Teo Kok Seong (ahli politik)
ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Teo Kok Seong (Cina ringkas: 张聒翔; Cina tradisional: 張聒翔; pinyin: Zháng Guōxiáng; Pe̍h-ōe-jī: Tioⁿ Koat-siông; lahir 18 Oktober 1979) merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan (EXCO) dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH) di bawah Menteri Besar Aminuddin Harun dan Ahli Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan (ADUN) bagi kawasan Bahau sejak Mei 2018 dan dari Mac 2008 hingga Mei 2013. Beliau merupakan ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen PH dan sebelum ini Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Alternatif (BA). Beliau telah berkhidmat sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP sejak Mac 2022. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Pemuda DAP atau dikenali sebagai Ketua sayap pemuda DAP iaitu Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) dari Disember 2012 hingga November 2015.
Remove ads
Kerjaya politik
Beliau menyertai DAP pada tahun 2002. Pada Mac 2015, beliau telah ditahan kerana penglibatannya dalam perhimpunan "Kita Lawan".[1] Pada tahun 2008, beliau telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan bagi kawasan Bahau. Beliau kemudiannya memenangi kerusi Parlimen Rasah dalam pilihan raya umum 2013. Dalam pilihan raya 2018, beliau bertanding semula di kerusi Dewan Undangan Negeri Bahau dan menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan majoriti sebanyak 6,109 undi.[2]
Remove ads
Keputusan pilihan raya
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads