bandar diraja From Wikipedia, the free encyclopedia
Kuala Kangsar (sebutan dalam loghat tempatan: Kole Kangso, Jawi: كوالا كڠسر) merupakan sebuah Bandar Diraja dan salah satu bandar bersejarah bagi negeri Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Kuala Kangsar juga merupakan kawasan pelancongan yang mempunyai pelbagai produk-produk tempatan dan Industri Kecil dan Sederhana (PKS) yang menarik. Terletak kira-kira 48 kilometer ke utara dari Ipoh. Kuala Kangsar mendapat nama bersempena pokok kangsar yang tumbuh di tebing sungai dan juga terdapat versi mengatakan terdapatnya 99 anak sungai dan kurang 1 kepada seratus, iaitu melalui sebutan Kuala Kurang Sa. Kuala Kangsar dapat dihubungi melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) melalui EXIT 143 Persimpangan Kuala Kangsar, jalan persekutuan dan melalui kemudahan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Kuala Kangsar
Kole Kangso | |
---|---|
Bandar Diraja Kuala Kangsar | |
Transkripsi Lain-lain | |
• Jawi | كوالا كڠسر |
Cogan kata: Membina Kehidupan Berkualiti | |
Fail:- | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Perak Darul Ridzuan |
Daerah | Daerah Kuala Kangsar |
Mukim | Sungai Buaya |
Zon | Kangsar |
Pentadbiran | |
• Jenis | MPKK |
• Yang di-Pertua | Mohd Shafie Arifin |
Keluasan | |
• Jumlah | 204.94 km2 (79.13 batu persegi) |
Penduduk (2029) | |
• Jumlah | 765,159 |
• Kepadatan | 753/km2 (1,950/batu persegi) |
Bunga Rasmi | Canna Generalis |
Laman sesawang | [http://www.mpkkpk.gov.my/ Majlis Perbandaran Kuala Kangsar |
Kuala Kangsar juga merupakan sebuah daerah perbandaran yang kini ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Pusat pertumbuhan utama daerah ialah Bandar Kuala Kangsar, Sungai Siput (U), Padang Rengas, Pekan Manong, Pekan Sauk, Karai, Pekan Salak, Lintang dan Lasah. Bandar Sungai Siput (U) merupakan pusat pertumbuhan kedua terbesar selepas Bandar Kuala Kangsar di daerah Kuala Kangsar sendiri terletak di dalam Metropolis Lembah Kinta.
Aktiviti ekonomi utama terdiri daripada aktiviti pertanian.
Terdapat 10 buah Mukim di dalam kawasan Daerah Kuala Kangsar iaitu:
Negeri Perak lahir daripada aliran air yang menebing di Sungai Perak dari puncaknya di Ulu Belum hinggalah ke muaranya di Selat Melaka. Dari zaman awal lagi orang tertarik dengan keistimewaan sungai ini lalu memudikinya sambil mencari tebing yang baik untuk mendarat. Mereka ialah peneroka yang datang membuka tempat baru dan berinteraksi dengan peribumi hingga menjadi orang Perak seperti yang ada sekarang.[perlu rujukan]
Mereka memudik dengan sampan hingga sampai ke suatu anak sungai di tebing kiri Sungai Perak. Dalam kiraan mereka, kuala sungai ini adalah bersempena, lebih-lebih lagi tebingnya rendah, tanahnya subur dan pemandangannya sungguh indah.[perlu rujukan]
Menurut sejarah, Kuala Kangsar mendapat namanya daripada pokok kangsar atau nama saintifiknya hibiscus flocossus yang banyak tumbuh di tebing Sungai Kangsar, anak Sungai Perak.[1]
Satu versi lagi mengatakan nama itu diperoleh daripada para peneroka yang membuka penempatan di kuala sungai itu dengan panggilan 'Kuala Kurang Sa' bermakna kurang satu daripada 100 kerana terdapatnya 99 anak sungai di situ.
Walau bagaimanapun, Kuala Kangsar sebenarnya ialah satu lokasi yang sangat baik, bukan sahaja sesuai sebagai tempat mendarat, tetapi memang baik untuk penempatan, bercucuk tanam, dan sebagai pusat perniagaan. Di daratnya seseorang boleh meneruskan perjalanan menyusur sungai hingga ternampak Gunung Pondok di Padang Rengas, iaitu satu mercu tanda yang memandu orang dalam perjalanan ke Larut ataupun dari Larut.[perlu rujukan]
Berdasarkan keistimewaan ini, boleh disimpulkan bahawa Kuala Kangsar dan kawasan di sekelilingnya ialah tempat tua, sudah berabad-abad lamanya didiami orang. Pokok getah yang pertama ditanam di Malaysia yang kini berusia lebih 100 tahun masih hidup subur di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar. Saiznya tiga atau empat pemeluk.[perlu rujukan]
Kuala Kangsar juga tidak kurang hebatnya dalam melahirkan tokoh-tokoh di pelbagai bidang. Antara tokoh kelahiran atau yang dibesarkan dan mendapat didikan di Kuala Kangsar adalah seperti Tun Mohd Suffian Bin Hj Hashim, mantan Ketua Hakim Negara. Tokoh di bidang perubatan pula ialah Dato' Seri Dr Megat Khas Megat Omar, Dato' Dr Ariffin Hj Ngah Marzuki dan Dr Hj Pandak Ahmad.[perlu rujukan]
Antara alim ulama yang berasal dari Kuala Kangsar ialah Syeikh Hj Mohd Idris Bin Hj Abdul Rauf Almarbawi, Syeikh Hj Ismail Hamzah, dan Hj Sa'aya Abdul Majid.[perlu rujukan]
Semenjak Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 1957 dan hingga Malaysia kini, hanya seorang sahaja anak jati Kuala Kangsar diberi peluang menjadi wakil rakyat/ahli parlimen bagi kawasan Kuala Kangsar, iaitu Toh Abdullah bin Abdul Rauf. Selepas itu, semua calon pilihan raya diambil dari luar seperti Tan Sri Mohamed Ghazali bin Jawi (Lenggong), Tan Sri Abdul Aziz Yeop (Lenggong), Toh Puan Oon Zariah Abu Bakar (Ipoh), Tan Sri Yong Ghazali (Ipoh) dan Tan Sri Tan Sri Rafidah Aziz (Gopeng).
Selepas PRU 13, wakil rakyat P.067 Parlimen Kuala Kangsar ialah anak jati Kuala Kangsar sendiri.
Terdapat beberapa kawasan pelancongan dan rekreasi di Kuala Kangsar. Antaranya ialah:
Bot penambang juga boleh dinaiki bagi menyusuri tebing Sungai Perak dan Pesisiran Sayong.
Institusi pendidikan di Kuala Kangsar termasuk:
Dalam Daerah Kuala Kangsar, terdapat 5 buah jambatan yang dibina merentangi Sungai Perak.
Rumah rehat (Rest house)
Hotel (Hotel)
Rumah tamu (Guesthouse)
Inap desa (Homestay)
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.