Suhaizan Kaiat

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Yang Berhormat Tuan Haji Suhaizan bin Kaiat (lahir 13 April 1973) ialah seorang ahli politik Malaysia. Beliau telah dipilih sebagai Ahli Parlimen Pulai selepas menang dalam pilihan raya kecil pada September 2023.[1] Beliau pernah berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Dewan Negeri Johor dari 2018 hingga 2022.[2]

Fakta Segera Ahli Parlimen Malaysia bagi Pulai, Didahului oleh ...

Beliau adalah Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara sejak 2015.[3] Sebelum aktif dalam Parti Amanah Negara, beliau adalah salah seorang daripada pemimpin dalam saf kepimpinan PAS.

Remove ads

Pendidikan

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Parit Nawi, Muar dan Sekolah Agama Seri Menanti, Muar (Darjah Khas). Kemudian menyambung persekolahan menengah di Sekolah Menengah Seri Menanti, Muar dan akhirnya di Sekolah Agama Parit Nawi.[4]

Setelah menamatkan persekolahan di peringkat menengah, beliau telah menyambung pengajian di universiti dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana Sains Komputer dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Beliau aktif dalam persatuan mahasiswa di Universiti Teknologi Malaysia. Antara jawatan yang beliau sandang, termasuklah sebagai Exco dan Naib Presiden Persatuan Mahasiswa UTM.

Remove ads

Aktiviti kemasyarakatan

Beliau juga aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Pernah dilantik sebagai Setiausaha Pembangunan Masjid Taman Universiti Skudai, Setiausaha Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP), Setiausaha Gabungan Tanah Rakyat (TANAH), Penasihat Jawatankuasa Bertindak Masalah Rakyat Kempas dan Penasihat Jawatankuasa Bertindak Masalah Rakyat Simpang Renggam.

Politik

Beliau mula menceburi bidang politik dengan menyertai PAS. Antara jawatan penting beliau dalam PAS, termasuklah sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Ketua Dewan Pemuda PAS Gelang Patah, Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Pulai dan Pengerusi Jawatankuasa Undi Pos Malaysia.

Beliau telah dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negeri Johor pada 28 Jun 2018 lalu.

Keputusan pilihan raya

Parlimen

Maklumat lanjut Tahun, Parlimen ...

Dewan Undangan Negeri (DUN)

Maklumat lanjut Tahun, DUN ...
Remove ads

Pautan luar

Suhaizan Kaiat di Facebook

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads