Trisha Ooi
Pelakon dan pelagak ngeri wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi (lahir 20 Julai 1999) atau lebih dikenali sebagai Trisha Ooi ialah seorang pelakon, pelagak ngeri dan model wanita Malaysia. Beliau terkenal menerusi watak Erra lakonannya dalam drama Risik Pada Hati (2022). Beliau sebelum ini telah memulakan kerjayanya sebagai pelagak ngeri.[1][2]
Remove ads
Kerjaya
Trisha memulakan kerjayanya awalnya di belakang tabir sebagai pelagak ngeri wanita ketika menimba ilmu persilatan, namun tidak pernah terfikir untuk melibatkan diri dalam bidang lakonan pada mulanya.[3]
Kerjaya lakonannya bermula apabila beliau membintangi filem Wira (2019) arahan Adrian Teh,[4] seterusnya membintangi drama KL Gangster: Underworld dan Hari Kita Jatuh Cinta. Trisha mendapat kejayaan meluas dalam bidang lakonan menerusi lakonannya dalam Risik Pada Hati yang disiarkan di TV3. Dalam drama ini, beliau memegang watak perampas suami orang yang bernama Erra.[5][6]
Pada tahun 2023, beliau berlakon dalam dua filem, iaitu Coast Guard Malaysia: Ops Helang dan Pagari Bulan.[7][8] Beliau juga berlakon bersama Aliff Aziz menerusi drama Tentang Hati Dia dengan memegang watak sebagai Tiara.[9]
Pada tahun 2024, Trisha membintangi filem Janna Endoro dan drama Menanti Senja dan My Lovely Driver.[10][11][12][13] Beliau juga berlakon bersama Syafiq Kyle dan Fabian Loo dalam One Cent Thief musim kedua yang melakonkan watak sebagai Diyana.[14]
Remove ads
Kehidupan peribadi
Trisha merupakan anak bongsu daripada dua beradik. Beliau berdarah kacukan Melayu (sebelah ibu) dan Cina (sebelah bapa).
Filemografi
Filem
Drama
Drama web
Telefilem
Televisyen
Anugerah dan pencalonan
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads