Festival Filem Malaysia ke-32

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) disampaikan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk filem-filem terbaik tahun 2021 dan 2022. Ia berlangsung pada 2 Disember 2022 di Encore Theatre, Melaka dan dihoskan oleh Awal Ashaari dan Sarimah Ibrahim. Tema bagi acara ini ialah Filem Kita, Citra Kita.[1][2]

Fakta Segera Tarikh, Tempat ...
Remove ads

Gambaran keseluruhan

Festival Filem Malaysia edisi ke-32 bertemakan Filem Kita, Citra Kita, seiring dengan penjenamaan dan kecemerlangan penerbitan filem tempatan yang bergerak secara progresif selari dengan pembangunan kualiti dan kandungan beridentitikan nilai tempatan serta berjaya mencipta impak di peringkat tempatan dan antarabangsa. Untuk edisi kali ini, FFM memperkenalkan tiga anugerah baharu iaitu Anugerah Seniwati Sepanjang Zaman, Anugerah Filem Antarabangsa Terbaik dan Anugerah Filem Pendek Terbaik.[3][4][5] FFM 32 dihadiri lebih 1,400 jemputan termasuk 250 calon dan 21 bintang veteran dari Malaysia dan Singapura.

Acara festival menampilkan Awal Ashaari dan Che Puan Sarimah Ibrahim sebagai pengacara majlis. Antara barisan artis yang membuat persembahan pada malam FFM32 ialah Datuk Zainal Abidin, Siti Nordiana, Azlan & The Typewriter, Ernie Zakri, Marsha Londoh dan Hazama Azmi. Penyampaian trofi pula disampaikan oleh Maya Karin, Namron, Faizal Hussein, Zul Ariffin, Ummi Nazeera, Hairul Azreen, Adrian Teh, Ashraf Muslim dan ramai lagi.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah memperuntukkan wang tunai sebanyak RM200,000 bagi keseluruhan pemenang FFM ke-32. Pemenang setiap kategori bakal membawa pulang hadiah wang tunai antara RM5,000 hingga RM15,000, manakala pemenang bagi kategori Anugerah Seniman dan Seniwati Sepanjang Zaman dihadiahkan pakej umrah dan RM15,000. Selain itu, FINAS juga tidak mendedahkan nama juri bagi mengelak timbulnya pertikaian.[6]

Remove ads

Calon dan pemenang

Para pemenang ditandakan dengan teks tebal.[7]

Anugerah utama

Maklumat lanjut Filem Terbaik, Pengarah Terbaik ...

Anugerah khas

Maklumat lanjut Anugerah Seniman Sepanjang Zaman, Anugerah Seniwati Sepanjang Zaman ...

Filem dengan pencalonan terbanyak

Maklumat lanjut Jumlah pencalonan, Filem ...
Maklumat lanjut Jumlah kemenangan, Filem ...
Remove ads

Penyampai dan penghibur

Individu yang berikut, yang disenaraikan dalam susunan rupa, menyampaikan anugerah atau membuat persembahan muzik.

Penyampai

Maklumat lanjut Nama, Peranan ...

Penghibur

Maklumat lanjut Penyanyi, Lagu yang dipersembahkan ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads