Sheriff: Narko Integriti

Filem Malaysia 2024 arahan Syafiq Yusof From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Sheriff: Narko Integriti ialah sebuah filem misteri ngeri jenayah aksi Malaysia 2024 arahan Syafiq Yusof dengan skrip dan cerita oleh Syafiq, Nazifdin Nasrudin dan Datuk Dr. Yusof Haslam terbitan bersama Skop Productions dan Astro Shaw. [1] Dibintangi oleh barisan pelakon ensembel yang diterajui oleh Zul Ariffin sebagai watak tajuk, filem ini ditayangkan pada 18 April 2024 selepas Hari Raya Aidilfitri. [2]

Fakta Segera Pengarah, Penulis ...
Remove ads

Sinopsis

Sheriff, pegawai polis dari Jabatan Integriti yang ditugaskan menyelesaikan kes "Meth Killer". Dia berpasangan dengan Nazri, seorang anggota polis muda dari Jabatan Narkotik. Misi mereka adalah untuk menumpaskan sindiket dadah yang diketuai oleh Tony Ifrit. Sindiket terbabit sering terlepas daripada cengkaman undang-undang, setiap kali menerusi proses penghakiman.

Skop Productions dan Astro Shaw [1]
Remove ads

Pelakon

  • Zul Ariffin sebagai Sheriff / Sheriffudin Hussein, pegawai Jabatan Integriti ditugaskan menangkap pegawai-pegawai dan anggota-anggota polis yang mengambil rasuah dan bersubahat dengan organisasi jenayah terancang kemudian bekerjasama pula Jabatan Narkotik untuk kes Tony Ifrit dan "Meth Killer" [3]
    • Mikael Noah sebagai Sheriff / Sheriffudin Hussein (kecil)
  • Syafiq Kyle sebagai Nazri / "Meth Killer", pegawai muda Jabatan Narkotik dan adik Syazlin yang tidak percaya undang undang dan bertindak cara sendiri
  • Dato Aaron Aziz sebagai Tony Ifrit, ketua sindiket dadah Methamphetamine yang sering terlepas dari hukuman dan pembunuh Wani. Aaron diberi peluang oleh Dato Yusof Haslam dan Syafiq Yusof selepas beliau digugurkan dari filem The Original Gangster arahan abangnya Syamsul Yusof
  • Elizabeth Tan sebagai Jennifer Wong, pegawai JSJ korup ditugaskan untuk menyiasat "Meth Killer" dan merupakan 'Tikus' utama Tony Ifrit.
  • Azira Shafinaz sebagai Syazlin, pegawai wanita Jabatan Narkotik dan kakak kepada Nazri
  • Amir Nafis sebagai Farouk Mahmud, pegawai Jabatan Narkotik korup merupakan 'Tikus' kedua Tony Ifrit yang bertanggungjawab membocorkan identiti menyamar Wani kepada Tony Ifrit hingga mengakibatkan kematian Wani
  • Kodi Rasheed sebagai Firdaus, anggota tentera veteran dan pemberi informasi kepada Nazri / "Meth Killer"
  • Shaharuddin Thamby sebagai Tuan Malik, ketua Jabatan Narkotik korup yang dibunuh oleh "Meth Killer" kerana disangka bekerjasama dengan Tony Ifrit
  • Esma Daniel sebagai Tuan Roslan, ketua Jabatan Integriti
  • Kamal Affandi Hashim sebagai Tuan Hafsham, pengganti Tuan Malik
  • Natasya Mahyan sebagai Wani, anggota polis menyamar dan tunang kepada Nazri. Menjadi mangsa rogol dan bunuh Tony Ifrit atas kebocoran identiti menyamarnya oleh Farouk, 'tikus' kedua Tony Ifrit selepas Jennifer Wong (imbas kembali)
  • Hazama Azmi sebagai Amirul Asyraff, pegawai polis korup yang melindungi sindiket judi dalam talian (kameo)
  • Azri Iskandar sebagai Hussein Osman, ayah Sheriff dan anggota polis korup yang ditumpaskan akibat menerima rasuah (imbas kembali)
  • Hasnul Rahmat sebagai Syed Rahman, Hakim Besar Malaya korup yang melindungi jenayah Tony Ifrit
  • Zen Ng sebagai Hong, pegawai Jabatan Narkotik
  • Meynillen Thamil Selvan sebagai Nagarajan, pegawai Jabatan Narkotik
  • Siraj Alsagoff sebagai Arkash, anggota polis bersara yang bertanggungjawab menjaga dan membesarkan Sheriff dari kecil setelah beliau sendiri menumpaskan ayah Sheriff akibat rasuah (imbas kembali)
Remove ads

Penerbitan

Sheriff: Narko Integriti menjadi filem kepolisan kedua arahan Syafiq Yusof selepas KL Special Force (2018) dan menandakan kolaborasi ketiga antara Syafiq dan Zul Ariffin selepas Misteri Dilaila (2019) dan Penunggang Agama (2021). Barisan pelakon lain yang terlibat ialah Syafiq Kyle, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan, Dato Aaron Aziz, Shaharuddin Thamby, Kodi Rasheed, Esma Daniel, Hazama Azmi dan Azri Iskandar. [4][5] Shaharuddin dan Esma sebelum ini pernah berlakon bersama dalam KL Special Force, manakala Elizabeth pernah membintangi filem Misteri Dilaila dan Abang Long Fadil 3 (2022), yang kedua-duanya arahan Syafiq. Ini juga merupakan projek filem pertama lakonan bersama Syafiq Kyle dan Azira Shafinaz selepas digandingkan menerusi drama Married Tapi Benci (2016) dan One Cent Thief (2022). Watak Tony Ifrit pada asalnya ingin diberikan kepada Azhan Rani, namun digantikan oleh Dato Aaron Aziz selepas digugurkan dari The Original Gangster (2024).

Dalam satu temubual eksklusif bersama New Straits Times pada Jun 2023, Syafiq berkata mengenai filem ini: "Sheriff ialah drama aksi polis yang bagus. Bapa saya (Datuk Dr. Yusof Haslam), yang merupakan penerbit eksekutif bersama, memberi saya idea ini, kerana dia sudah lama mahu saya membuat filem sebegitu".[5] Menurutnya, beliau membesar dengan menonton drama dan filem polis, bukan sahaja Gerak Khas malah filem Hollywood seperti Lethal Weapon dan Die Hard. Beliau juga menjelaskan bahawa Sheriff berdasarkan "cerita sebenar polis di Barat serta Hong Kong dan kembali ke tanah air". Beliau turut memastikan pihaknya mendapat barisan bintang yang terdiri daripada nama berbakat dan popular. Syafiq juga mendedahkan bahawa Sheriff ialah tajuk kerja dan bercadang mahu menukar tajuk filem itu jika dapat mencari tajuk yang sesuai sebelum memutuskan untuk mengekalkan tajuk filem ini. [5] Penggambaran dijalankan selama lebih 90 hari di Lembah Klang dan Kuala Lumpur, termasuk Bandar Malaysia dan Sungai Besi, dari Februari sehingga Mei 2023. [5]

Syafiq mengakui bapanya amat menyukai filem arahannya, namun tidak berpeluang untuk mempertontonkan filem ini kepada abangnya, Syamsul Yusof. [6]

Remove ads

Keluaran

Sheriff pada mulanya diberi klasifikasi 13, namun diberi klasifikasi 16 oleh Lembaga Penapis Filem (LPF). Syafiq berkata: "Filem Sheriff tidak ada unsur ganas tapi mungkin sebab konsepnya membabitkan isu mengenai rasuah menyebabkan LPF meletakkan klasifikasi 16 itu".[7]

Treler rasmi filem ini dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Skop Productions dan Astro Shaw pada 22 Mac 2024,[8][9] dan dijadualkan akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 18 April 2024 selepas Hari Raya Aidilfitri. [10]

Remove ads

Kontroversi

Syafiq menafikan berita palsu yang mendakwa siasatan Haily terhadap Yusof Haslam kerana mencemarkan imej mereka, mengesahkan di Twitter bahawa polis memberi kebenaran untuk penerbitan filem itu.[11]

Sambutan

Kutipan pecah panggung

Maklumat lanjut Jadual kutipan pawagamSheriff: Narko Integriti (18 April – sekarang), Tempoh Tayangan ...

Ulasan kritis

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads