Cheng Ho

From Wikipedia, the free encyclopedia

Cheng Ho
Remove ads

Laksamana Cheng Ho (Bahasa Cina: 鄭和; pinyin: Zhèng Hé, juga dikenali dalam bahasa Melayu sebagai Cheng Ho atau Sam Po Kong; nama asal: Ma He) ialah seorang laksamana dan penjelajah dari Dinasti Ming yang terkenal kerana mengetuai tujuh pelayaran maritim besar antara tahun 1405 hingga 1433 M. Beliau memainkan peranan penting dalam hubungan diplomatik, perdagangan dan penyebaran Islam di Melaka pada abad ke-15.[3]

Fakta Segera Kelahiran, Meninggal dunia ...
Fakta Segera Tulisan Cina Tradisional, Tulisan Cina Ringkas ...
Fakta Segera Laksamana Cheng Ho, Kelahiran ...
Remove ads

Kehidupan awal

Cheng Ho dilahirkan pada tahun 1371 di Yunnan, China, daripada keluarga Muslim berketurunan suku Hui. Nama asalnya ialah Ma He.[4] Semasa Dinasti Ming menakluki Yunnan, beliau ditawan dan dijadikan abdi istana (khaḍam kasim). Ma He menunjukkan kebolehan dalam bidang ketenteraan dan diplomasi, dan kemudiannya mendapat kepercayaan Maharaja Yongle yang melantiknya sebagai laksamana tentera laut Dinasti Ming.[5]

Remove ads

Pelayaran

Antara tahun 1405 hingga 1433, Cheng Ho mengetuai tujuh pelayaran besar ke Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Afrika Timur. Tujuan utama ekspedisi beliau termasuk:

  • menjalin hubungan diplomatik dan perdagangan antarabangsa antara negeri-negeri luar dengan Dinasti Ming;[6]
  • membawa utusan upeti dan hadiah ke istana China; dan
  • memperkukuh keamanan maritim serta laluan perdagangan Lautan Hindi dan Selat Melaka.

Antara kawasan lain yang dilawati Laksamana Zheng He, termasuk:

Jumlah pelayarannya pelbagai bergantung kepada kaedah pembahagian, tetapi dia mengembara sekurang-kurangnya sebanyak tujuh kali ke "Lautan Barat" dengan armadanya. Armadanya termasuk 30,000 orang dan tujuh puluh kapal pada kemuncak penjelajahannya. Dia membawa balik banyak tropi dan wakil dari tiga puluh kerajaan ke China, termasuk Raja Alagonakkara dari Sri Lanka, yang datang ke China untuk bertemu Maharaja.

Majalah Life menempatkan kedudukan Zheng He sebagai tokoh yang ke-14 penting pada masa milenium yang lalu.

Remove ads

Selatan dan Tenggara Asia

Thumb
Cakra Donya, sebuah loceng yang dihadiahkan Zheng He kepada Pasai. Loceng kini tergantung di depan Muzium Aceh di Banda Aceh

Dalam bukunya "Tinjauan Am Pesisiran Laut" (Cina: 瀛涯勝覽, Yíngyá shènglǎn) yang ditulis pada tahun 1416, Ma Huan, seorang daripada penulis dan penterjemah Zheng He, mempericikan pemerhatiangnya tentang adat dan kehidupan penduduk pelabuhan-pelabuhan yang mereka lawati.[7]

Batu bertulis "Pahatan Tribahasa Galle", yang didirikan oleh Zheng He lebih kurang pada tahun 1410 di Sri Lanka merakamkan perincian tentang pemberian emas, perak dan kain sutera yang disampaikan Zheng He bagi pihak maharaja di sebuah kuil gunung.[8][9] Juga, sebuah tiang di kuil dewi Tao Tian Fei di wilayah Fujian merakamkan perincian pelyarannya.[10] Ia tertulis:

Kami telah merentasi lebih 100,000 li (50,000 kilometer) perairan besar dan melihat ombak laut sebesar gunung di langit, dan kami melihat tanah kaum gusar yang tersorok jauh dalam keheningan biru wap cahaya, sementara layar kami yang berkibar bagai awan siang dan malam, meneruskan perlajanan selaju bintang merentangi ombak garang seolah kami menyeberangi jalan raya awam..."
—Didirikan oleh Zheng He, Changle, Fujian, 1432. [11]

Di Melaka

Thumb
Kuil San Bao di Melaka

Orang Cina sudah berada di Melaka semasa ketibaan Zheng He di sana. Ma Huan merujk kepada mereka sebagai tángrén (Cina: 唐人). China zaman Ming mendapati Melaka sangat berguna sebagai tempat persinggahan bagi pembekalan kapal, dan negeri Melaka menerima banyak hadiah daripada armada Zheng He. Sultan Melaka serta permaisurinya melawat China dengan diikuti 540 orang Melaka dan hadiah-hadiah. Sultan Mansur Shah (bertakhta kerajaan tahun 1459–1477 M) kemudiannya mengirim Tun Perpatih Putih sebagai dutanya ke China dengan membawa surat Sultan kepada Maharaja Ming China. Surat ini meminang anak perempuan Maharaja dan pada tahun 1459, seorang puteri, (Hang Li Po atau Hang Liu), dihantar ke Melaka oleh Maharaja Ming sebagai isteri Sultan Melaka. Puteri tiba dengan 500 orang anak lelaki menteri dan beberapa ratus pengasuh dan pembantu. Mereka kemudiannya tinggal di Bukit Cina, Melaka. Dipercayai ramai daripada mereka berkahwin dengan orang tempatan.[12] Waris mereka dikenali sebagai Peranakan dan masih mengguna pangkat Baba (lelaki) dan Nyonya (wanita).

Hari ini di Malaysia, ramai orang mempercayai bahawa Laksamana Zheng He (yang meninggal dunia pada ahun 1433) yang menghantar puteri Hang Li Po ke Melaka pada tahun 1459. walau bagaimanapun, tidak ada catatan berkaitan Hang Li Po (atau Hang Liu) dalam pensejaraha Ming. Beliau disebut hanya dalam Sejarah Melayu.

Islam

Thumb
Masjid Zheng Hoo (Zheng He), yang dinamakan sempena nakhoda ternama itu, di bandar Surabaya, Indonesia.

Kisah-kisah sezaman Zheng He membayangkan bahawa beliau mungkin Muslim; in termasukla penulisan Ma Huan yang memang seorang Muslim.

Ulama Indonesia, Hamka (1908–1981) menulis dalam tahun 1961: "Pembangunan Islam di Indonesia dan Tanah Melayu berkait rapat dengan Muslim berbangsa Cina, Laksamana Admiral Zheng He."[13] Di Melaka beliau membina jelapang, gedung dan sebuah kubu. Sarjana Indonesia Slamet Muljana pula menulis: "Zheng He membangunkan masyarakat Cina Islam mula-mula di Palembang, kemudian di San Fa (Kalimantan Barat), dan seterusnya beliau mengasaskan masyarakat yang serupa sepanjang pesisiran pantai pulau Jawa, Semenanjung Tanah Melayu dan di Filipina.

Mazhab Hanafi yang diikuti pelayar Armada hilang perhubungan dengan kumpulan induknya di China, dan sedikit demi sedikit diserap mazhab Shafii. Jauh sebelum 600 tahun berlalu, kehadiran Cina Muslim merosot sehingga hampir tiada langsung.[14]

Remove ads

Ikatan sejarah Empayar China Akhir

Salah satu kepercayaan popular adalah selepas pengembaraan Zheng He, China telah berpaling daripada penjelajahan laut dan melalui tempoh beku teknologi. Sudut pandangan sejarah sebegini telah digunakan dalam menyokong pendapat mengenai pelaburan ke dalam penjelajahan angkasa. Walaupun pakar sejarah seperti John Fairbanks dan Joseph Needham mempopularkan pandangan sebegini pada 1950an, kebanyakan pakar sejara China kini mempersoalkan ketepatannya. Mereka menunjukkan bahawa perdagangan laut China tidak terhenti selepas pelayaran Zheng He tamat, dan China kekal mengawal perdagangan Asia Tenggara sehingga abad ke-19 dan perdagangan China dengan India dan Afrika Timur kekal aktif lama selepas tempoh masa Zheng He. Walaupun Dinasti Ming pernah mengharamkan pelayaran dengan Hai jin untuk beberapa abad, mereka akhirnya membatalkan pengharaman tersebut.

Bagaimanapun, usaha tentera laut Ming merosot dengan mengejut selepas pelayaran Zheng He. Bermula pada awal abad ke 15 negara China mengalami tekanan yang meningkat dari kaum Mongol yang melanda dari utara. Sebagai pengakuan ke atas kesedaran ini dan kemungkinannya untuk berada lebih hampir dengan pengkalan kuasa sejarah keluarganya, Maharaha Yongle memindahkan ibu negara utara dari Nanjing ke Beijing pada 1421. Dari ibu negara baru ini beliau boleh mengawasi secara langsung usaha untuk mempertahankan perbatasan utara. Dengan kos pembiayaan yang besar, negara China melancarkan ekspedisi ketenteraan tahunan dari Beijing untuk melemahkan orang-orang Mongol. Kos yang diperlukan untuk kempen ini bertanding secara langsung dengan tabung yang diperlukan untuk meneruskan penjelajahan laut.

Pada tahun 1449 pasukan berkuda Mongol menyerang hendap ekspedisi darat yang diketuai secara langsung oleh Maharaja Zhengtong kurang dari sehari perjalanan dari tembok ibu kota. Tentera Mongol menghapuskan tentera Chinese dan berjaya menangkap Maharaja. Pertempuran ini menghasilkan dua kesan. Kesan pertama, ia membuktikan dengan jelas ancaman yang diberikan oleh orang-orang nomad utara. Keduanya adalah krisis politik di China yang berlaku apabila orang-orang Mongol hanya membebaskan Zhengtong selepas saudara tirinya telah melantik dirinya sebagai Maharaja baru Jingtai. Hanya selepas tahun 1457 barulah politik China kembali stabil apabila maharaja Zhengtong berjaya merampas kembali takhtanya. Selepas kembali berkuasa, China meninggalkan strategi ekspedisi darat tahunannya dan sebaliknya melaksanakan usaha menyambung Tembok Besar Negara China secara besar-besaran yang menelan belanja yang mahal. Dengan keadaan sebegini, sumber kewangan untuk ekspedisi laut makin berkurangan.

Lebih asas lagi, tidak seperti ekspedisi negara-negara Eropah, ekspedisi tentera laut China kelihatannya gagal dalam jangka masa panjang (sekurang-kurangnya pada kaca mata penentuan ekonomi) kerana pelayaran tersebut ketiadaan motif ekonomi. Pelayaran-pelayaran tersebut dilakukan bertujuan meningkatkan lagi kemasyhuran maharaja dan kos ekspedisi dan hadiah balas kepada raja-raja asing melebihi ufti yang diterima. Dengan itu, apabila kewangan negara China berhadapan dengan masalah (yang serupa dengan semua kewangan kerajaan medieval akhirnya), pembiayaan untuk tentera laut lesap begitu sahaja. Berbeza dengan misi eropah pada abad ke 16, kebanyakan penjelajah eropah mendapat keuntungan daripada perdagangan yang terhasil dan dari perampasan tanah / sumber pribumi untuk menjadi bebas dari keadaan kewangan negara asal.

Remove ads

Gema Budaya

Teori kontrovesi terkini yang dikemukakan oleh Gavin Menzies (lihat buku 1421 dicatatkan di bawah 'Bacaan Lanjut' di bawah) mencadangkan bahawa Zheng He mengelilingi dunia dan menjumpai Amerika pada abad ke 15 sebelum Ferdinand Magellan dan Christopher Columbus. Teori ini tidak mendapat sokongan dikalangan pakar sejarah (lihat juga: Dokumentasi Sung).

Masyarakat pelayar angkasa "Qeng Ho" dalam novel fiksyen sains A Fire Upon the Deep oleh Vernor Vinge dan A Deepness in the Sky merujuk kepada nama Zheng He.

Pengembaraan laksamana Zheng He berkemungkinan mencetuskan penulisan cerita Sinbad pada masa berikutnya.

Remove ads

Kematian dan lokasi makam

Terdapat dua versi utama mengenai lokasi makam Cheng Ho:

  • beliau meninggal dunia semasa pelayaran ketujuh dan dikebumikan di laut berhampiran Samudera; atau
  • beliau pulang ke Nanjing dan dimakamkan di sana.[15]

Selain itu, masyarakat di Semarang mempercayai bahawa makam beliau terdapat di kuil Sam Poo Kong, yang kini menjadi tempat ziarah bersejarah di Indonesia.[16]

Warisan

Beberapa masjid di Indonesia dan Malaysia dinamakan sempena beliau, antaranya Masjid Cheng Hoo Palembang dan Masjid Cheng Hoo Surabaya. Warisan Cheng Ho juga dirayakan dalam festival budaya dan pameran sejarah maritim di Nusantara sebagai simbol hubungan damai antara China dan Alam Melayu.[17]

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads