Annuar Ayub
ahli politik Sabah From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
YB Datuk Annuar Ayub (juga dikenali sebagai Annuar Ayub Aman singkatan AAA) adalah merupakan seorang ahli politik tempatan Sabah, Malaysia. Disamping itu, Beliau juga merupakan Ahli utama bagi Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bagi kawasan Liawan menggantikan Rasinin Kautis setelah memenangi kerusi tersebut pada Pilihan raya negeri Sabah 2020 lalu.[2][3] Pada tahun 2023, Beliau adalah salah seorang Naib presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) mewakili kawasan Dun Liawan.[4]
Remove ads
Kerjaya politik
Beliau memulakan kerjaya poltik dengan menyertai Parti STAR Sabah pada 18 December 2018. Beliau telah menjadi ahli utama bagi Parti STAR Sabah kerana sumbangan-sumbangan yang beliau telah berikan kepada orang-orang di sekitar Keningau terutamanya di tempat beliau sendiri iaitu di Liawan. Pada tahun 2020, Beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bagi kawasan Liawan, menggantikan Rasinin Kautis setelah memenangi kerusi Liawan. Selepas kemenangan beliau pada Pilihan raya negeri Sabah 2020 di Dun Liawan, beliau telah dilantik sebagai Naib Presiden Parti STAR Sabah mewakili kawasan Dun Liawan.[5]
Remove ads
Keluarga dalam bidang politik
Annuar merupakan anak kepada Datuk Ayub Aman yang pernah menjadi Menteri di Sabah sewaktu Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah pada 1976 hingga 1984 lalu. Bapa saudara beliau, Musa Aman adalah mantan Ketua Menteri Sabah dan juga Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11, manakala seorang lagi bapa saudara beliau, Anifah Aman adalah mantan Menteri Luar Negeri Malaysia dan kemudiannya dilantik Presiden Parti Cinta Sabah yang bertanding pada Pilihan raya negeri Sabah 2020.[6]
Sepupunya, Yamani Hafez Musa adalah Ahli Parlimen Sipitang yang menganggotai Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN Rakyat), sebuah parti komponen utama dalam [7]Gabungan Rakyat Sabah (GRS).[8]
Remove ads
Anugerah
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads