Anthony Loke
ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Loke Siew Fook (Cina ringkas: 陆兆福; Cina tradisional: 陸兆福; pinyin: Lù Zhàofú; Yale Kantonis: Luhk Siuh-fūk; lahir 28 April 1977), juga dikenali sebagai Anthony Loke, merupakan seorang ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Menteri Pengangkutan untuk penggal pertama dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan di bawah Perdana Menteri Anwar Ibrahim sejak Disember 2022 dan sebelum ini dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH) di bawah bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad dari Mei 2018 hingga kejatuhan kerajaan PH pada Februari 2020. Beliau juga merupakan Ahli Dewan Rakyat bagi Seremban sejak Mei 2013, serta pernah mewakili Rasah dari Mac 2008 hingga Mei 2013. Di peringkat negeri, beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan (ADUN) bagi Chennah sejak Mei 2013, dan sebelum itu ADUN bagi Lobak dari Mac 2004 hingga Mei 2013. Beliau merupakan ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen dalam gabungan PH dan sebelum ini Pakatan Rakyat (PR). Beliau berkhidmat sebagai Setiausaha Agung DAP ke-6 sejak Mac 2022, Ketua Parlimen DAP ke-2 dari Julai 2018 hingga Mac 2022 dan sebelum itu sebagai Setiausaha Pengelola Kebangsaan DAP serta Ketua Pemuda DAP atau Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY). Beliau juga pernah menjadi Ketua Pembangkang Negeri Sembilan dan Pengerusi Negeri PR bagi Negeri Sembilan.
Remove ads
Kehidupan awal dan pendidikan
Loke Siew Fook dilahirkan di Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan St Paul dan Sekolah Menengah Seri Ampangan. Beliau menamatkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2000 dengan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang sains pembangunan.[1]
Datuk beliau, Loke Ching Fatt (Cina Tradisional: 陸禎发), merupakan pemilik restoran Loke Ching Kee (Cina Tradisional: 陸禎記), tempat hidangan terkenal sempena Tahun Baru Cina, iaitu yee sang mula mendapat perhatian dan menjadi popular.[2][3] Beliau telah mempersembahkan sebuah buku sejarah mengenai hidangan tersebut dalam satu majlis menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz pada 31 Januari 2020.[4]
Remove ads
Kerjaya politik
Pada tahun 1994, Loke menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada usia 17 tahun, iaitu umur minimum yang dibenarkan untuk menjadi ahli parti tersebut.
Dalam Pilihan raya negeri Negeri Sembilan 2004, Loke membuat penampilan sulung dalam pilihan raya setelah dicalonkan oleh DAP untuk bertanding di kerusi Lobak. Beliau memenangi kerusi tersebut dan telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan (ADUN) Lobak untuk penggal pertama. Beliau berjaya mempertahankan kerusi tersebut dan terpilih semula bagi penggal kedua dalam Pilihan raya negeri Negeri Sembilan 2008.
Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008, Loke turut bertanding dan berjaya memenangi kerusi Parlimen Rasah, sekaligus menjadi Ahli Parlimen buat pertama kali.
Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2013, beliau beralih kerusi di peringkat negeri dan persekutuan, bertanding dan memenangi kerusi negeri Chennah serta kerusi parlimen Seremban.
Loke pernah memohon maaf kepada Mahathir Mohamad selepas lebih 40 papan iklan yang memaparkan wajah bekas Perdana Menteri itu diarahkan untuk ditutup oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).[6]
Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Loke mempertahankan kedua-dua kerusinya di peringkat negeri dan parlimen, iaitu Chennah dan Seremban, dengan menewaskan calon Persatuan Cina Malaysia (MCA), Chong Sin Woon di peringkat parlimen dan Seet Tee Gee di peringkat negeri, masing-masing dengan majoriti sebanyak 30,694 undi dan 1,115 undi.[7][8]
Selepas kemenangan PH dalam PRU14, Mahathir telah dilantik sebagai Perdana Menteri untuk mengetuai kerajaan baharu. Pada 21 Mei 2018, Loke telah dilantik sebagai Menteri Pengangkutan oleh Perdana Menteri Mahathir.[9][10] Namun, pada 24 Februari 2020, beliau digugurkan daripada jawatan tersebut berikutan kejatuhan kerajaan PH dalam krisis politik 2020.
Pada 20 Mac 2022 semasa Kongres Kebangsaan DAP ke-17, Loke telah dipilih semula sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP dengan 1,625 undi — undi ketiga tertinggi selepas Gobind Singh Deo, yang dilantik semula sebagai Timbalan Pengerusi Kebangsaan, dan Chow Kon Yeow yang kekal sebagai Naib Pengerusi Kebangsaan.[11] Loke kemudiannya dilantik sebagai Setiausaha Agung DAP ke-6, menggantikan Lim Guan Eng yang telah memegang jawatan itu selama 17 tahun.[12]
Loke sekali lagi mempertahankan kerusi parlimennya di Seremban dalam Pilihan raya umum Malaysia 2022. Selepas pilihan raya itu, Pengerusi PH Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Perdana Menteri untuk mengetuai sebuah kerajaan perpaduan yang merangkumi PH, Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti-parti lain. Pada 3 Disember 2022, Anwar telah melantik semula Loke sebagai Menteri Pengangkutan, hampir tiga tahun selepas beliau meninggalkan jawatan itu.
Sepanjang penggal keduanya sebagai Menteri Pengangkutan, Loke telah memperkenalkan pelbagai dasar untuk mendigitalkan sistem pengangkutan negara.
Dalam Pilihan raya negeri Negeri Sembilan 2023, Loke berjaya mempertahankan kerusi DUN Chennah untuk penggal ketiga selepas menewaskan calon Perikatan Nasional (PN).
Remove ads
Kontroversi dan isu
Pada Februari 2019, isteri Loke duduk di sebelah beliau semasa satu mesyuarat rasmi dengan rakan sejawatannya dari China, sekali gus mencetuskan kontroversi. Tee Ching Seng, Ketua Biro Komunikasi dan Diplomasi Antarabangsa Persatuan Cina Malaysia (MCA), mempersoalkan kehadiran isteri Loke dalam mesyuarat rasmi tersebut.[13]
Keputusan pilihan raya
Remove ads
Anugerah
Malaysia :
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads