Kemangkatan dan pemakaman Raja Bhumibol Adulyadej
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Mendiang Raja Bhumibol Adulyadej penguasa Thailand telah mangkat pada usia 88 tahun tanggal 13 Oktober 2016 setelah jatuh gering sekian lama.[1] Selepas itu, tempoh perkabungan selama satu tahun telah diumumkan. Upacara pemakaman layon baginda berlangsung selama lima hari pada 25 hingga 29 Oktober 2017, dengan acara kemuncak perabuan (pembakaran mayat) yang sebenar pada 26 Oktober 2017.[2][3] Berikutan upacara pembakaran, abuan baginda akan diangkat tiba ke Istana Perama dan akan disemadikan di salah sebuah kuil Buddha milik istana.[4]
Remove ads
Kegeringan dan kemangkatan
Raja Bhumibol Adulyadej telah menerima rawatan di Hospital Siriraj sejak 3 Oktober 2014.[5] Raja Bhumibol menghidap demam panas disebabkan oleh jangkitan darah. Kesihatan baginda telah beransur pulih setelah doktor baginda memberikannya antibiotik.[6] Hingga 28 September 2016, baginda mengalami demam gred rendah dan pneumonitis. Kemudian, doktornya merawat baginda dengan antibiotik dan hemodialisis kerana hipotensi. Kesihatan baginda kemudian merosot disebabkan jangkitan hati dan keadaan baginda tetap tidak stabil.[7]
Raja Bhumibol mangkat di hospital pada 13 Oktober 2016 jam 15:52 waktu tempatan, seperti yang diumumkan oleh Biro Kerabat Diraja kemudian pada jam 6:45 petang, kurang 3 jam selepas kemangkatan berlaku.[8][9][10] Terjemahan tidak rasmi adalah seperti berikut:
"Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Bhumibol Adulyadej telah dirawat di Hospital Siriraj sejak hari Jumaat, 3 Oktober Saka Buddha 2557 [2014] yang mana keadaan baginda diumumkan oleh Biro Kerabat Diraja secara berkala.
Walaupun usaha yang terbaik telah diberikan oleh Pasukan Perubatan Diraja, namun keadaan kesihatan Baginda tidak pulih seperti sediakala dan terus merosot. Pada hari Khamis, 13 Oktober Saka Buddha 2559 [2016 M], jam 3:52 petang, Baginda Raja telah diisytiharkan mangkat di Hospital Siriraj pada tahun hayat Baginda ke-89 dan tahun pemerintahan ke-70"
Biro Kerabat Diraja - 13 Oktober Budasaka 2559 [2016 M]
Remove ads
Perkabungan dan istiadat penghormatan

Pada 14 Oktober 2016, jasad atau layon mendiang raja berangkat dalam sebuah van dari Hospital Siriraj ke Istana Perama.[11] Layon baginda berangkat meninggalkan Pintu 8 hospital sekitar pukul 16:30. Sementara perarakan mayat mendiang baginda melalui Jalan Arun Ammarin, Jambatan Phra Pin Klao dan Jalan Ratchadamnoen, ramai orang Thai, kebanyakannya berpakaian serba hitam dan kebanyakan mereka bersedih tersedu-sedan terbuka, memberi penghormatan. Diketuai oleh Somdej Phra Vanarata (Chun Brahmagutto), ketua sami Wat Bowonniwet Vihara, van yang membawa mendiang raja memasuki istana melalui Pagar Thewaphirom. Pada keberangkatan tiba di istana, layon baginda mendiang raja disiram dalam upacara diketuai oleh putera mendiang raja, Raja Vajiralongkorn. Peristiwa ini disiar secara langsung ke udara di MCOT.[12][13]
Kerajaan mengisytiharkan tempoh berkabung setahun untuk Bhumibol. Rakyat diminta supaya tidak mengadakan atau menyertai "acara meriah" dan hiburan selama 30 hari selepas kemangkatan baginda. Oleh itu, banyak acara termasuk temasya sukan telah dibatalkan atau ditunda (seperti musim bola sepak Liga Thai yang ditamatkan sepenuhnya).[14] Pusat hiburan seperti pawagam, kelab malam dan teater tutup atau memotong waktu operasi pada tempoh berkabung.[15][16][17] Ini mendatangkan kebimbangan dalam kalangan industri pelancongan Thailand yang berasa bahawa suasana negara dan pembatalan acara-acara akan mengurangkan minat untuk melawat Thailand.[16]
Sebaik sahaja diumumkan kemangkatan baginda, semua stesen TV menggantung siaran biasa untuk menayangkan rancangan istimewa daripada khidmat gabungan televisyen (Television Pool of Thailand) yang terdiri daripada filem, video dan foto hitam putih Bhumibol serta liputan acara diraja. Saluran antarabangsa tidak dikecualikan. Selepas perarakan layon baginda raja pada 14 Oktober 2016, saluran TV terus menayangkan siaran penghormatan sehingga tengah malam, kemudian dibenarkan bersiaran biasa. Akan tetapi sepanjang 30 hari pertama berkabung, semua saluran dilarang menayangkan rancangan yang bercirikan "sebarang unsur hiburan, menari, keriangan, keganasan, kebiadaban atau luahan perasaan yang berlebihan", mahupun sebarang maklumat tidak rasmi, spekulasi atau kritikan yang berkaitan dengan mendiang raja mahupun pewaris takhta. Kebanyakan penggiat media dan laman web tempatan memakai rupa hitam putih.[18][19]
Orang awam dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam upacara persiraman yang simbolik di hadapan potret mendiang raja baginda di Balai Sahathai Samakhom di dalam Istana Perama kemudian pada hari itu.[20]
Para orang kenamaan asing yang memberi penghormatan terakhir:
Upacara sembahyang khas seluruh negara di semua tokong Buddha bersama dengan satu upacara peringatan hari ke-100 umum telah diadakan untuk menandakan tanda 100 hari semenjak kemangkatan mendiang baginda pada 20 Januari 2017 bersama DYMM Raja Vajiralongkorn mengetuai upacara kebangsaan ini.[40]
Pada 28 Februari 2017, satu istiadat "Kong Tek" (berpahala) Diraja khas telah diadakan, diketuai oleh DYMM Raja Vajiralongkorn di Balairung Seri Dusit Maha Prasat dan telah dipimpin oleh para sami dari masyarakat Buddha Cina Thai di kawasan Bangkok. Upacara sembahyang ini selaras dengan upacara dan adat resam Buddha Cina berhubung dengan mendiang baginda raja. Istiadat Kong Tek ini ialah istiadat agama Buddha yang unik kepada orang Cina. Dalam istiadat ini, mendiang raja, bersama dengan barang-barang peribadi dan persalinan baginda, telah dipindahkan mengikut adat istiadat ke kehidupan seterusnya, dengan doa sembahyang dan dikir Buddha yang khas dinyanyikan oleh para sami Buddha. Istiadat ini tidak pernah berlaku sebelum ini kerana ini merupakan kali pertama upacara sebegini diadakan untuk mana-mana ahli kerabat diraja Thai dalam kapasiti yang rasmi. [41]
Remove ads
Persemadian


Dataran awam Sanam Luang digunakan sebagai tempat persemadian di mana dibinanya sebuah kompleks pancaka sementara, Phra Merumat (พระเมรุมาศ, harfiah: Meru Emas Wara), yang menelan masa kira-kira satu tahun[43] dan satu bilion baht hasil kutipan cukai.[44] Kompleks tersebut dirobohkan selepas persemadian selesai.[45]
Reka bentuk kompleks pancaka diumumkan secara rasmi pada 28 Oktober, dan sebuah upacara istimewa diadakan pada 19 Disember untuk kenderaan rata pemakaman diraja.[46][47][48] Kerja pembinaan kompleks bermula pada 27 Februari 2017 dan siap pada bulan September.[49][50] Inilah pancaka yang paling besar dibina semenjak upacara pemakaman Raja Rama V (Chulalongkorn) pada 1911. Upacara diadakan di bahagian utara Dataran Diraja Sanam Luang, tidak seperti dahulu yang diadakan di bahagian selatan.[51]
Kerja pengemasan pedati dan tandu pada April 2017 di Muzium Negara Bangkok untuk perarakan pemakaman pada Oktober 2017.
Pada 19 November, Ketua Jabatan Seni Halus Kementerian Kebudayaan Anant Chuchote mengunjungi Nakhon Pathom di mana dibuatnya tajau persemadian daripada kayu cendana lama semenjak purbakala. Beliau meminta orang awam untuk memberikan sokongan dan bantuan untuk pembuatan tajau diraja di samping 150 orang tukang dari Pejabat Seni Tradisional.[52] Pada Januari 2017, jabatan tersebut mengeluarkan iklan mencari tenaga kerja untuk penyelenggaraan di kompleks pancaka diraja Sanam Luang.[53]
Sekitar 12 Februari 2017, astaka kerajaan dan rumah sembahyang sedang dibina sementara Tentera Diraja Thai mula membuat pedati meriam diraja baharu untuk upacara persemadian, siap pada April 2017 untuk dihantar ke Jabatan Seni Halus (JSH) Kementerian Kebudayaan.[54] Reka bentuk binaan pancaka menggabungkan unsur-unsur seni dan kaedah pembinaan tradisional dan moden.[55]
Proses pembinaan pancaka diraja bermula dengan upacara perasmian pada waktu pagi 27 Februari 2017 di Dataran Sanam Luang yang dihadiri oleh Perdana Menteri Thailand Jen (B) Prayut Chan-o-cha. Pada masa yang tepat, alang waja tengah pancaka diangkat masuk ke dalam tapak dengan kren setelah direstui dengan upacara agama Buddha.[56]
Pada 1 April, kawasan pancaka menyaksikan kerja pembinaan yang lebih cepat daripada biasa bagi persemadian diraja kerana semua binaan sudah mencapai tahap tengah-tengah jalan pembinaan lebih awal daripada dijangka. JSH juga ditugaskan untuk melakukan pengubahsuaian reka bentuk tajau diraja besar untuk kegunaan upacara dan dijangka memilih tarikh dalam bulan Oktober untuk acara persemadian.[57][58] Pedati meriam berdasarkan pedati seumpamanya yang digunakan dalam pemakaman British, siap pada akhir bulan April dan disampaikan ke JSH supaya kerja penghiasan boleh bermula tepat pada masa sempena upacara persemadian kelak.[59]

Upacara persemadian diraja diadakan di Dataran Sanam Luang pada 26 Oktober 2017, 13 hari selepas ulang tahun pertama kemangkatan baginda. Pada hari itu, sama seperti di upacara persemadian kerajaan sejak 1995, sebuah persembahan Khon diadakan di pekarangan dataran atas anjuran Yayasan Pemupukan Pekerjaan Tambahan dan Teknik-Teknik Berkaitan DYMM Ratu Sirikit dari Thailand (SUPPORT) dan Institut Bunditphatthanasilpa.[60] Atas sebab betapa pentingnya upacara ini, latihan raptai rasmi bermula seawal 15-16 Mei dengan dipimpin oleh Divisi Kelengkapan Tentera Diraja Thai dengan dua buah kenderaan tentera untuk menduga perarakan pedati besar di wilayah Saraburi.[61]
Akhbar bahasa Inggeris tempatan The Nation mewartakan pada 11 Mei bahawa pancaka diraja dan astaka biarawan sudah hampir sedia untuk siap awal, yang paling cepat setakat ini bagi persemadian diraja pada zaman moden, sementara kerja memasang siap perhiasan untuk pancaka berada di tahap akhir.[62]
Setakat 24 September, lebih 5,500 orang bersukarela untuk berkhidmat pada hari persemadian.[63] Untuk menggalakkan penyertaan lebih ramai, sesetengah ibu wilayah Thai telah membina pancaka replika untuk mereka yang tidak dapat ke Bangkok untuk memberikan penghormatan terakhir pada hari persemadian.[64] Di Bangkok pula, rakyat mahupun pelancong yang hendak menziarahi acara persemadian boleh mengambil perkhidmatan percuma MRT Bangkok, BTS Skytrain, BRT Bangkok serta feri awam di Khlong Phadung Krung Kasem (Hua Lamphong-Pasar Thewarat) dan Khlong Pasicharoen (Phetchkasem 69-Pratunam Pasicharoen). [65] Kementerian Kesihatan Awam menghantar ramai kakitangan perubatan untuk berkhidmat sewaktu acara persemadian.[66]
Garis masa persemadian dan acara-acara berkaitan
- 15 Mei hingga 29 September - Raptai untuk pembawa pedati, pemandu dan pemegang tali di Saraburi dan kemudian di Bangkok
- 23 Mei - Upacara Berpahala pertama di Dataran Diraja, Bangkok
- 9 Jun - Upacara Berpahala kedua di Dataran Diraja, Bangkok
- 22 Ogos - Upacara Berpahala ketiga di Dataran Diraja, Bangkok
- 21 September - Upacara pentakdisan kebangsaan bagi pedati pemakaman diraja di Muzium Negara Bangkok[67]
- 5 Oktober - Hari akhir lawatan umum ke Tajau dan Keranda Diraja di Balairung Seri Dusit Maha Phasat, Istana Perama, Bangkok[68]
- 7 Oktober - Raptai umum pertama bagi perarakan pemakaman di Bangkok (dari Istana Perama ke Dataran Diraja Sanam Luang)
- 13 Oktober - Majlis memperingati ulang tahun pertama kemangkatan Raja Bhumibol Adulyadej (Rama IX)
- 15 Oktober - Raptai umum kedua bagi perarakan pemakaman di Bangkok
- 18 Oktober - Pemasangan penuh istiadat Payung Diraja Sembilan Tingkat di atas pancaka diraja oleh Raja Vajiralongkorn (Rama X)[69]
- 21 Oktober - Raptai umum ketiga bagi perarakan pemakaman di Bangkok
- 22 Oktober - Raptai keempat dan terakhir bagi perarakan pemakaman di Bangkok dan raptai terakhir untuk upacara perabuan
- 25 Oktober
- 26 Oktober - Upacara perabuan
- 07:00: Sembahyang pagi dan upacara keberangkatan Tajau dan Keranda Diraja disusuli sarapan
- 09:00 - 11:30: Perarakan pemakaman dari Balairung Seri Dusit Maha Phasat ke Pancaka Diraja di Dataran Diraja Sanam Luang
- 16:45: Upacara memperingati waktu petang
- 17:30: Upacara penyalaan pancaka dan penghormatan terakhir oleh Batalion Ketiga, Rejimen Infrantri Pertama Pengawal Peribadi Baginda dan Batalion Artileri Pertama, Pengawal Raja bagi pihak Angkatan Tentera Diraja Thailand[71]
- 22:00: Upacara perabuan serta persembahan khon dan wayang kulit Siam, pertunjukan boneka, konsert muzikal dan balet di luar[72][73]
- 27 Oktober: Hari pengalihan abuan dan tinggalan diraja
- 07:00: Pengalihan abuan layon dan tinggalan diraja dari pancaka disusuli sembahyang sarapan
- 08:30: Perarakan diraja untuk memindahkan abu dan tinggalan diraja ke Balairung Seri Dusit Maha Phasat, Istana Perama dan Kuil Buddha Zamrud
- 28 Oktober
- 17:30: Majlis terakhir di hadapan abuan dan tinggalan diraja serta kenduri
- 29 Oktober - Hari terakhir tempoh perkabungan
- 09:00: Sembahyang pagi disusuli sarapan
- 11:00: Majlis keberangkatan perarakan tinggalan diraja
- 11:35: Upacara menyimpan tinggalan di raja di Balairung Seri Chakri Maha Prasat, Istana Perama
- 16:00: Majlis keberangkatan abu diraja
- 17:40: Upacara menyimpan tinggalan diraja di Makam Diraja Wat Ratchabophit disusuli perarakan ke Kuil Diraja Wat Bowonniwet Vihara serta majlis peringatan terakhir
Remove ads
Rujukan
Bacaan lanjut
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads