Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (bahasa Inggeris: Barisan Nasional Parliamentary Council; atau disingkatkan BNPC) merupakan sebuah kelab ahli Parlimen Malaysia yang terdiri daripada Ahli Parlimen parti Barisan Nasional yang bertanggungjawab menyokong dan memantau Kerajaan, dan membangunkan serta mengangkat dasar parti mereka dalam Parlimen.

Fakta Segera Maklumat am, Kependekan ...
Remove ads

Kelab Penyokong Kerajaan

BNPC pada mulanya dikenali sebagai Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (bahasa Inggeris: Barisan Nasional Backbenchers Club, atau BNBBC). Ia merupakan sebuah kaukus ahli Dewan Rakyat dari parti pemerintah, Barisan Nasional yang tidak menggangotai jemaah menteri kabinet. Istilah "penyokong kerajaan" (Backbencher) berasal dari Parlimen British, yang menandakan seseorang ahli Parlimen dari parti pemerintah yang tidak menggangotai Kabinet, atau menjadi sebahagian daripada Pemerintah dengan memegang jawatan-jawatan lain seperti Setiausaha Parlimen atau pengerusi lembaga agensi-agensi kerajaan.

Pada asalnya, BNBBC tidak menonjol dalam urusan Ahli Parlimen. Walau bagaimanapun, pada 2005, ia menarik perhatian apabila Pengerusinya, Shahrir Abdul Samad secara terbuka meminta Akta Perkhidmatan Parlimen diwujudkan semula supaya Parlimen dapat kebebasan dalam menjalankan urusannya sendiri. Ahli penyokong kerajaan menyokong Shahrir, namun tidak banyak didengar lebih lanjut selepas hal tersebut berlalu.

Kemudian pada 2006, Shahrir meletak jawatan Pengerusi BNBBC selepas tidak menerima sokongan daripada penyokong kerajaan dalam undian menyokong satu usul yang dibawa oleh Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur).[1] Timbalan pengerusi, Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dipilih memangku jawatan Pengerusi.

Selepas Pilihan raya umum Malaysia 2008 berlangsung, Ahli Parlimen Bintulu, Tiong King Sing dari Parti Demokratik Progresif Sarawak dilantik menjadi Pengerusi, manakala Bung Moktar Radin, Ahli Parlimen Kinabatangan sebagai timbalan pengerusi.

Selepas Pilihan raya umum Malaysia 2013 berlangsung, Shahrir Abdul Samad, Ahli Parlimen Johor Bahru dilantik semula sebagai Pengerusi.

Kelab Penyokong Kerajaan BN digantikan dengan Majlis Ahli Parlimen BN selepas berlangsungnya pilihan raya umum Malaysia 2018 yang menyaksikan kekalahan BN mengekalkan pemerintahan. Barisan Nasional melantik Ismail Sabri Yaakob, Ahli Parlimen Bera sebagai Pengerusi merangkap Ketua Pembangkang di Parlimen.

Selepas BN menyertai semula kerajaan Persekutuan pada 2020, Mohd Najib Tun Razak, Ahli Parlimen Pekan pula dilantik mempengerusikan Majlis.

Remove ads

Senarai anggota semasa

Barisan Nasional mempunyai 43 anggota Parlimen dalam Dewan Rakyat. 21 orang daripadanya dilantik menggangotai Kabinet manakala 22 yang lain tidak dilantik.

Maklumat lanjut Negeri, No. ...
Remove ads

Pengerusi

Kontroversi

Lawatan sambil belajar ke Taiwan

Pada September 2008, BNBBC telah menganjurkan lawatan mengejut ke Taipei, Taiwan. Lawatan pada bulan puasa itu diadakan dengan tujuan meningkatkan pengetahuan berkaitan teknologi pertanian di Taiwan. Seramai 49 orang ahli parlimen telah menyertai lawatan ini. Ini termasuklah 10 dari Sabah, 12 dari Sarawak dan selebihnya dari Semenanjung Malaysia. Lawatan mereka selama lapan hari ke Taiwan tersebut, telah dipersoalkan, kerana mereka akan berada di sana sehingga 16 September - tarikh yang didakwa Penasihat PKR, Anwar Ibrahim akan menyaksikan ahli-ahli Parlimen BN melompat menyertai Pakatan Rakyat[2].

Remove ads

Lihat juga

Rujukan dan nota

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads