Saharul Ridzwan
Pelakon lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Muhammad Saharul Ridzwan Hashim (sebelum ini dikreditkan sebagai Syarul Ridzwan; lahir 26 Januari 1989)[2] merupakan seorang pelakon, penyanyi dan model Malaysia.[3] Beliau merupakan finalis Hero Remaja 2011/2012 dan telah membintangi beberapa siri televisyen termasuk Romi Cinta Julia (2014), Hati Perempuan (2015), Kau Aku Kita (2015), Seindah Takdir Cinta (2016), Arluna (2017), Jangan Benci Cintaku (2018), 30 Pesanan Suara (2019) dan Korban Kasih (2020).[4] Pada tahun 2017, Saharul memulakan kerjaya muziknya dengan merakamkan single pertamanya "Buku Putih".[5]
Remove ads
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan pada 26 Januari 1989 di Kuantan, Pahang dan dibesarkan di Chabang Empat Tumpat, Kelantan. Merupakan anak ketiga dari empat beradik, beliau berkelulusan dalam bidang kejuruteraan penyelenggaraan pesawat di sebuah kolej penerbangan di Negeri Sembilan.[4]
Kerjaya
Ketika masih dikenali sebagai Syarul Ridzuan, Saharul membuat penampilan pertama dalam pertandingan Hero Remaja 2011/2012. Beliau memperoleh tempat ketiga dalam pertandingan tersebut di belakang pelakon Fattah Amin (juara) dan Syafiq Kyle (naib juara).[6] Kemudian beliau menceburi bidang lakonan dengan memegang watak pembantu dalam beberapa buah telefilem dan drama. Lakonan beliau sebagai Faizal dalam drama Love You Mr Arrogant (2013) berjaya mendapat perhatian orang ramai. Susulan daripada kejayaan Saharul memegang watak psiko dalam drama tersebut, beliau diberi peluang memegang watak utama dalam drama Romi Cinta Julia (2014).
Saharul turut dicalonkan sebagai Artis Baharu Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014. Beliau juga memenangi Artis Aksi Selfie Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015.
Populariti Saharul semakin meningkat apabila beliau memegang watak Tengku Zaril dalam drama Hati Perempuan yang ditayangkan di slot Akasia TV3. Hati Perempuan merupakan sebuah drama adaptasi daripada novel dengan judul sama karya Nur Ain Al-Abbas. Gandingan mantap antara Saharul dengan pelakon wanita baharu, Mia Ahmad berjaya menarik perhatian ramai pihak. Keserasian dan keberkesanan watak yang dilakonkan antara dua pelakon ini membuatkan drama Hati Perempuan "trending" di Twitter hampir setiap hari.[7][8]
Beliau juga digandingkan bersama pelakon remaja bersinar, Janna Nick dalam drama Kau Aku Kita.[9] Saharul muncul dengan drama adaptasi novel iaitu Seindah Takdir Cinta gandingan pelakon Amyra Rosli yang ditayangkan pada Ramadhan 2016 dan telemovie Kau Aku Kita Raya bersama Janna Nick, Hafidz Roshdi dan Issey Fazlisham pada Aidilfitri 2016. Beliau kali pertama muncul dalam filem arahan Michael Ang iaitu #AssalamualaikumCinta bergandingan Kamal Adli dan Hantu Rumah Sakit Jiwa yang mana beliau menjayakan watak sebagai hantu bersama dengan Abam Bocey dan Fizz Fairuz.[10]
Beliau muncul dengan single terbaru yang dikarang sendiri oleh penyanyi dan komposer terkenal, Ajai bertajuk "Buku Putih".[11][12] Beliau dilaporkan mahu mengikut jejak langkah Zizan Razak yang menyumbangkan rap dalam lagu.[13][14] Lagu tersebut memasuki pencalonan dalam Muzik Muzik 32 pada 2018. Pada tahun 2019 beliau muncul dalam drama 30 Pesanan Suara dan memegang watak sebagai Iman yang merupakan kawan baik kepada Izman.
Remove ads
Kehidupan peribadi
Beliau berkahwin dengan Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir pada 2016 dan dikurniakan anak lelaki pertama bernama Muhammad Luth Ali yang dilahirkan pada 6 Jun 2017.[15][16]
Saharul dan isterinya, Deena dikurniakan cahayamata kedua, iaitu anak perempuan yang dilahirkan pada 13 Jun 2020.[17][18]
Saharul mendedahkan pada Jun 2020 bahawa beliau telah menerima penjelasan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung kenaikan bil elektrik. Dalam temuramah bersama Harian Metro, beliau berkata: "Selepas berita mengenai bil elektrik yang melambung ini tular, saya dapat maklum balas daripada pihak TNB dan mereka nak berjumpa dengan saya untuk menjelaskan mengenainya. Operator dari TNB juga ada menghubungi saya dan menjelaskan mengenai kiraan bil itu. Saya tak marah kepada operator itu sebab saya tahu, dia pun cuma melakukan kerjanya,".[19] Beliau sebelum ini meluahkan rasa terkejut apabila bil elektrik di kediaman ibu bapanya di Bandar Baru Bangi mencecah sehingga RM1,144.75.[20]
Beliau mendedahkan dalam satu temuramah dengan Astro Gempak pada 3 Julai 2020 bahawa beliau telah mengalami masalah kewangan yang berpunca daripada kesilapan dirinya yang tidak menyimpan sumber pendapatan yang diperolehi sambil menyifatkan 2017 sebagai tahun kejatuhan beliau. Dalam temuramah itu, beliau berkata: "Pada tahun 2017, selepas Deena melahirkan Ali saya ada masalah kewangan... saya bawa RM30 sehari, benda itu betul. Pada tahun itu, saya anggap itu tahun kejatuhan saya. Silap saya juga. Waktu banyak sumber pendapatan datang, kita tak beringat".[21]
Pengunduran kerjaya
Pada awal 2021 Saharul mengambil keputusan untuk tidak berlakon selepas mengubah haluan dirinya dengan menyertai aktiviti keagamaan dan membuka perniagaan bersama isterinya. Bagaimanapun beliau sempat habiskan beberapa drama seperti Korban Kasih, Mr. Bibik dan filem sulung Coast Guard Malaysia: Ops Helang , beberapa tahun kemudian (2023-2024) beliau menjual kereta Mercedes Benz dan sebuah rumah di Cyberjaya bagi meneruskan kehidupan dan modal perniagaan.
Remove ads
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Teater
Web drama
Televisyen
Remove ads
Diskografi
Anugerah dan pencalonan
Remove ads
Penajaan
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads