Mohamad Hasan

ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Mohamad Hasan
Remove ads

YB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan (lahir pada 2 Mei 1956 di Rembau, Negeri Sembilan) juga dikenali sebagai Tok Mat ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Menteri Luar Negeri Malaysia, Ahli Parlimen Rembau dan ADUN Rantau. Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan selama tiga penggal (2004-2018). Di peringkat parti beliau ialah Timbalan Presiden UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Rembau[1].

Fakta Segera Menteri Luar Negeri Malaysia, Raja ...
Remove ads

Latar belakang

Beliau dilahirkan di Kampung Kundur Hilir, Rembau, Negeri Sembilan, pada 2 Mei 1956.

Pendidikan

Mohamad menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman, Rantau, dan menyambungkan pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau. Selepas menyelesaikan pendidikan menengah, beliau terus ke Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Ampuan Durah, Seremban, dan kemudian melanjutkan pendidikan tinggi di Universiti Malaya pada tahun 1976.

Kerjaya awal

Beliau memulakan kerjayanya sebagai Pelatih Bank Negara Malaysia, termasuk Penolong Pengurus di Malayan Banking Berhad, dan Pengurus di Arab Malaysian Merchant Bank Berhad. Mohamad kemudiannya berpindah kerjaya ke Bank Bumiputra Malaysia Berhad, dan pernah bertugas sebagai Pengurus Besar Bank Bumiputra London (1988-1992). Selepas berkecimpung dalam dunia perbankan, beliau berpindah ke sektor korporat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Cold Storage Malaysia Berhad (1992-1994). Jawatan terakhirnya di sektor korporat ialah sebagai Pengarah Urusan Cycle and Carriage Bintang Berhad (1994-2004).

Selain daripada itu, Mohamad juga pernah memegang jawatan Ahli Lembaga Pengarah di Khazanah Nasional Berhad, dan juga sebagai Pengerusi Kumpulan FIMA Berhad, serta Ahli Lembaga Pengarah Sepang International Circuit (SIC).

Remove ads

Politik

Menteri Besar

Setelah memenangi pilihanraya kerusi Dewan Undangan Negeri Rantau, Dato' Seri Utama Haji Mohamad mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan pada 25 Mac 2004. Beliau juga Ketua UMNO Bahagian Rembau, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia dan Timbalan Presiden UMNO Malaysia.

UMNO

Mohamad telah berjaya memenangi kerusi sebagai Timbalan Presiden UMNO pada Pemilihan kepimpinan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu 2018 dengan menewaskan Annuar Musa. Ia sekaligus menggantikan Hishammuddin Hussein yang menjalankan tugas tersebut selepas Ahmad Zahid Hamidi, dan penyandang asal, Muhyiddin Yassin yang dipecat dari UMNO pada 24 Jun 2016 lalu.[2]

Pada 18 Disember 2018, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Dato' Seri Utama Mohamad Hasan dilantik untuk menjalankan tugas sebagai Presiden UMNO berikutan beliau ingin memberi tumpuan terhadap kes mahkamah yang masih dalam tempoh perbicaraan[3]

Beliau telah menjalankan tugas sebagai Presiden UMNO dan telah berjaya membawa kemenangan kerusi Parlimen Cameron Highlands kepada Dato' Ramli Mohd Nor dalam Pilihan raya kecil Cameron Highlands 2019.[4]

Remove ads

Keputusan pilihan raya

Maklumat lanjut Tahun, Penyandang ...

Nota: 1 Pada 16 September 2018, Mahkamah Pilihan Raya telah menjatuhkan keputusan bahawa kemenangan Mohamad Hasan (menang tanpa bertanding) pada PRU 14 tidak diiktiraf dan mengarahkan agar Pilihan raya kecil perlu diadakan semula.

Maklumat lanjut Tahun, Kawasan Persekutuan ...
Remove ads

Anugerah

Anugerah di Malaysia

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads