Osman Sapian
Ahli Politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Allahyarham Dato' Haji Osman bin Haji Sapian (25 Disember 1951 – 21 Disember 2021) ialah seorang ahli politik di Malaysia. Beliau merupakan Menteri Besar Johor ke-16 selepas Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan.[1] Beliau juga merupakan Ahli Dewan Negeri Johor bagi DUN Kempas mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dari tahun 2018 hingga kematiannya pada 21 Disember 2021.
Remove ads
Kehidupan peribadi
Osman telah mendirikan rumahtangga dengan tiga orang isteri, iaitu, Datin Nora Md Som, Jamatin @ Jumahani Sulaiman dan Ruzawati Badron.
Politik
Menteri Besar Johor
Osman telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor di hadapan Sultan Ibrahim di Istana Bukit Serene pada 12 Mei 2018. Tidak sampai setahun, beliau telah meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar berkuatkuasa 8 April 2019.[2] Jawatan beliau diganti oleh Dr. Sahruddin Jamal
Pakatan Harapan Johor
Osman adalah Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Pakatan Harapan Johor. Beliau sudah menjadi ADUN di Kempas sejak 1999, ketika masih bersama UMNO, sebelum digugurkan pada PRU 2013. Osman dicalonkan semula oleh Pakatan Harapan pada pilihan raya negeri Johor 2018 dan memenanginya.
Beliau telah dipilih untuk memangku jawatan Pengerusi Pakatan Harapan Johor pada 29 September 2018 berikutan penyandangnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih berada dalam cuti sakit dan dalam proses menjalani rawatan susulan kimoterapi.[3]
Remove ads
Meninggal dunia
Pada 12 Oktober 2021, Osman dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Johor selepas diserang strok ringan. Pada 13 November, keadaan kesihatannya dilaporkan semakin baik selepas dirawat di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM), Serdang, Selangor susulan serangan strok ringan berkenaan.[4]
Osman meninggal dunia di rumah anaknya, Nornekman yang terletak di Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada 11.45 malam, 21 Disember 2021,3 hari sebelum ulang tahunnya ke-70 .[5]
Jenazah beliau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ar-Raudhah, Taman Mount Austin, Johor Bahru selepas solat zuhur.[6]
Anugerah
Johor
- 2018 -
Darjah Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) - Dato'
- 1999 -
Pingat Ibrahim Sultan (PIS) (II)
- 2018 -
Negeri Sembilan
Malaysia
- 1998 -
Ahli Mangku Negara (AMN)
- 1998 -
Lihat juga
Rujukan
Pautan Luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads