Tan Kee Kwong

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Dato' Dr Tan Kee Kwong (lahir 1947) adalah ahli politik Malaysia berketurunan Cina yang juga bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi dari parti Gerakan. Kini beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 pada 8 Mac 2008 beliau tidak bertanding. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2013 menang di Parlimen Wangsa Maju. Kini beliau adalah anggota lembaga disiplin PKR.

Fakta Segera Ahli Parlimen Malaysia bagi Wangsa Maju, Didahului oleh ...
Fakta Segera Tulisan Cina Tradisional, Tulisan Cina Ringkas ...
Remove ads

Kerjaya

Doktor Perubatan pada tahun 1973-1977 beliau mula bekerja di United Kingdom (UK) sebagai doktor. Di samping itu belajar di peringkat sarjana. Pada tahun 1985, dia membuka klinik sendiri di Jalan Tuanku Abdul Rahman.Pada tahun 1987, beliau bersama rakan-rakan dalam Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Sentul, Kuala Lumpur membantu rakyat miskin terutama Kaum India di Sentul. [perlu rujukan]

Keluarga

Bapanya, Tan Sri Tan Chee Khoon.

Politik

Pada 1995, Tan Sri Dato' Alex Lee menamakan beliau sebagai calon Gerakan di parlimen Segambut. Beliau menyertai parti Gerakan dua bulan sebelum Pilihan Raya Umum Malaysia 1995. Ketika itu Dato' Seri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Dr Tan menjadi Timbalan Menteri dari 1999 hingga 2004. Beliau merupakan Ahli Parlimen Segambut selama tiga penggal (1995, 1999 dan 2004).

Menyertai Pakatan Rakyat

Beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) pada Ogos 2008.

Beliau tertarik menyertai Pakatan Rakyat kerana mengenali secara rapat dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim , Menteri Besar Selangor lebih 20 tahun .Sejak 2008 beliau dilantik sebagai Pengerusi Bersama Task Force Bersama Tanah Selangor bersama Dato' Nik Mohamad Zin yang dahulunya sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Tanah .

Remove ads

Felda hendaklah disiasat

Pada 18 Jun 2010, Tan yang pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri di kementerian yang bertanggungjawab ke atas Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan / Felda beliau menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan salah-urus dalam Felda. Rizab tunai Felda menjunam daripada RM4.08 bilion pada 2004 kepada hanya RM1.35 bilion (2009). Ia dinyatakan sendiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Felda membayar pendahuluan sebanyak RM230 juta kepada Naza TTDI, pemaju yang bertanggungjawab membina bangunan baru dengan kos RM662 juta. Ibu pejabat Felda sedia ada akan diruntuh dan diganti bangunan baru di atas tapak yang sama di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.[3]

Pada 4 September 2014, Tan Kee Kwong berjaya mengenepikan kes saman oleh Felda. Beliau telah disaman RM200 juta oleh Felda tetapi Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Felda. Penghakiman itu mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak bersalah. Lima anggota panel hakim dipengerusikan oleh Ketua Hakim Arifin Zakaria. Ahli panel lain ialah Hakim Mahkamah Rayuan Md Raus Sharif, Ketua Hakim Malaya Zulkefli Ahmad Makinuddin dan Hakim Mahkamah Persekutuan Ahmad Ma’arop dan Hasan Lah. [4]

Remove ads

Keputusan pilihan raya

Maklumat lanjut Tahun, Perlembagaan ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads