Muna Shahirah
Penyanyi dan pelakon wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Muna Shahirah Munadi (lahir 16 Jun 1994) ialah seorang penyanyi wanita Malaysia.[1] Beliau meraih kemasyhuran sebagai salah seorang peserta rancangan TV realiti Akademi Fantasia musim ke-11 pada 2014. Beliau kemudian mengeluarkan single pertamanya yang bertajuk "Takdir Cinta" pada 2017.[2][3]
Remove ads
Kerjaya
Muna memulakan kerjayanya dalam bidang muzik dengan menjadi penyanyi di Yayasan Warisan Johor ketika berusia 12 tahun.[4][5] Pada tahun 2014, beliau terpilih sebagai salah seorang daripada 12 pelajar yang diterima masuk ke Akademi Fantasia musim ke-11 (AF2014) antara lain turut disertai oleh Aman Aziz, Ewal Ismail, Sam Nuhair dan Nina Nadira.[6] Namun rezeki dan perjuangan beliau terhenti di konsert minggu keempat apabila menjadi peserta ketiga tersingkir berikutan mendapat undian terendah di minggu tersebut meskipun persembahan beliau mendapat pujian daripada juri.[7][8][9] Berikut ialah persembahan dan keputusan beliau di AF2014:
Selepas tersingkir daripada AF2014, beliau kembali menumpukan perhatian kepada pengajiannya di universiti.[10] Setelah tamat pengajiannya pada 2017,[10][11] beliau kembali ke industri muzik dengan mengikat kontrak bersama FMC Music dan melancarkan dua single sulungnya, "Takdir Cinta" pada November 2017. "Takdir Cinta" menjadi kejayaan komersial apabila berjaya meraih sejuta tontonan di YouTube.[12][13]
Muna mengikuti kejayaan single pertamanya dengan pelancaran lagu "Teguh Setia" sebagai single kedua,[14][15] yang mana kedua-dua lagu ini ialah hasil ciptaan sepenuhnya oleh Ibnu & Gouffran.[10] "Teguh Setia" terkandas di separuh akhir minggu kedua Muzik Muzik 34 apabila lagu itu gagal mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-34.[16][17][18]
Pada tahun 2019, beliau muncul dengan sebuah lagu Raya bertajuk "Menanti di Aidilfitri" menampilkan kolaborasi bersama Wani Syaz, Wany Hasrita dan Wan Azlyn. Sebuah muzik video yang turut dibintangi oleh Azhan Rani telah diterbitkan untuk mempromosikan single ini.[19] Beliau kemudian melancarkan single ketiga, "Suratan Luka" hasil nukilan Sharon Paul dan Ahmad Fedtri Yahya.[20] Lagu ini berkisarkan tentang pengalaman peribadinya yang pernah ditinggalkan kekasih,[21][22] muzik video rasminya telah mencatatakan sebanyak 140,000 tontonan tidak lama selepas dikeluarkan.[23] Kemudian pada 23 Oktober 2020, Muna berduet bersama Zack Zakwan menerusi lagu "Bagaimana".[24][25][26]
Selain bidang muzik, beliau turut berkecimpung dalam perkhidmatan penstriman video profesional.[27][28][29]
Muna juga berjinak-jinak dalam bidang lakonan, dengan membintangi telefilem Bebenang PKP Anis yang disiarkan di TV AlHijrah pada 15 Mei 2021. Ia berkisarkan tentang Anis lakonan Muna, yang terpaksa menjaga dua anak Puan Zue kerana pembantu rumah melarikan diri. Telefilem arahan Shuhaimi Zulkefli ini turut dibintangi oleh Shafie Naswip, Fauzi Nawawi dan Lisdawati.[30]
Pada 2 Julai, Muna muncul dengan single "Bukan Milikku" yang menampilkan beliau menjalin kerjasama dengan komposer Ikhwan Fatanna dan Wan Salleh.[31][32]
Pada 9 September 2022, Muna berduet bersama Afieq Shazwan menerusi lagu "Cinta Hanya Buatan" hasil ciptaan Ibnu dan lirik oleh Gouffran.[33][34][35]
Remove ads
Bakat
Muna Shahirah dikenali kerana menyanyikan lagu balada yang mendayu-dayu. Biarpun genre itu sukar dibawanya, Muna mengakui ia lebih dekat dengan dirinya.[32] Katanya: “Lagu balada sukar dibawa jika hendak dibandingkan dengan dendangan rancak. Kalau vokal biasa sekalipun, masih boleh bawa lagu rancak kerana mudah dipelbagaikan. Saya fikir lagu balada lebih sesuai dengan vokal. Kalau bawa lagu rancak, macam tak kena. Kalau diberi peluang atau mencuba, saya suka lagu rancak yang lebih condong kepada dangdut".[36]
Remove ads
Kehidupan peribadi
Muna Shahirah dilahirkan di Mersing, Johor. Beliau ialah lulusan Ijazah Sarjana Muda Matematik dan Ekonomi di Universiti Sains Malaysia (USM) kampus Pulau Pinang.[2][11] Laman Instagram beliau mempunyai lebih 50,000 pengikut.
Beliau meminati genre muzik balada dan meletakkan Siti Nurhaliza sebagai penyanyi pujaan, manakala Farid Kamil dan Lisa Surihani sebagai idola dalam bidang lakonan dan menyifatkan diri seorang yang ceria dan mudah dibawa berborak. Selain menyanyi, beliau turut membantu ibu bapanya mengendalikan sebuah syarikat pengurusan majlis di Johor.[2]
Beliau berkahwin dengan pilihan hatinya iaitu seorang pemuda mualaf berketurunan Cina, Sean Tee Abdullah @ Tee Yau Terng (lahir 1999) yang 5 tahun lebih muda daripadanya pada 19 Mei 2023. Pasangan ini mula berkenalan ketika sama-sama bergiat aktif dalam permainan video PUBG.[37]
Diskografi
Single
Single raya
Remove ads
Filemografi
Telefilem
Televisyen
Anugerah dan pencalonan
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads