang diterbitkan sendiri olehnya (secara indie) iaitu Dayang Sayang Kamu [176], dimana Dayang sendiri menjual cakera padat di hadapan premis Planet Hollywood kepada peminat yang hadir [177] .
  • Misha Omar pertama kali menyanyikan lagu Pulangkan yang baru saja dirakamkannya dan tidak pernah diperdengarkan di mana-mana ketika menjadi penyanyi undangan untuk Sunday Night Live With V.E (19 Februari 2004) [178]. Pada bulan Mei, Misha membuat persembahan residensi selama 4 minggu dalam siri Sunday Nite Live, namun pada malam pertama Misha dilastik dengan batu kerikil oleh seorang penonton tak berbayar (menceboroh masuk) yang dikenalpasti sebagai seorang hater (pembenci) [179].
  • Persembahan Kumpulan Hujan pada 26 Oktober 2008 mendapat bantahan ramai remaja yang tidak menggemari kumpulan itu. Mereka berkumpul di luar premis Planet Hollywood dan bersorak "F*** Hujan!" serta mengganggu tugas wartawan yang bertugas [180].
Remove ads

Penutupan Premis

Menjelang tahun 2009, pusat beli belah Plaza Kuala Lumpur (KL Plaza) termasuk premis Planet Hollywood telah dibeli oleh syarikat pemaju hartanah Makna Jujur Sdn Bhd untuk tujuan pembangunan semula bernilai RM100 juta dan dijangka dibuka semula pada 2010 [181]. Walaubagaimanapun, setelah KL Plaza diubah menjadi wajah baharu iaitu Fahrenheit 88, pemilik Planet Hollywood, Condorde Hotel & Resorts tidak berhasrat membuka kembali pusat hiburan itu di lokasi yang sama [182]. Kini lokasi asal Planet Hollywood telah bertukar menjadi kedai produk kecantikan terbesar di dunia jenama Sephora dari Perancis [183].

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads