Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar
Yang di-Pertuan Agong Malaysia & Sultan Johor From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj (Jawi: سلطان إبراهيم ابن المرحوم سلطان اسكندر; diputerakan pada 22 November 1958) merupakan Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan Sultan Johor ke-24.
Pada 27 Oktober 2023, baginda telah dipilih oleh Majlis Raja-raja sebagai Yang di-Pertuan Agong yang seterusnya dan istiadat mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan telah diadakan di Istana Negara pada 31 Januari 2024.
Sultan Ibrahim merupakan pengasas kepada acara jelajah bermotosikal, Kembara Mahkota Johor disebabkan oleh minat baginda terhadap sukan pemotoran berkuasa tinggi. [1] Pada 20 Julai 2024, Baginda ditabalkan di Istana Negara, untuk tempoh 5 tahun sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Remove ads
Biografi
Kehidupan awal
Tunku Ibrahim Ismail ibni Tunku Mahmood Iskandar diputerakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor, Malaya ketika pemerintahan paduka nenda moyang baginda, Sultan Ibrahim. Baginda merupakan anakanda ketiga dan putera sulung daripada 10 adik-beradik kepada Sultan Iskandar bersama bondanya iaitu Josephine Ruby Trevorrow, seorang wanita Inggeris dari Torquay, England.[2][3][4] Mereka berdua bertemu ketika Sultan Iskandar (sebelum itu Tunku Mahmood) melanjutkan pelajarannya di England. Trevorrow kemudiannya memeluk agama Islam dan menukar namanya kepada Kalsom binti Abdullah setelah berkahwin dengan Tunku Mahmood.
Nenda Moyangnya, Sultan Ibrahim mangkat di London pada 8 Mei 1959, oleh itu, nendanya Tunku Ibrahim Ismail, Sultan Ismail berjaya menjadi Sultan Johor. Sultan Ibrahim Ismail naik ke tangga kedua sejajar dengan takhta, selepas ayahandanya.
Seperti kanak-kanak yang lain, Tunku Ibrahim juga melanjutkan pelajaran. Sekolah pertama baginda ialah Sekolah Temenggong Abdul Rahman 1. Setelah itu, baginda kemudiannya menyambung pelajarannya di Trinity Grammar School di Australia pada 1968 selama dua tahun. Sekembalinya baginda ke Johor, baginda kemudiannya belajar di Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB). Di samping itu, Tunku Ibrahim juga bersekolah di Sekolah Agama Bukit Zaharah dan Sekolah Agama Air Molek di Johor Bahru bagi mempelajari asas-asas agama Islam.
Beberapa tahun kemudian, Tunku Ibrahim telah dihantar ke Pusat Latihan Darat (Pulada) di Kota Tinggi untuk menerima latihan asas ketenteraan selama tiga bulan dan kemudiannya ke Fort Bening, Georgia, Amerika Syarikat. Di situ, baginda telah mengikuti Kursus Asas Pegawai-Pegawai Infantri dan Udara. Setelah berada di situ, baginda kemudiannya mengikuti Kursus Pegawai-Pegawai Pasukan Khas di Fort Bragg, Amerika Syarikat.[5] Selepas itu, Tunku Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Komander, Angkatan Tentera Johor. Baginda menerima sayap penerbangan selepas menerima kursus latihan helikopter di Kem Tentera Kluang. Tuanku juga menamatkan tugas latihan selama dua bulan dalam Tentera Laut Diraja Malaysia.
Sebagai Tunku Mahkota Johor
Tunku Ibrahim Ismail telah dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981 dan telah bersemayam di Istana Pasir Pelangi sejak itu.[5][6][7] Baginda pernah menjadi pemangku raja Johor pada 26 April 1984 hingga 25 April 1989 ketika ayahandanya, Sultan Iskandar telah dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kelapan.[5] Dalam beberapa tahun belakangan ini, Tunku Ibrahim secara beransur-ansur mengambil alih beberapa tugas negeri dan fungsi dari ayahandanya yang telah lanjut usia termasuklah ketika mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-211 dimana Tunku Ibrahim bersama Tunku Abdullah, Tengku Mahkota Pahang telah mewakili ayahanda masing-masing dalam mesyuarat itu.[8][9]
Sebagai Sultan Johor
Pemasyhuran
Beberapa jam sebelum kemangkatan ayahandanya Sultan Iskandar pada 22 Januari 2010, Tunku Ibrahim Ismail sekali lagi dilantik sebagai pemangku sultan berikutan laporan perubatan mengenai kemangkatan Sultan Iskandar yang masih belum disahkan.[10] Pada waktu malam hari yang sama, Sultan Iskandar telah mangkat dan Tunku Ibrahim dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang baharu pada esoknya berdasarkan Undang-Undang Tuboh Kerajaan Johor 1895 dengan gelaran Sultan Ibrahim.[11][12] Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman mengumumkan pemasyhuran itu di Istana Besar Johor Bahru dan mengumumkan tentang musim perkabungan bagi kerabat diraja Johor yang terdekat adalah selama 40 hari manakala bagi rakyat Johor pula ialah 7 hari. Semasa musim itu juga, Sultan Ibrahim pertama kalinya ke mesyuarat Majlis Raja-Raja sebagai Sultan Johor.
Kemahkotaan
Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor diperkenalkan oleh Sultan Johor Moden yang pertama iaitu Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1886 selepas baginda mendapat ilham daripada lawatan baginda Empayar British dan Empayar Uthmaniyah. Baginda memperkenalkan konsep mahkota kepada raja-raja Melayu yang kemudiannya diikuti oleh Kelantan, Selangor dan Terengganu.
Pada tahun 2013, kerja-kerja penaiktarafan Istana Besar Johor dan Istana Bukit Serene telah mula dilangsungkan atas perkenan baginda yang berkehendaki agar Istiadat Kemahkotaan baginda diadakan pada 5 Mei 2014, sempena baginda menjadi Sultan Johor yang ke-5. Walau bagaimanapun, disebabkan kerja-kerja yang tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan, Istiadat tersebut ditangguh.[13]
Pada Januari 2015, Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor iaitu Datuk Abdul Rahim Ramli menyampaikan perkenan baginda untuk melangsungkan Istiadat Kemahkotaan baginda. Kali terakhir Istiadat tersebut dilangsungkan ialah pada tahun 1960 iaitu Kemahkotaan Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim. Sultan Iskandar pula tidak berkehendakkan Istiadat Kemahkotaan buat dirinya.
Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor kali-4 ini diadakan pada 23 Mac 2015 dan disambut secara besar-besaran yang bermula dari Istiadat Meletak Kerja pada 16 Mac 2015 dan diisi dengan 9 istiadat utama dan keraian di seluruh negeri Johor sehingga bulan April 2015.[14]
Sebagai Yang di-Pertuan Agong
Pada 27 Oktober 2023, Majlis Raja-Raja dalam Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja ke-263 telah berkenan memilih baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, bagi menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Sultan Pahang yang telah tamat tempoh pemerintahan pada 30 Januari 2024. Istiadat mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan telah dilangsungkan pada 31 Januari 2024 di Istana Negara.
Istiadat pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong berlangsung pada 20 Julai 2024.[15]
Remove ads
Kehidupan peribadi
Sultan Ibrahim telah berkahwin dengan Raja Zarith Sofiah, puteri kepada Sultan Perak, Sultan Idris Al-Mutawakil Alallahi Shah pada tahun 1982.[16][17] Baginda berdua dikurniakan 6 orang anakanda iaitu:
- Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar (diputerakan 30 Jun 1984). Baginda telah dilantik sebagai Raja Muda Johor oleh nendanya, Sultan Iskandar[18] dan Tunku Mahkota oleh ayahandanya, Sultan Ibrahim.[19]
- Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah (diputerakan 8 April 1986) [20]
- Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman (diputerakan 25 Disember 1987) ([21]
- Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibrahim Ismail (5 Julai 1990 - 5 Disember 2015)
- Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Hassanal Jefri (diputerakan 5 Februari 1993 [22]
- Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim (diputerakan 30 Mei 2001)
Remove ads
Kerabat damping
Putera
Puteri
Remove ads
Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang
Terasul dan gelaran
- 22 November 1958 – 11 Mei 1981: Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ismail ibni Tunku Mahmood Iskandar
- 11 Mei 1981 – 3 Julai 1981: Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar
- 3 Julai 1981 – 26 April 1984: Duli Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar, Tunku Mahkota Johor
- 26 April 1984 – 25 April 1989: Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar, Pemangku Sultan Johor
- 25 April 1989 – 23 Januari 2010: Duli Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar, Tunku Mahkota Johor
- 23 Januari 2010 – 30 Januari 2024: Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim
- 31 Januari 2024 – kini: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim [23]
Kurniaan Johor
Johor :
Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK I)
Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama, Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) – Dato' (28 Oktober 1980)
Pangkat Pertama, Dato' Sri Setia Sultan Ismail Johor (SSIJ) – Dato' (8 April 1990) [24]
Pangkat Pertama Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ) – Dato' (30 Mac 2015) [25]
Pingat Kemahkotaan Sultan Ibrahim (PSI, Pangkat Pertama) (10 Februari 1960)
Pingat Kemahkotaan Sultan Iskandar (11 Mei 1981)
Pangkat Pertama Pingat Kemahkotaan Sultan Ibrahim (PIS I) (23 Mac 2015)
Pangkat Pertama Pingat Sultan Ibrahim (PSI I)
Kurniaan Malaysia
Malaysia :
Pingat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 (20 Julai 2024)
Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) – Tun (1987) [26]
Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN) (2 Mac 2015) [27]
Kelantan :
Darjah Seri Paduka Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Muhammadi I) (SPMK) – Dato' (1994) [28]
Darjah Kebesaran Kerabat Kelantan Yang Amat Dihormati (Al-Yunusi) (DK) (2010)[28]
Negeri Sembilan :
Darjah Kerabat Negeri Sembilan (DKNS) (14 Februari 2011) [29][30]
Pahang :
Perak :
Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) (19 April 2010) [32]
Perlis :
Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP) – Dato' Seri [28]
Darjah Kerabat Baginda Tuanku Syed Putra Jamalullail (DK) (17 Mei 2010) [33]
Selangor :
Darjah Kerabat Diraja Selangor Kelas Pertama (DK I) (11 Disember 2010) [34]
Terengganu :
Darjah Kebesaran Kerabat Terengganu Yang Amat Mulia Darjah Yang Pertama (DK I) (26 April 2013) [35]
Kedah :
Darjah Kerabat Kedah Yang Amat Mulia (DK) (25 Februari 2018) [36]
Sabah :
Darjah Kebesaran Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) – Datuk Seri Panglima
Sarawak :
Darjah Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (DP) – Datuk Patinggi (2009) [37]
Kurniaan luar negara
Bahrain :
Order of Sheikh Isa ibn Salman Al Khalifa (Wisam al-Shaikh ‘Isa bin Salman Al Khalifa), First Class (2017) [38]
Brunei :
Darjah Kerabat Mahkota Brunei (DKMB) (2014) [39][40]
Pingat Jubli Emas Sultan Brunei (2017) [41]
Filipina :
Grand Cross (GCrS) (Datu) of the Order of Sikatuna (2019) [42]
Ijazah kehormat
Singapura:
- Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang Universiti Nasional Singapura (NUS) - (20 Julai 2022) [43]
Remove ads
Catatan
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads