Yamani Hafez Musa

ahli politik Sabah From Wikipedia, the free encyclopedia

Yamani Hafez Musa
Remove ads

Datuk Yamani Hafez bin Tun Datuk Seri Panglima Haji Musa (lahir 31 Oktober 1977) merupakan ahli politik Malaysia. Beliau merupakan Ahli Parlimen Sipitang. Pada tahun 2021, Yamani telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan II dalam Kabinet Ismail Sabri.[3]

Fakta Segera Timbalan Menteri Kewangan II, Perdana Menteri ...
Remove ads

Kehidupan peribadi

Yamani merupakan anak lelaki kepada bekas Ketua Menteri Sabah Musa Aman.[1][2][4] Beliau memiliki ijazah sarjana perdagangan dari Universiti Canterbury, New Zealand dan ijazah sarjana dalam pentadbiran perniagaan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Pilihan raya

Pilihan raya umum 2018

Pada pilihan raya umum 2018, parti beliau UMNO meminta beliau bertanding di kerusi parlimen Sipitang walaupun penyertaannya dalam politik ditentang oleh bapanya.[1][2][4] Beliau menghadapi calon baru Noor Hayaty Mustapha dari Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan seterusnya menang.[5][6]

Keputusan pilihan raya

Maklumat lanjut Tahun, Kerajaan ...
Remove ads

Politik

Setelah memenangi kerusi Parlimen Sipitang, beliau masih gagal untuk mengangkat sumpah jawatan di Dewan Rakyat Malaysia. Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dato' Mohamad Ariff Md Yusof memberikan tempoh sehingga 15 Januari 2019 untuk mengangkat sumpah jawatan bagi mengelak hilang kelayakan sebagai ahli parlimen.[8] Yamani kemudiannya telah mengangkat sumpah jawatan pada 7 Januari 2019 lalu.[9]

Jawatan

Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi FELCRA pada 29 Julai 2020 bagi menggantikan Datuk Shabudin Yahaya.[10]

Anugerah

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads