Wee Choo Keong
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Wee Choo Keong (Cina: 黄朱强) (lahir 26 Jun 1953) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau merupakan mantan Ahli Parlimen Bukit Bintang Bukit Bintang menwakili Parti Tindakan Demokratik (DAP) dari tahun 1990 hingga tahun 1995 dan mantan Ahli Parlimen Wangsa Maju mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari tahun 2008 hingga tahun 2010. Beliau merupakan pengasas Parti Demokratik Malaysia (MDP) dan menjawat sebagai Setiausaha Agung sehingga parti ini ditarik balik daftarnya.[1][2]
Remove ads
Latar belakang
Beliau dilahirkan di Kelantan.
Politik
Perjuangan di dalam DAP
Beliau pernah menjawat sebagai Ketua Penerangan di Parti Tindakan Demokratik (DAP), namun selepas kegagalannya untuk cuba menggulingkan Lim Kit Siang, beliau disingkirkan daripada DAP. Beliau membawa para penyokongnya untuk menubuhkan Parti Demokratik Malaysia (MDP) dan bertanding dalam Pilihanraya Umum Malaysia 1999 dan Pilihanraya Umum Malaysia 2004, tetapi tidak pernah memenangi apa-apa kerusi. Sejak penubuhan partinya, beliau menjawat sebagai Ketua Setiausaha partinya, pemimpin yang tertinggi dalam parti ini.[3]
Beliau sekali lagi menjadi tumpuan ramai atas peristiwa Klip video Lingam, kerana beliau merupakan peguam bela Thirunama Karasu, adik kepada VK Lingam.[4]
Dalam PRU 1995, beliau selaku calon DAP di kawasan Bukit Bintang memenangi kawasan ini, namun selepas itu kelayakan beliau dibatalkan, dan calon lawannya, Lee Chong Meng, diisytiharkan sebagai Ahli Parlimen Bukit Bintang.[5]
Dalam PRU 2004, beliau satu-satu calon dari MDP, beliau bukan saja kalah di kawasan Bukit Bintang, malah kehilangan depositnya.[6][7][8]
Bertanding atas tiket PKR
Beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 dengan tiket Parti Keadilan Rakyat di Wangsa Maju dan mengalahkan calon dari BN-MCA, Yew Teong Look dengan majoriti sebanyak 150 undi.[1][9] Beliau memperolehi 19,637 undi berbanding lawannya memperolehi 19,487 undi. Beliau terus menjadi seorang Ahli Parlimen bagi pihak PKR.[3][10]
Menjadi Ahli Parlimen Bebas
Pada 14 Mei 2010, Wee mengumumkan keluar dari PKR walaupun ura-ura dan tindak-tanduknya bertentang dengan PKR telah lama. Pada masa yang sama, beliau meletak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan PKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Beliau tidak puas hati skandal 'rasuah' penjualan pasir oleh KSSB di Selangor.[11] Beliau selepas itu merupakan salah seorang dari lima bekas ahli-ahli parlimen PKR untuk membentuk blok wakil rakyat bebas yang dinamakan Konsensus Bebas di parlimen.[12]
Remove ads
Keputusan pilihan raya
A Pada mulanya, Pegawai Pemula telah mengisytiharkan Wee Choo Keong sebagai wakil terpilih untuk Bukit Bintang pada malam 25 April 1995. Walau bagaimanapun, Lee Chong Meng memfailkan petisyennya untuk membatalkan pemilihan disebabkan oleh fakta bahawa Wee telah disabitkan atas kesalahan menghina Mahkamah dan didenda RM7,000, dan dengan itu dibatalkan menjadi Ahli Parlimen di bawah peruntukan Perkara 48 (l) (e) Perlembagaan Persekutuan. Pilihan raya diisytiharkan batal dan tidak sah. Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan yang kontroversial untuk mengisytiharkan Lee Chong Meng sebagai pemenang yang sah. Rayuan itu telah ditolak oleh Mahkamah Rayuan. Tiada pilihan raya diadakan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.[16]
B Wee telah bertanding dan memenangi kerusi Wangsa Maju di bawah tiket PKR tetapi dibiarkan menjadi Bebas pada tahun 2010.[1][3]
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads

