Hafiz Suip

penyanyi lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Mohd Hafiz bin Mohd Suip (lahir 27 Februari 1990) ialah seorang penyanyi lelaki Malaysia yang mula popular semenjak menjuarai musim ketujuh Akademi Fantasia. Hafiz telah memenangi 23 anugerah dalam industri seni.

Fakta Segera Hafiz Suip JBK (Sarawak), Kelahiran ...
Remove ads

Biografi

Hafiz ialah anak sulung daripada tiga adik-beradik yang berasal dari Kuching, Sarawak. Setelah menghabiskan pelajaran di SMK St Joseph, beliau menyertai pertandingan realiti Akademi Fantasia pada awal tahun 2009 setelah lulus dalam uji bakat di Kuching. Pada bulan Mei, Hafiz yang ketika itu berusia 19 tahun merangkul gelaran juara Akademi Fantasia musim ini.[2] Sebagai berkongsi kenangan dengan para peminat, Hafiz turut mengacarakan rancangan istimewa Menuju Puncak di Astro Ria tidak lama kemudian.[3]

Ketika beraksi di konsert akhir AF7, Hafiz memperkenalkan single pertamanya, "Masih Jelas", yang turut menerima sambutan hangat di radio. Bagaimanapun, lain ceritanya bagi video muzik lagu ini apabila pernah dikhabarkan terpaksa dibuat penggambaran semula kerana didapati video asalnya "kurang sesuai ditonton oleh peminat muda".[4] Apapun, lagu ini layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-24 anjuran TV3 pada awal tahun 2010.[5]

Pada tahun yang sama, Hafiz menjadi selebriti pertama yang menyumbangkan suaranya kepada projek alih suara Bahasa Malaysia di Cartoon Network, dengan menyuarakan watak Ben Tennyson dalam telefilem Ben 10: Alien Swarm, sekaligus mengikut jejak langkah bekas pelajar AF terdahulu dan personaliti Astro lain yang pernah menyumbangkan suara mereka kepada versi BM filem-filem seumpamanya.[4] Selepas itu, beliau mengikuti rakan-rakan semusim AFnya, Aril dan Akim, serta Black dan Choo Hou Ren untuk menjayakan kempen Brand's Generasi Hebat yang menyaksikan kelima-lima mereka ini menyanyikan lagu temanya, "Juara".[6]

Hafiz juga terlibat dalam dunia teater pada Jun 2010 dengan teater berjudul KITA The Musical, melakonkan watak utama, Rahman, yang telah dipentaskan di Istana Budaya dan mendapat sambutan hangat. Produksi tersebut yang diinspirasikan oleh gagasan 1 Malaysia juga turut menampilkan Eric Lin, Michael Rao dan Adila AF sebagai teraju utama.

Single kedua dari Hafiz, ciptaan komposer ternama, Ajai dan lirik oleh Sheikh Qalam, berjudul Noktah Cinta semakin melonjakkan nama Hafiz dalam industri muzik Malaysia. Kejayaan terbesar beliau setakat ini adalah merangkul gelaran Vokal Terbaik dan seterusnya mendapat Tempat Ketiga di Anugerah Juara Lagu ke-25 pada Januari 2011.

Baru-baru ini pula, Hafiz telah dipilih sebagai penerima Anugerah Ikon Belia Sarawak untuk Kategori Kebudayaan dan Keseniaan sempena Majlis Perhimpunan Belia Sarawak 2011 yang telah diadakan di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) pada 18 Mac 2011.

Hafiz yang menikahi Nureffy Jasreel Abdullah pada 14 Mei 2016,baru sahaja menimang cahaya mata pertama ,bayi lelaki pada 31 Disember 2017 yang bernama Muhammad Riyadh Zafri.[7]

Remove ads

Akademi Fantasia 7

Maklumat lanjut Konsert, Lagu (penyanyi) ...
Remove ads

Mania!

Maklumat lanjut Konsert, Lagu (penyanyi) ...

Anugerah Juara Lagu

Peringkat Akhir AJL

Maklumat lanjut Tahun, Edisi ...
Remove ads

Diskografi

Album Studio

  1. Masih Jelas (2009)
  2. Hafiz (2012)
  3. Luahan Hati Anak Seni (2013)

Single

Solo

Maklumat lanjut Tahun, Judul ...

Duet/Kolaborasi

Maklumat lanjut Tahun, Judul ...
Remove ads

Filemografi

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Anugerah dan pencalonan

Anugerah Industri Muzik

Maklumat lanjut Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM), Tahun ...

Anugerah Juara Lagu

Maklumat lanjut Anugerah Juara Lagu (AJL), Tahun ...

Anugerah Planet Muzik

Maklumat lanjut Anugerah Planet Muzik, Tahun ...
Maklumat lanjut Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), Tahun ...

SHOUT! Awards

Maklumat lanjut Shout! Awards, Tahun ...

Kerajaan Negeri Sarawak

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads