Persatuan Cina Malaysia

parti politik di Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Persatuan Cina Malaysia
Remove ads

Persatuan Cina Malaysia (bahasa Inggeris: Malaysian Chinese Association, Cina: 马来西亚华人公会, akronim: MCA) adalah sebuah parti politik di Malaysia yang dipimpin oleh Presiden Wee Ka Siong. MCA merupakan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang merupakan sebahagian daripada gabungan parti pemerintah bagi kerajaan persekutuan bersama Pakatan Harapan (PH), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti-parti lain yang dan merupakan parti pemerintah bagi kerajaan negeri Melaka dan Johor. Setiausaha Agung MCA ialah Chong Sin Woon. Ketua Pemuda MCA ialah Ling Tian Soon manakala Ketua Wanita MCA pula ialah Wong You Fong.

Fakta Segera Singkatan, Pengerusi ...
Fakta Segera Tulisan Cina Tradisional, Tulisan Cina Ringkas ...

Parti ini mendapat asasnya daripada gerakan Kuomintang yang bertapak di Tanah Melayu British sekitar tahun 1930-an[1] melawan Parti Komunis Malaya seiringan perjuangan parti tersebut dipegang Republik China yang mahu merampas kuasa ke atas Tanah Besar China dari Parti Komunis China.[2] Ia ditubuhkan secara rasminya pada 24 Februari 1949 dengan galakan Pentadbiran Tentera British yang mendokong gagasan pendirian anti-radikalnya yang alternatif pada ketika itu.[3]

Remove ads

Sejarah

Latar belakang sebelum penubuhan

Penglibatan persatuan Cina dalam penubuhan MCA

1969-1985

1985-2003

Thumb
Ling Liong Sik, presiden terpanjang dalam sejarah MCA

Pada tahun 2002, pemilihan parti yang dipelan telah dibatalkan, Ling Liong Sik dan Lim Ah Lek telah meletakan jawatan parti masing-masing dan diambil alih oleh anak buah masing-masing.

2003–2008

2008–2018

2018–Kini

Simbol Parti

Bendera Parti

Bendera parti mengandungi bintang 14 bucu berwarna kuning yang berada di atas latar biru gelap. Di bawah merupakan kod warna untuk bendera parti.

Matlamat dan Objektif Parti

  • Melindungi dan mempertahankan kebebasan dan kedaulatan Malaysia;
  • Melindungi dan memartabatkan Perlembangaan Persekutuan;
  • Memartabatkan dan melindungi sistem kerajaan berparlimen demokratik berdasarkan dasar pelbagai kaum
  • Menjamin dan mengekalkan penguatkuasaan hak asasi manusia, membetulkan ketidakadilan dan membantu golongan yang kurang bernasib baik;
  • Untuk memastikan hak dan kepentingan kaum Cina di Malaysia diiktiraf dan dijaga, bersama-sama dengan hak dan kepentingan kaum-kaum lain sepertimana yang diperuntukkan/terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan;
  • Mengekalkan, memelihara dan menggalakkan sikap muhibah dan harmoni di kalangan rakyat pelbagai kaum di Malaysia untuk memastikan kemajuan yang aman serta pertumbuhan sebuah negara yang kuat dan bersatu;
  • Memupuk, melindungi, dan membangunkan kepentingan politik, sosial, pendidikan, kebudayaan, ekonomi dan lain-lain kaum Cina di Malaysia dengan cara yang sah dan berperlembagaan;
  • Mempertimbangkan dan membantu ahli-ahli parti menangani masalah secara menyeluruh, dan mengambil langkah untuk memastikan kebajikan mereka;
  • Mengalakkan pembangunan dan penggunaan asset ekonomi negara untuk memanfaatkan rakyat;
  • Mengalakkan taraf hidup yang tinggi dengan meningkatkan produktiviti negara;
  • Mengalakkan keadilan sosial, keselamatan ekonomi dan peluang yang sama bagi semua rakyat;
  • Mengalakkan, menubuhkan dan membangunkan aktiviti-aktiviti koperasi/ yang membangunkan sifat bekerjasama
  • Berkerja dengan parti politik di Malaysia yang mempunyai matlamat dan objektif yang sama untuk mengalakkan perkembangan politik yang sihat;
  • Memelihara dan menjaga pengunaan dan pembelajaran Bahasa Cina, dan memastikan bahawa pengajaran dan pembelajaraannya tidak akan dilarang atau dihalang sepertimana terkandung di bawah Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan;
  • Melakukan tindakan yang sewajarnya untuk memastikan kesejahteran parti dan ahli-ahlinya walaupun ia yang tidak disebut sebelum ini.

Falsafah Politik Parti

Ideologi politik MCA terkandung di dalam Perlembagaan Parti, iaitu secara ringkasnya:

  • Memelihara dan menjaga kebebasan demokrasi
  • Berusaha mencapai kesaksamaan untuk semua kaum
  • Menegakkan keadilan sosial
  • Menggalakkan keharmonian dan perpaduan
  • Menggalakkan pembangunan ekonomi dan sosial
  • Melindungi hak masyarakat Cina

Lagu Parti

Maklumat lanjut Cina (Ringkas), Cina (Tradisional) ...

Ikrar Parti

Kami, sebagai ahli MCA, berikrar untuk:

1) Berkhidmat kepada Parti dan Negara dengan penuh setia, Membina sebuah masyarakat yang adil;

2) Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan menjaga Kebebasan Demokrasi;

3) Mamatuhi Disiplin Parti, dan mempertahankan maruah MCA;

4) Mematuhi kepimpinan parti, dan Melaksanakan Halatuju Parti;

5) Menghormati dan Menyayangi saudara-saudari parti, dan Menguatkan Perpaduan;

6) Komited terhadap tindakan bersepadu untuk menyebarkan kebudayaan dan tradisi kita

7) Tidak menyerah kalah dalam pelaksanaan matlamat politik kami; dan,

8) Bersama-sama menggalakkan perpaduan negara dengan sepenuh hati.

Remove ads

Organisasi Parti

Presiden MCA

Presiden MCA merupakan pemimpin tertinggi bagi parti MCA.

Maklumat lanjut Nama, Tempoh perkhidmatan ...

Barisan Kepimpinan MCA 2023-2027

Thumb
Presiden MCA Wee Ka Siong

Barisan Kepimpinan MCA adalah seperti berikut:[4]

Maklumat lanjut Jawatan, Penyandang ...

Kepimpinan Jawatankuasa Perhubungan Negeri

Pada 31 Oktober 2023, Presiden MCA telah mengumumkan senarai Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri.

Maklumat lanjut Negeri, Pengerusi ...

Pemuda MCA

Wanita MCA

Jawatankuasa, Biro, Jawatankuasa Khas

Jawatankuasa Hal Ehwal Ketenteraan

Jawatankuasa Hal Ehwal Ketenteraan MCA adalah satu jawatankuasa zaman Darurat yang telah dibatalkan, struktur adalah seperti Jawatankuasa Hal Ehwal Ketenteraan Kerajaan Nasionalis, kini telah diserapkan ke Kementerian Pertahanan Malaysia.

Remove ads

Wakil rakyat

Thumb
Pejabat cawangan MCA Melaka

Dewan Negara

Senator

Ahli-ahli Senator Malaysia tidak dipilih secara pilihanraya. Setiap daripada 13 dewan undangan negeri memilih dua Senator; baki 44 dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Maklumat lanjut Lantikan, Ahli ...

Dewan Rakyat

Ahli Parlimen Malaysia

MCA mempunyai 2 orang Ahli Dewan Rakyat dari negeri Johor.

Maklumat lanjut Negeri, No ...

Dewan Undangan Negeri

Ahli Dewan Undangan Negeri

MCA mempunyai 7 orang Ahli Dewan Undangan Negeri, satu di Perak, dua di Melaka dan empat di Johor.

Maklumat lanjut Negeri, No ...

Statistik kedudukan semasa MCA di Dewan Undangan Negeri-negeri.

Dewan Negeri Perak
1 / 59
Dewan Undangan Negeri Melaka
2 / 28

Dewan Negeri Johor

4 / 56
Remove ads

Keputusan pilihan raya

Parlimen

Maklumat lanjut Pilihan raya, Jumlah kerusi dimenangi ...
Remove ads

Lihat juga

Rujukan

  1. Harper, Timothy Norman. The End of Empire and The Making of Malaya. Cambridge: Cambridge University Press. m/s. 33. ISBN 9780521004657.
  2. Ching Fatt Yong; R. B. McKenna (1990). The Kuomintang Movement in British Malaya, 1912–1949. NUS Press. m/s. 1. ISBN 978-9971-69-137-0. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Februari 2017. Dicapai pada 24 September 2016.
  3. Ooi Keat Gin (11 May 2009). Historical Dictionary of Malaysia. Scarecrow Press. m/s. lvii, 185–186. ISBN 978-0-8108-6305-7. Dicapai pada 16 February 2013.
Sumber utama
Remove ads

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads