Syazwan Zulkifly
Pelakon lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Mohd Syazwan Zulkifly (lahir 20 Mei 1987)[1] merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia.[2] Beliau mula dikenali umum selepas menjayakan watak pesalah juvana bernama Apek dalam siri TV popular TV3, Juvana.[3]
Remove ads
Kerjaya
Peranan lakonan profesional Syazwan pertama ialah menerusi watak pembantu sebagai Apek, pesalah juvana dalam siri drama Juvana arahan Faisal Ishak yang bersiaran di Slot Aksi TV3. Drama ini turut dibintangi oleh Zahiril Adzim, Bront Palarae, Beto Kusyairy dan Johan As'ari. Beliau menjayakan kembali wataknya dalam versi filem yang ditayangkan pada 2013. Beliau memegang watak sampingan Muiz dalam drama romantik Soffiya lakonan Tiz Zaqyah.
Syazwan kemudian berlakon bersama Beto, Izreen Azminda, Elfira Loy, Naim Daniel, Shera Aiyob dan Izzue Islam dalam siri drama Astro Ria Jangan Ambil Padang Kami yang mengisahkan perjuangan dan pengembaraan hidup 7 orang kanak-kanak untuk menyelamatkan sebuah padang bola di kawasan flat mereka daripada dibangunkan oleh peneroka. Kembali digandingkan bersama Johan yang memegang watak Irwan Zaid, Syazwan menjayakan watak Kenji dalam drama aksi TV3, Karlos yang mengisahkan perjalanan hidup seorang remaja bernama Irwan Zaid yang sering dipinggirkan di dalam keluarga terutama sekali oleh bapanya sendiri. Syazwan dan Johan menjayakan kembali peranan mereka dalam telefilem khas, Karlos Bolos.[4]
Beliau berlakon di samping Lisa Surihani dan Aaron Aziz dalam filem Suamiku, Encik Perfect 10 arahan Mohd Feroz Abd Kader, memegang watak sebagai Syed Muzaffar; kemudian diikuti oleh peranan sebagai Haris dalam filem Gamatisme arahan M. Hitler Zami. Bermula 28 November 2016, Syazwan digandingkan bersama Puteri Aishah dalam siri TV Cinta Roller Coaster di Slot Dahlia TV3.
Remove ads
Kehidupan peribadi
Syazwan dianggap sebagai seorang yang bersikap baran oleh sesetengah media. Namun beliau sebenarnya seorang yang pendiam. Beliau mengulas dalam temuramah bersama Kosmo!: "Kisah baran ini mungkin tidak akan habis. Barangkali disebabkan wajah saya dan watak antagonis yang saya bawakan, label baran itu telah menjadi sebati dalam diri,".[5]
Pada Mei 2017, Syazwan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak berhampiran Genting Sempah. Beliau ketika itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Cherating, Pahang untuk menjalani penggambaran drama terbarunya berjudul Sehangat Cinta Antasha. Ini merupakan kali kedua beliau terlibat dalam kemalangan selepas kemalangan pertama bersama pelakon Nabila Huda pada 2013.[6]
Sekitar 2015, Syazwan dilaporkan bercinta dengan penyanyi dan pengacara TV, Shenthy Feliziana Sudirman (bekas anggota Dynda), namun hubungan mereka berakhir gara-gara tindakan Syazwan memukul kekasihnya dan Shenthy membuat laporan polis pada Oktober tahun sama, selepas mendakwa dia dicederakan oleh Syazwan selepas ingin berbincang mengenai hubungan mereka. Namun Syazwan mengakui masih sayangkan Shenthy.[7] Sekitar Januari 2017, Syazwan dilaporkan di'gam' oleh Astro gara-gara kontroversi yang melanda dirinya bersama bekas kekasihnya,[8][9] menyebabkan beliau ingin berhenti berlakon.[10]
Remove ads
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Televisyen
Model Klip
- Azad Jasmin - Sarrekey
Remove ads
Anugerah dan pencalonan
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads