Kerajaan Negeri Johor

From Wikipedia, the free encyclopedia

Kerajaan Negeri Johor
Remove ads

Kerajaan Negeri Johor merujuk kepada pihak berkuasa kerajaan negeri Johor. Kerajaan negeri mematuhi dan diwujudkan oleh kedua-dua Perlembagaan Persekutuan Malaysia, undang-undang tertinggi Malaysia, dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor, undang-undang tertinggi di Johor. Kerajaan Johor berpusat di pusat pentadbiran negeri, Kota Iskandar, Iskandar Puteri.[2]

Fakta Segera Intisari agensi, Dibentuk ...

Kerajaan negeri terdiri daripada hanya dua cawangan - eksekutif dan perundangan. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor membentuk cawangan eksekutif, manakala Dewan Negeri Johor adalah badan perundangan kerajaan negeri. Ketua kerajaan Johor ialah Menteri Besar. Kerajaan negeri tidak mempunyai cawangan kehakiman, memandangkan sistem kehakiman Malaysia ialah sistem federalis yang beroperasi seragam di seluruh negara.[3][4]

Remove ads

Eksekutif

Thumb
Pejabat Dato' Menteri Besar Johor

Ketua kerajaan negeri

Menteri Besar ialah ketua kerajaan di Johor. Beliau secara rasminya dilantik oleh Sultan, ketua negeri Johor, atas dasar penghakiman terakhir bahawa bekas perintah keyakinan majoriti Ahli Dewan Negeri di Dewan Negeri Johor.[5] Menteri Besar dan Majlis Eksekutifnya akan bertanggungjawab secara kolektif kepada Dewan Negeri. Pejabat Menteri Besar terletak di dalam Bangunan Dato' Jaafar Muhammad di Iskandar Puteri.

Senarai Dato' Menteri Besar Johor

Fakta Segera Gelaran, Lapor kepada ...

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor (Jawi: منتري بسر جوهر) ialah ketua kerajaan bagi negeri Johor Darul Ta'zim. Menteri Besar Johor dilantik oleh Sultan Johor dalam kalangan ahli Dewan Negeri Johor yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Negeri Johor pada hemat Sultan Johor. Menteri Besar Johor juga merupakan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang turut dianggotai oleh ahli Dewan Negeri Johor yang lain.

Remove ads

Pelantikan

Menurut Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor, Sultan Johor hendaklah terlebih dahulu melantik Menteri Besar Johor untuk mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor. Menteri Besar Johor yang dilantik oleh Sultan Johor hendaklah daripada kalangan ahli Dewan Negeri Johor yang, pada hemat baginda, boleh mendapat kepercayaan sebilangan besar daripada ahli-ahli Dewan Negeri Johor. Menteri Besar Johor juga hendaklah daripada bangsa Melayu dan beragama Islam. Seseorang yang menjadi warganegara Malaysia dengan cara permintaan (naturalisasi) atau pendaftaran menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia tidak boleh dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Sultan Johor, dengan nasihat Menteri Besar Johor, hendaklah melantik tidak lebih daripada 10 orang atau tidak kurang daripada 4 orang ahli-ahli Dewan Negeri Johor yang lain untuk menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Johor.

Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor hendaklah mengangkat sumpah dan menurunkan tandatangan pada surat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Sultan Johor sebelum mereka boleh menjalankan fungsi jawatan mereka. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor hendaklah kesemuanya bersama-sama bertanggungjawab kepada Dewan Negeri Johor. Menteri Besar Johor tidak boleh memegang sebarang jawatan yang bergaji dan tidak boleh terlibat secara aktif dalam sebarang perusahaan perniagaan. Seseorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor tidak boleh terlibat dalam sebarang perusahaan, perniagaan atau pekerjaan yang bersangkut-paut dengan sebarang perkara atau jabatan yang berada di bawah tanggungjawabnya dan sekiranya beliau terlibat dalam sebarang perusahaan, perniagaan atau pekerjaan itu, beliau tidak boleh terlibat dalam sebarang keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang bersangkut-paut dengan perusahaan, perniagaan atau pekerjaan tersebut.

Sekiranya Dewan Negeri Johor tidak meluluskan Belanjawan Johor yang dibentangkan oleh Kerajaan Negeri Johor atau meluluskan undi tidak percaya terhadap Kerajaan Negeri Johor, Menteri Besar Johor hendaklah meletakkan jawatan bagi keseluruhan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor kecuali jika, dengan permintaannya, Sultan Johor membubarkan Dewan Negeri Johor. Seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor, selain daripada Menteri Besar Johor, hendaklah memegang jawatannya mengikut tempoh perkenan Sultan Johor kecuali jika pelantikannya sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor telah dimansuhkan oleh Sultan Johor mengikut nasihat Menteri Besar Johor tetapi beliau boleh meletakkan jawatannya pada bila-bila masa.

Apabila Menteri Besar Johor tidak lagi memegang jawatan kerana beliau telah meletakkan jawatan atau kalah dalam pilihan raya atau meninggal dunia, Sultan Johor akan melantik Menteri Besar Johor yang, pada hemat baginda, boleh mendapat kepercayaan sebilangan besar daripada ahli-ahli Dewan Negeri Johor.

Remove ads

Menteri kepada Pemerintah Johor

Maklumat lanjut No., Gambar ...
  • Temenggung Tun Abu Bakar, Maharaja Abu Bakar dan Sultan Abu Bakar ialah orang yang sama.

Selepas Abdullah meninggal dunia pada tahun 1863, dipercayai bahawa jawatan Menteri dipangku oleh anak saudaranya, Dato’ Jaafar Muhammad.[12] Pada zaman Sultan Abu Bakar, jawatan Menteri ditukar kepada Menteri Besar dan Dato’ Jaafar Muhammad dilantik menjadi Menteri Besar Johor pertama pada tahun 1886.[13]

Menteri Besar Johor

Kunci warna (untuk parti-parti politik):
      Bebas       UMNO       Perikatan       Barisan Nasional       Pakatan Harapan

Maklumat lanjut No., Gambar ...
  1. Kolum ini hanya menamakan parti politik Menteri Besar. Kerajaan negeri yang dipimpinnya mungkin merupakan gabungan kompleks yang terdiri daripada beberapa parti politik dan bebas; itu tidak disenaraikan di sini.
Remove ads

Garis masa

Sultan Ibrahim ibni Sultan IskandarSultan Iskandar ibni Sultan IsmailSultan Ismail ibni Sultan IbrahimSultan Ibrahim ibni Sultan Abu BakarSultan Abu Bakar ibni Temenggung Daeng IbrahimSultan Abu Bakar ibni Temenggung Daeng IbrahimSultan Abu Bakar ibni Temenggung Daeng IbrahimTemenggung Daeng IbrahimOnn Hafiz GhaziHasni MohammadSahruddin JamalOsman SapianMohamed Khaled NordinAbdul Ghani OthmanMuhyiddin YassinAbdul Ajib AhmadOthman SaatHassan YunusWan Idris IbrahimSyed Abdul Kadir MohamedOnn JaafarUngku Abdul Aziz Ungku Abdul MajidAbdul Hamid YusofMustapha JaafarAbdullah JaafarMohamed MahbobJaafar bin Haji MuhammadSejarah Johor Moden

Menteri Besar Johor yang paling lama berkhidmat

Maklumat lanjut Kedudukan, Menteri Besar Johor ...
Remove ads

Senarai bekas Menteri Besar Johor yang masih hidup

Berikut merupakan senarai bekas Menteri Besar Johor yang masih hidup:

Maklumat lanjut Nama, Tempoh perkhidmatan ...
Remove ads

Hubungan antara Menteri Besar Johor

Maklumat lanjut Hubungan, Menteri Besar Johor ...
Remove ads

Trivia

Abdullah bin Tok Muhammad Tahir ialah Menteri kepada Temenggung Tun Daeng Ibrahim dan anakandanya, Temenggung Tun Abu Bakar (kemudian bergelar Maharaja Abu Bakar dari tahun 1868 hingga tahun 1886 dan selepas itu bergelar Sultan Abu Bakar dari tahun 1886 hingga kemangkatannya pada tahun 1895). Beliau merupakan bapa saudara kepada Dato’ Jaafar bin Haji Muhammad dan beliau juga dikenali sebagai Encik Long Menteri.

Dato’ Jaafar bin Haji Muhammad ialah Menteri Besar Johor pertama dan beliau berkhidmat sebagai Menteri Besar Johor yang paling lama iaitu selama kira-kira 33 tahun. Sebelum beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor pertama, beliau dipercayai memangku jawatan Menteri selama kira-kira 23 tahun. Beliau mempunyai tiga orang anak yang juga berkhidmat sebagai Menteri Besar Johor iaitu Menteri Besar Johor ke-3 Dato’ Abdullah bin Jaafar, Menteri Besar Johor ke-4 Dato’ Mustapha bin Jaafar dan Menteri Besar Johor ke-7 Dato’ Onn bin Jaafar.

Dato’ Mohamed bin Mahbob ialah Menteri Besar Johor ke-2 dan ketika beliau berkhidmat dalam Jabatan Pelajaran Johor, beliau dan Mohd Khalid Abdullah Munsyi telah menguatkuasakan enakmen pelajaran yang mewajibkan ibu bapa atau penjaga menghantar anak-anak mereka yang berumur 7 hingga 16 tahun ke sekolah dan mereka akan didenda sebanyak RM25.00 atau dipenjara selama tiga bulan sekiranya mereka gagal berbuat demikian.

Dato’ Abdul Hamid bin Yusof ialah Menteri Besar Johor ke-5 dan beliau merupakan anak saudara kepada Dato’ Jaafar bin Haji Muhammad dan sepupu kepada Dato’ Abdullah bin Jaafar, Dato’ Mustapha bin Jaafar dan Dato’ Onn bin Jaafar.

Dato' Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Majid ialah Menteri Besar Johor ke-6 dan beliau berketurunan keluarga diraja Johor di mana beliau merupakan cucu kepada Temenggung Tun Daeng Ibrahim, anak saudara kepada Sultan Abu Bakar ibni Temenggung Tun Daeng Ibrahim dan sepupu kepada Sultan Ibrahim Al-Masyhur ibni Sultan Abu Bakar. Beliau juga merupakan bapa saudara kepada Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid dan datuk saudara kepada Gabenor Bank Negara Malaysia ke-7 Tan Sri Dr. Ungku Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz.

Dato’ Onn bin Jaafar ialah Menteri Besar Johor ke-7 dan beliau merupakan Pengasas dan Presiden pertama UMNO. Beliau juga merupakan bapa kepada Perdana Menteri Malaysia ke-3, Tun Hussein bin Dato’ Onn.

Dato’ Wan Idris bin Wan Ibrahim ialah Menteri Besar Johor ke-9 dan beliau berketurunan Raja Temenggung Muar di mana beliau merupakan piut (great-great-grandson) kepada Raja Temenggung Muar ke-3, Temenggung Engku Burok bin Temenggung Engku Sa'Amar Diraja.

Tan Sri Hassan bin Yunus ialah Menteri Besar Johor ke-10 dan Menteri Besar Johor pertama yang dilantik melalui sistem Pilihan Raya Umum. Beliau juga merupakan Mufti Johor ke-5 dan salah seorang daripada Orang Tujuh Muar yang berjaya meyakinkan Sultan Ibrahim Al-Masyhur supaya membatalkan dan menarik balik surat perjanjian dengan pihak British untuk menubuhkan Malayan Union.

Tan Sri Othman bin Mohamed Saat ialah Menteri Besar Johor ke-11 dan beliau terlibat dalam penubuhan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor (kini dikenali sebagai Perbadanan Johor) dan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) serta perancangan Projek Pembangunan Lembaga Pelabuhan Johor yang dikenali sebagai Pelabuhan Pasir Gudang dan pembukaan penempatan-penempatan baru melalui Tanah Rancangan FELDA dan FELCRA di Johor.

Dato’ Abdul Ajib bin Ahmad ialah Menteri Besar Johor ke-12 dan beliau merupakan bekas Menteri Besar Johor pertama yang menganggotai Kabinet Malaysia di mana beliau dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia (Hal Ehwal Agama) dari tahun 1986 hingga tahun 1987.

Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin ialah Menteri Besar Johor ke-13 dan beliau merupakan bekas Menteri Besar Johor pertama yang dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2020. Beliau juga merupakan Perdana Menteri Malaysia pertama yang mempunyai kerusi di kedua-dua dewan perundangan negara dan negeri iaitu kerusi Dewan Rakyat Malaysia untuk Pagoh dan kerusi Dewan Negeri Johor untuk Gambir (9 Mei 2018 hingga 22 Januari 2022).

Dato’ Dr. Sahruddin bin Jamal ialah Menteri Besar Johor ke-17 dan beliau berkhidmat sebagai Menteri Besar Johor yang paling singkat iaitu selama 321 hari.

Dato’ Ir. Hasni bin Mohammad ialah Menteri Besar Johor ke-18 dan beliau merupakan bekas Ketua Pembangkang Johor pertama yang dilantik sebagai Menteri Besar Johor selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2020.

Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi ialah Menteri Besar Johor ke-19 dan beliau merupakan cicit kepada Dato’ Onn bin Jaafar dan piut (great-great-grandson) kepada Dato' Jaafar bin Haji Muhammad.

Remove ads

Lihat juga

Rujukan

  1. Jeong Chun Hai @ Ibrahim, & Nor Fadzlina Nawi. (2012). Principles of Public Administration: Malaysian Perspectives. Kuala Lumpur: Pearson Publishers. ISBN 978-967-349-233-6
  2. "Constitution of Malaysia" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-05-14. Dicapai pada 2020-05-10.
  3. "Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor" (PDF). Dewan Negeri Johor: 41.
  4. Rahimah Abdul Aziz, Pembaratan Pemerintahan Johor (1800-1945): Suatu Analisis Sosiologi Sejarah, 1997, halaman 61.
  5. Rahimah Abdul Aziz, Pembaratan Pemerintahan Johor (1800-1945): Suatu Analisis Sosiologi Sejarah, 1997, halaman 61.
  6. Othman bin Datuk Abdul Hamid, Salasilah Tok Abdul Jabar bin Tok Othman, Johor Bahru, 1967.
  7. Rahimah Abdul Aziz, Pembaratan Pemerintahan Johor (1800-1945): Suatu Analisis Sosiologi Sejarah, 1997, halaman 61.
  8. Othman bin Datuk Abdul Hamid, Salasilah Tok Abdul Jabar bin Tok Othman, Johor Bahru, 1967.
  9. M.A. Fawzi Mohd. Basri, (1972) Datuk Jaafar Haji Mohamad D.K., S.P.M.J., C.M.G., Menteri Besar Johor yang pertama 1886-1919. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 02 . pp. 1-6. ISSN 2180-0251
  10. M.A. Fawzi Mohd. Basri, (1972) Datuk Jaafar Haji Mohamad D.K., S.P.M.J., C.M.G., Menteri Besar Johor yang pertama 1886-1919. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 02 . pp. 1-6. ISSN 2180-0251
  11. Othman bin Datuk Abdul Hamid, Salasilah Tok Abdul Jabar bin Tok Othman, Johor Bahru, 1967.
  12. "Bibliografi Menteri Besar Johor". Kerajaan Negeri Johor. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Ogos 2014. Dicapai pada 30 Ogos 2015.
  13. "Johore". WorldStatesmen.org. Dicapai pada 15 April 2011.
  14. M.A. Fawzi Mohd. Basri, (1972) Datuk Jaafar Haji Mohamad D.K., S.P.M.J., C.M.G., Menteri Besar Johor yang pertama 1886-1919. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 02 . pp. 1-6. ISSN 2180-0251

Kabinet

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor membentuk cawangan eksekutif kerajaan negeri Johor dan berfungsi sama dengan Kabinet Persekutuan Malaysia. Majlis Eksekutif terdiri daripada Menteri Besar, dan antara empat dan 14 ADN dari Dewan Negeri Johor.[1] Selain itu, tiga orang ex officio anggota Majlis Eksekutif adalah Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.

Remove ads

Badan Perundangan

Pentadbiran negeri

Pentadbiran daerah

Pihak berkuasa tempatan

Pentadbiran mukim

Pentadbiran kampung

Lihat juga

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads