Sulaiman Palestin
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Haji Sulaiman Palestin atau nama sebenar Haji Sulaiman bin Ahmad ialah seorang ahli politik di Malaysia. Beliau ialah seorang pejuang kebangsaan di Malaysia sejak awal kemerdekaan. Beliau ialah Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pertama yang berkhidmat pada 1959 hingga 1969.
Beliau dianggap sebagai nasionalis Melayu-Islam kerana pidatonya yang bersemangat terutama berhubung isu Palestin, Dasar Bahasa Kebangsaan[1][2] dan gerakan menentang Indonesia pascapembentukan Malaysia 1963.
Remove ads
Latar belakang
Haji Sulaiman pergi ke Mekah pada usia 12 tahun dan menetap di Mekah dan Palestin selama 21 tahun untuk belajar agama. Beliau juga mengembara ke India dan giat dalam gerakan belia antarabangsa di New Delhi.[3]
Semasa di India, beliau menghadapi masalah kerakyatan memandangkan pemerintah Britain tidak dapat mengiktiraf kerakyatan Tanah Melayunya ketika itu. Walau bagaimanapun, dengan bantuan Perdana Menteri India, Jawaharlal Nehru yang menemaninya pulang ke Persekutuan Tanah Melayu, beliau memperoleh semula kerakyatannya.[3]
Remove ads
Politik
Sekembalinya beliau ke Tanah Melayu, pada 1946, beliau menjadi salah seorang anggota pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu bersama-sama Dato' Onn Jaafar, dengan nombor keahlian "003".[3] Beliau turut menyertai persidangan pertubuhan ulama se-Malaya yang menubuhkan Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 1951.[4] Walau bagaimanapun, beliau memilih untuk kekal dalam UMNO. Beliau bersama-sama pemimpin UMNO lain seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Haji Ahmad Maliki telah bertemu dengan Syeikh Abdullah Fahim untuk mendapatkan bimbingan dan nasihat dalam penentuan tarikh kemerdekaan yang sesuai untuk Tanah Melayu.[5]
Dalam kepimpinan UMNO, beliau pernah memegang pelbagai jawatan antaranya beliau menjadi naib ketua pemuda UMNO dari 1962 hingga 1963, dan menjadi pegawai penerangan UMNO. Pada 1988, beliau telah keluar UMNO dan menyertai Parti Melayu Semangat 46 dan diplih sebagai ahli majlis tertinggi parti itu pada 1989.[3][6]
Pemilihan UMNO
Sulaiman pernah bertanding dalam pemilihan UMNO bagi jawatan ketua pemuda pada 1958. Walau bagaimanapun, beliau tewas kepada penyandang ketika itu, Sardon Jubir.[7] Beliau turut tewas mendapat tempat sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada pemilihan 1987, dan akhirnya keluar dari parti.[3]
Akhbar Watan Bil: 341 26 Julai 1988 melaporkan Sulaiman Palestin berkata beliau tidak akan menghalalkan bahagiannya dalam harta UMNO lama sekiranya harta itu diambil oleh UMNO Baru walaupun undang-undang menghalalkannya.[8]
Pilihan raya
Beliau menyertai pilihan raya umum Tanah Melayu pertama dengan menjadi calon Perikatan di kawasan Krian menentang calon PAS, Ahmad Tuan Hussein dan calon Pertubuhan Kebangsaan Perak (NAP), Mohamed Jan Ngah. Walau bagaimanapun, beliau tewas kepada calon PAS dengan majoriti 450 undi.
Pada pilihan raya negeri Pulau Pinang 1959, beliau bertanding menjadi calon Perikatan bagi kawasan Alma dan menang. Beliau turut menang kali kedua pada 1964. Sepanjang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dari 1959 hingga 1969, beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri.[3]
Remove ads
Isu berkaitan
Dokumen diharamkan
Dokumen yang beliau tulis bertarikh 4Jun 1969 telah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri Malaysia. Dokumen itu beralamat di 582, Bagan Ajam,Butterworth dan diterbitkan pada 7 Ogos 1969. [9] Nama Ustaz Haji Sulaiman Palestin melonjak selepas membangkitkan isu Freemason dalam Perhimpunan Agung UMNO 1978. Isu-isu agama Islam turut dibangkitkan dalam Perhimpunan UMNO oleh Ustaz Ibrahim Azemi Hassan dari Kuala Nerus,Terengganu tetapi tenggelam dalam lautan sekular.[10]
Keluarga
Anak perempuannya, Raihan Sulaiman Palestin pernah menjadi Ketua Wiranita Perkasa. Raihan meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada 11 Mei 2015 dipercayai akibat serangan jantung.[11] Anak lelakinya, Imran Sulaiman dikenali sebagai Aan Heavy Machine ialah seorang penyanyi. Imran meninggal dunia pada 12 Februari 2012 akibat serangan strok.[12]
Meninggal dunia
Sulaiman meninggal dunia pada 27 Oktober 1996 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.[13]
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads