Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-22

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-22 diadakan di Arena of Stars, Genting Highlands, pada 12 April 2009 dan disiarkan secara langsung oleh TV3.[1] Pada kali ini, Nabil, bekas juara Raja Lawak musim kedua, menumpaskan Mawi sebagai "Bintang Paling Popular 2008".[2][3]

Fakta Segera Jenis, Penerangan ...
Remove ads

Penyampai dan penghibur

Penyampai

Penghibur

Maklumat lanjut Nama, Mempersembahkan ...
Remove ads

Proses pencalonan

Ketika undian pusingan pertama dijalankan, pihak penganjur mengadakan Karnival Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 untuk Gaza yang berupa acara jual beli dan lelong di Amcorp Mall pada 31 Januari 2009, yang bertujuan mengumpul dana untuk mangsa-mangsa serangan terhadap Semenanjung Gaza yang berlaku pada akhir tahun 2008.[4] Dilaporkan bahawa hasil kutipan dana mencecah RM64,000, daripada jualan gerai dan cenderamata yang dipamerkan oleh setiap seorang artis, termasuk peluang untuk berduet bersama Faizal Tahir.[5]

Senarai pencalonan akhir Anugerah Bintang Popular 2008 diumumkan di Hotel Palace of the Golden Horses pada 18 Februari 2009, menyaksikan daripada sejumlah 80 artis yang merebut gelaran dalam 16 kategori, 25 daripada mereka merupakan muka baru, termasuk: Stacy, Ayu (OIAM), Aizat, Nubhan, Meet Uncle Hussain, Estranged, gabungan M. Nasir dan Malique, Scha, Liyana Jasmay, Juliana Evans, Nurul Alis, Nabil, Zizan Nin, Noorkhiriah, Ruminah Sidek, Akhil Hayy, Hujan, Lisa Surihani, Ashraf Muslim dan Diana Danielle.[6] Undian pusingan kedua dimulakan dari saat pengumuman hingga 3 April.

Sempena ABP 2008, pihak Berita Harian tidak lupa mengadakan jelajah promosi Anugerah Bintang Popular yang diserikan oleh persembahan calon, di seluruh Malaysia. Kawasan-kawasan yang dikunjungi oleh jelajah ini ialah: The Carnival, Sungai Petani, Kedah (27 Februari)[7]; Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, Johor (8 Mac)[8]; Mydin Mall, Kuala Terengganu (13-14 Mac)[9]; Kuantan Parade, Kuantan, (21-22 Mac)[10]; Batu Pahat Mall, Batu Pahat, Johor (28-29 Mac)[11]; dan Klang Parade, Klang, (3–5 April)[12]. Sambutan pengunjung di setiap tempat dilaporkan mencecah 5,000 orang.

Remove ads

Permulaan acara

Majlis besar-besaran Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 diadakan di Arena of Stars, Genting Highlands pada 12 April 2009, menyaksikan persembahan oleh Anita Sarawak dan juara Akademi Fantasia 6, Stacy untuk segmen medley pembukaan persembahan, diikuti segmen medley pop yeh yeh yang menggabungkan kumpulan Kristal, A. Rahman Hassan, L. Ramli dan Jeffrydin; Siti Nurhaliza, Aizat, Diddy, Faizal Tahir, Siti Sarah, Farah Asyikin dan Ayu, selain Jamal Abdillah yang buat julung kalinya beraksi pada anugerah ini.[13] Semua anugerah disampaikan oleh Maya Karin, Nora Danish, Norish Karman, Rozita Che Wan, Ayu Raudhah, Umie Aida, Zizie Ezette, Eizlan Yusof, Amy Mastura, Fizo Omar, AG dan Kieran daripada Hot FM, Saida dan Saerah.[14]

Nabil yang terperanjat dengan pengumuman namanya sebagai juara, dengan tidak sengaja memeluk buah hatinya, Irma Hasmie ketika disiarkan secara langsung.[15]

Pencalonan dan pemenang

Perhatian: Nama pemenang ditebalkan.

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat

  • Abby Fana (Sinar FM)
  • Fara Fauzana (Hot FM)
  • Leeya (Hot FM)
  • Linda Onn (Sinar FM)
  • Nana (Era FM)
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads