Nombor telefon di Malaysia

From Wikipedia, the free encyclopedia

Nombor telefon di Malaysia
Remove ads

Nombor telefon di Malaysia dikawal selia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Fakta Segera Lokasi, Negara ...

Talian tetap di Malaysia bermula dengan kod kawasan 1 hingga 2 nombor (tidak termasuk 0 di hadapan), diikuti dengan 6 hingga 8 nombor nombor pelanggan. Manakala talian mudah alih bermula dengan 2 nombor (tidak termasuk 0 dihadapan), diikuti 7 hingga 8 nombor pelanggan. Kod talian mudah alih ini asalnya diberikan khas mengikut talian pembekal, tetapi dengan program Pertukaran Nombor Mudahalih, nombor telefon tidak lagi mengikut talian pembekal.

Sehingga tahun 2017, panggilan ke Singapura tidak memerlukan kod antarabangsa, memadai dengan kod domnestik 02 sahaja. Bagaimanapun dengan arahan dari SKMM[1], kod ini ditamatkan secara berperingkat antara Mei dan Jun 2017. Telekom Malaysia adalah yang pertama menamatkan kod ini pada 16 Mei 2017 dan diikuti pembekal lain pada 1 Julai 2017. Selepas tarikh tersebut, semua panggilan ke Singapura mesti menggunakan kod antarabangsa +65.

Di Brunai pula, panggilan dari Malaysia Timur boleh menggunakan kod domestik 080 sahaja, tetapi panggilan dari Semenanjung Malaysia mesti menggunakan kod antarabangsa +673.

Remove ads

Talian Tetap

Telekom Malaysia merupakan pengendali tunggal Talian Tetap di Malaysia. Setiap Pelanggan diberikan Nombor Telefon yang terdiri dari dengan Kod Awalan berserta Nombor Pelanggan.

Kod Awalan (tidak termasuk 0 di hadapan) adalah 1 nombor untuk Semenanjung Malaysia (3 hingga 7 dan 9), dan dua nombor (8x) di Malaysia Timur. Nombor Pelanggan pula adalah 7 nombor untuk Semenanjung Malaysia (kecuali 8 nombor untuk Kod Awalan 3 iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya), dan 6 nombor bagi Malaysia Timur.

Kod Awalan dibahagikan kepada beberapa kawasan. Sehingga tahun 1995, pelanggan di Semenanjung Malaysia juga diberikan 6 Nombor Pelanggan kecuali pelanggan Kod Awalan 3, kerana Nombor Pelanggan mereka mempunyai 7 nombor.

No Pelanggan bagi Kod Awalan 3 beransur-ansur menjadi 8 nombor di antara tahun 1999 hingga 2001 bagi menampung permintaan yang meningkat disebabkan pertambahan penduduk di Lembah Kelang. Disebabkan itu, jumlah nombor telefon penuh bagi pelanggan Kod Awalan 3 menjadi 10 nombor, dan 9 nombor bagi pelanggan Kod Awalan yang lain.

Contohnya :

(Kod Awalan 2 nombor + 8 Nombor Pelanggan = 10 nombor)


(Kod Awalan 2 nombor + 7 Nombor Pelanggan = 9 nombor)


(Kod Awalan 3 nombor + 6 Nombor Pelanggan = 9 nombor)


Nota : a = Kod Awalan, b = nombor pelanggan


Panggilan ke talian tetap yang mempunyai Kod Awalan yang sama tidak memerlukan pelanggan mendail Kod Awalan. Manakala panggilan ke talian tetap yang mempunyai Kod Awalan tidak sama dan talian mudah alih, pelanggan perlu mendail nombor telefon penuh pelanggan.

Contohnya :

  • dalam kawasan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang: 9xxx xxxx
  • luar kawasan Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan talian mudah alih, dalam Malaysia : 04-9xxx xxxx
  • luar Malaysia: +60-4-9xxx xxxx (0 di hadapan diabaikan)



Nota : x = 0 - 9



Thumb
Kod Talian Tetap di Semenanjung Malaysia


Maklumat lanjut Kod Awalan, Kawasan ...
Remove ads

Talian Mudah Alih dan Telefon IP

Talian Mudah Alih dan Telefon IP terletak dalam Kod Awalan 1 (tidak termasuk 0 di hadapan). Kemudian diikuti Kod Pengendali Talian 1 nombor hingga 5 nombor. Nombor Pelanggan pula samada 6 nombor sehingga 7 nombor bergantung kepada Kod Pengendali Talian. Nombor Telefon penuh bagi 011 dan 015 berjumlah 11 nombor, manakala yang lain adalah 10 nombor termasuk 0 di hadapan.

Panggilan dari Talian Mudah Alih sentiasa memerlukan pelanggan mendail nombor telefon penuh walaupun dalam Pengendali Talian yang sama. Untuk panggilan antarabangsa pula, 0 di hadapan digugurkan dan diganti dengan kod antarabangsa +60. Contoh nombor telefon 012 xxx xxxx di dial +60 12 xxx xxxx.

Pada permulaannya, setiap Pengendali Talian diberikan satu nombor Kod Pengendali Talian. Maxis, Celcom dan Digi merupakan Pengendali Talian terbesar pada tahun 2005. Setelah nombor yang diberikan mula habis, 3 Pengendali Talian ini diberikan nombor baru 014 dengan Kod Pengendali Talian diasingkan menggunakan nombor pertama dari 7 Nombor Pelanggan.

Pengendali Talian Maya yang tumbuh bagaikan cendawan dan kehabisan nombor untuk diberikan menyebabkan 011 dan 015 dibuka untuk digunakan dengan nombor ditambah dari 7 kepada 8. 011-1 tersedia bermula 15 Disember 2010. Dua Pengendali Perhidmatan Internet terbesar ketika itu, TM Net dan Jaring diberikan nombor 015-4 untuk memberikan perkhidmatan Suara Melalui Protokol Internet (VoIP) atau Perkidmatan Telefon melalui Protokol Internet (TSoIP).

Nombor baru diberikan dalam blok yang lebih kecil iaitu 10,000, 100,000 atau 1,000,000 berbanding hampir 8 000 000 sebelum ini untuk satu Pengendali Talian. Program Pertukaran Nombor Mudahalih bermaksud nombor dan Pengendali Talian berkemungkinan tidak lagi seperti yang asal.


Maklumat lanjut Kod Awalan, Julat ...
Maklumat lanjut Perkhidmatan Jalur Lebar (Data Sahaja), Kod Awalan ...
Maklumat lanjut Perkhidmatan Telefon melalui Protokol Internet (TSoIP) atau Suara Melalui Protokol Internet (VoIP), Kod Awalan ...

Nota : Julat adalah satu, dua, tiga atau empat nombor daripada Nombor Pelanggan. Contoh :

         Kod Awalan 010-, Julat 2, adalah 010-2XX XXXX
         Kod Awalan 011-, Julat 11, adalah 011-11XX XXXX
         Kod Awalan 011-, Julat 155~159 adalah 011-155X XXXX to 011-159X XXXX
         X = 0 hingga 9
Remove ads

Kod Ringkas dan Nombor Istimewa

Maklumat lanjut Kod, Kegunaan ...

Nota: R = 1 hingga 6, X = 0 hingga 9, Y = 1 hingga 9

Remove ads

Kod nombor telefon

 00   Panggilan antarabangsa sahaja
010 Celcom Art900 (telefon analog)
011  Telekom Malaysia ATUR 450 (telefon analog)
012  Maxis (3G/GSM900/GSM1800 telefon bimbit)
013  Celcom (TMTouch, 3G/3.5G/GSM900/GSM1800/telefon bimbit satelit)
014-2 Maxis (3G/GSM900/GSM1800 telefon bimbit)
014-3 DiGi (GSM900/GSM1800 telefon bimbit)
014-6 DiGi (GSM900/GSM1800 telefon bimbit)
014-8 Celcom (3G/GSM900/GSM1800 telefon bimbit)
015-4 Servis VoIP
016   DiGi (GSM900/GSM1800 telefon bimbit)
0175643161   Maxis (Hotlink, 3G/GSM900/GSM1800 telefon bimbit)
018   U Mobile(3G telefon bimbit) 
019   Celcom (3G/3.5G/GSM900/GSM1800/telefon bimbit satelit)
02    Kod dalam negeri ke Singapura (dihentikan penggunaan selepas 30 Jun 2017)
03    Selangor, Kuala Lumpur Putrajaya dan Genting Highlands (Pahang)
04    Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Pengkalan Hulu (utara Perak)
05    Perak (kecuali Pengkalan Hulu), Kedah {Bandar Baharu) dan Cameron Highlands (Pahang)
06    Melaka, Negeri Sembilan dan Muar serta Tangkak (Johor)
07    Johor (kecuali Muar dan Tangkak) dan Gemas (Negeri Sembilan)
080    Kod dalam negeri ke Brunei (Hanya Malaysia Timur)
081    ?????????????????????????????????
082    Kuching (Sarawak)
083    Sri Aman (Sarawak)
084    Sarikei, Bintangor, Sibu, Kanowit, Song, dan Kapit (Sarawak)
085    Lawas, Limbang, Miri (Sarawak)
086    Bintulu, Belaga (Sarawak)
087    Daerah Pedalaman (Sabah dan Labuan
088    Kota Kinabalu dan Kudat (Sabah)
089    Lahad Datu, Sandakan dan Tawau (Sabah)
09     Kelantan, Pahang (kecuali Cameron Highlands dan Genting Highland) dan Terengganu
100    Universal operator service (formerly fixed telephone & fascimile fault report)
101    Operator assistance for domestic calls (to be combined to 100)
102    Operator service assistance (to be combined to 100)
103    Fixed telephone directory assistance
104    Telegram services
1051    Time announcement
1066    Earthquakes and Tsunami Alert Centre
108     Operator assistance for international calls (reallocated to 102, to be combined to 100)
112    Mobile network emergency telephone number
12xx    reserved
1300-xx-xxxx Local rate telephone number
1377x    Mass calling service
141-xx    Internationally accessible short codes 
1500-xx-xxxx Paging service
1508-xx-xxxx Dial-up internet access service
151x         Dial-up Internet access service
152x         ISDN dial-up Internet access service
15454        Electricity fault reporting
1600-xR-xxxx Premium-rate telephone number
1700-xx-xxxx Personal numbering service
1800-xx-xxxx Toll-free telephone number
18-Yxx       Long distance carrier selection code
1900-xx-xxxx Multimedia service number
600-xx-xxxx  Audiotext Premium-rate telephone number (to be reallocated to 1600 prefix)
999          Polis DiRaja Malaysia/Kementerian Kesihatan Malaysia/Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia/Angkatan Pertahanan Awam Malaysia/Maritim Malaysia
Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads