Anugerah MeleTOP Era 2014

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Anugerah MeleTOP Era (AME) merupakan anugerah sulung anjuran rancangan hiburan MeleTOP dan radio Era FM. Anugerah ini mengiktiraf pemenang menerusi undian peminat-peminat. Anugerah ini merupakan kesinambungan kepada penganjuran Anugerah Era dan menggunakan tema "Yang Hit, Yang MeleTOP". Terdapat sebanyak 17 kategori yang dipertandingkan. Peminat boleh mengundi secara dalam talian melalui laman web rasmi, khidmat pesanan ringkas (SMS) ataupun melalui aplikasi WeChat.

Fakta Segera Jenis, Penerangan ...
Remove ads

Persembahan

Remove ads

Pelawak & Selebriti Parodi Meletop

Penyampai Piala

Senarai pemenang

Pelakon serta pelawak, Zizan Razak mengungguli senarai pemenang apabila berjaya mendominasi empat kategori daripada 17 kategori yang dipertandingkan.

Pemenang Artis Top Top MeleTOP

Anugerah Khas Meletop Wechat

Penyanyi Meletop

Lagu Meletop

Filem Meletop

  • Highland Tower (Metrowealth)
  • KL Gangster 2 (Skop / Primeworks)
  • KL Zombie (Primeworks)
  • Lawak Ke Der (Tall & Order)
  • Sepah The Movie (Metrowealth)

Bintang Filem Meletop

Artis Baharu Meletop

  • Azhael
  • Faizul Sany
  • Risteena Muneem
  • Syafiq Kyle
  • Zara Zya

Kumpulan/Duo Meletop

Program Radio Meletop

  • Carta ERA 40 - Era FM
  • Carta Fulamak SINAR - Sinar FM
  • Carta Meletop 40 - Era FM
  • Johara Pagi ERA - Era FM
  • SINAR Pagi - Sinar FM

Penyampai Baru Radio Meletop

Program TV Meletop

Bintang TV Meletop

Bintang Siber Meletop

Couple Meletop

Fesyen Meletop

Artis Serantau Meletop

  • Afgan Syah Reza (Indonesia)
  • Randy Pangalila (Indonesia)
  • SleeQ (Singapura)
  • SM*SH (Indonesia)
  • Tegar Septian (Indonesia)
Remove ads

Perkara menarik

Sepanjang anugerah berlangsung, terdapat beberapa perkara dan adegan menarik yang sempat dirakamkan lensa kamera.

  • Pelakon Karl Shafek dan ikon fesyen, Wak Doyok merupakan antara selebriti pertama yang melalui karpet merah iaitu kira-kira jam 7.30 petang.
  • Acara Karpet MeleTOP yang dihoskan oleh Hanis Zalikha dan Aril turut disiarkan secara langsung di kaca televisyen jam 9.00 malam.
  • Dato’ Hattan mencuri perhatian ramai apabila hadir di karpet merah bersama keluarga dengan mengenakan pakaian sedondon rekaan isterinya sendiri.
  • Tasha Shila turut menjadi tumpuan lensa kamera permaidani merah apabila hadir berpimpingan tangan dengan jejaka yang dikaitkannya, Hans yang juga merupakan seorang peninju Muay Thai.
  • Demam Maharaja Lawak Mega 2013 nampaknya masih belum berakhir apabila segenap Stadium Putra Bukit Jalil menyorak nama juara musim tersebut, Sepahtu kira-kira 15 minit sebelum acara siaran langsung bermula.
Remove ads

Kontroversi

Isu "syok sendiri"

Pakaian Neelofa dipersendakan di laman sosial

Penampilan Neelofa pada malam itu dilihat janggal dan kemudiannya menjadi perbualan di laman sosial. Neelofa menyarung pakaian jumpsut[nota 1] berwarna merah jambu terang yang melekat di seluruh tubuh sehingga menampakkan susuk tubuh yang disamakan dengan Power Rangers, manakala persalinannya yang kedua pulak begitu aneh kerana mirip karektor antagonis Cell daripada kartun Dragon Ball.

Menurut Neelofa, dia enggan mengulas panjang tentang hal itu kerana dia sudah maklum penampilannya pada malam itu menjadi sendaan ramai.

Remove ads

Rujukan

Remove ads

Nota

  1. Kemeja dan seluar selanjar, berzip dan berbutang hadapan. Pakaian ini mula diperkenalkan sejak Perang Dunia Pertama untuk juruterbang.
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads